Lawatan murid SRITIF ke UTM pupuk budaya ilmu sejak di sekolah rendah

Lawatan murid SRITIF ke UTM pupuk budaya ilmu sejak di sekolah rendah

Sep 5, 2025 | UTM NewsHub

JOHOR BAHRU, 4 Sept. – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui Pusat Kerjaya UTM menerima kunjungan seramai 90 murid bersama 10 guru pengiring dari Sekolah Rendah Islam Tahfiz Wawasan Al-Irfan (SRITIF) dalam satu Lawatan Akademik yang berlangsung di kampus Johor Bahru.

Lawatan tersebut bertujuan memberi pendedahan awal kepada murid mengenai dunia pendidikan tinggi, teknologi, serta suasana pembelajaran di universiti. Mereka berpeluang melihat dengan lebih dekat budaya ilmu dan kehidupan di universiti penyelidikan, sekali gus menanam cita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Pengalaman ini juga diyakini mampu membangkitkan rasa kagum serta semangat ingin tahu terhadap bidang sains, teknologi dan inovasi.

Sepanjang program, murid dibawa melawat ke beberapa fasiliti utama UTM termasuk Fakulti Komputeran, Masjid Sultan Ismail dan Pusat Ekuin UTM.

Murid SRITIF bergambar kenangan di hadapan Fakulti Komputeran UTM sempena Lawatan Akademik ke kampus Johor Bahru

Selain itu, satu sesi taklimat ringkas turut disampaikan oleh Pengarah Pusat Kerjaya UTM, Dr. Suhaila Mohamad Yusuf mengenai peranan UTM sebagai universiti penyelidikan bertaraf antarabangsa. Taklimat ini disampaikan secara mudah difahami dan dikaitkan dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang disokong UTM, antaranya SDG 4 iaitu Pendidikan Berkualiti, SDG 7 iaitu Tenaga Bersih dan Mampu Milik, SDG 9 iaitu Industri, Inovasi dan Infrastruktur serta SDG 11 iaitu Bandar dan Komuniti Lestari.

Pengarah Pusat Kerjaya UTM, Dr. Suhaila Mohamad Yusuf menyampaikan taklimat mengenai peranan UTM sebagai universiti penyelidikan bertaraf antarabangsa

Melalui perkongsian tersebut, murid dapat memahami bagaimana universiti memberi sumbangan kepada kelestarian sejagat. Menurut wakil guru pengiring, lawatan ini sangat bermanfaat kerana mampu meningkatkan motivasi murid untuk cemerlang dalam akademik dan kokurikulum, khususnya dalam bidang sains, teknologi dan pengajian Islam.

Suasana interaksi antara murid SRITIF bersama pensyarah UTM dalam sesi perkongsian di dewan kuliah

Pendedahan awal ini diharap dapat menyemai minat pelajar terhadap dunia penyelidikan dan inovasi sejak di peringkat sekolah rendah. Program ini juga menzahirkan komitmen UTM sebagai University for Society dalam memperluas jaringan bersama sekolah dan komuniti serta menyokong agenda pembangunan pendidikan negara.

Lawatan ini membuktikan bahawa usaha melahirkan generasi celik sains dan teknologi boleh dimulakan sejak bangku sekolah rendah. UTM berharap pendedahan seumpama ini terus memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk berani berfikir besar dan menyumbang kepada kemajuan negara pada masa hadapan.

Pihak UTM sentiasa mengalu-alukan lawatan sebegini sebagai usaha memperkukuh hubungan dengan komuniti luar di samping mempromosikan budaya ilmu serta persekitaran kampus kondusif bagi pembelajaran sepanjang hayat. Pusat Kerjaya UTM turut merakam penghargaan kepada Fakulti Komputeran dan Pusat Ekuin UTM atas kerjasama dalam menjayakan lawatan ini.

Murid berpeluang mengenali lebih dekat dunia ekuin semasa lawatan ke Pusat Ekuin UTM

Source: UTM NewsHub

Explore More

Mahasiswa UTM bersolidariti suarakan sokongan kemanusiaan buat Palestin dan Global Sumud Flotilla

JOHOR BAHRU, 3 Okt. – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sekali lagi menjadi wadah suara mahasiswa apabila puluhan pelajar berhimpun di Dataran Agora berhampiran Dewan Sultan Iskandar bagi menyatakan solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin melalui program...

UTM Trio Wins Double Honours at IDEERS 2025 Earthquake Engineering Challenge, Taiwan

TAINAN, Oct 2 – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) once again showcased its global excellence when a team of its students captured two prestigious awards at the 2025 International Introducing and Demonstrating Earthquake Engineering Research (IDEERS) competition,...

NC UTM Bersama Fakulti: Menyemai Arah Strategik Masa Depan

Baru-baru ini, Naib Canselor UTM telah mengadakan siri kunjungan bersama semua dekan dan pengurusan fakulti dalam siri kunjungan dan perbincangan strategik. Tujuan utama sesi ini adalah untuk meninjau semula hala tuju universiti serta memperkukuh pelaksanaan agenda...

Cadangan umur persaraan profesor ke 65 tahun dinilai sebagai langkah strategik negara

Ketika Malaysia bersiap untuk membentangkan Belanjawan 2026 pada bulan Oktober ini, salah satu dasar yang sedang dipertimbangkan ialah menaikkan umur persaraan perkhidmatan awam kepada 65 tahun. Cadangan ini amat relevan di universiti awam, di mana persaraan profesor...
Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index