Pelajar UTM cipta inovasi banjir raih Malaysia National Runners-Up James Dyson Award 2025

Pelajar UTM cipta inovasi banjir raih Malaysia National Runners-Up James Dyson Award 2025

Sep 11, 2025 | UTM NewsHub

JOHOR BAHRU, 11 Sept. – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus membuktikan kecemerlangan dalam bidang inovasi apabila tiga orang mahasiswa dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) berjaya dinobatkan sebagai Malaysia National Runners-Up bagi James Dyson Award (JDA) 2025, sebuah pertandingan reka bentuk kejuruteraan berprestij peringkat antarabangsa.

Pasukan yang dianggotai oleh Chow Ming Fong, Magnus Gin Xiang Short dan Wong Zhi Ying itu mencipta sistem Flood Monitoring Alert & SOS System (FMAS), sebuah inovasi pintar berteraskan teknologi LoRa untuk mengesan paras air banjir, memberi amaran awal kepada komuniti, serta membolehkan mangsa menghantar isyarat kecemasan berasaskan GPS bagi mempercepatkan operasi menyelamat.

Dari kanan, Magnus Gin Xiang Short, Chow Ming Fong dan Wong Zhi Ying

Pertandingan JDA, yang dianjurkan oleh James Dyson Foundation, pada tahun ini melibatkan 28 negara dengan menyokong lebih 400 ciptaan berimpak global sejak ia diperkenalkan. Di peringkat kebangsaan, setiap negara memilih seorang National Winner serta dua National Runners-Up. Malaysia menyaksikan pemenang utama disandang oleh Asia Pacific University (APU), manakala satu lagi tempat Runners-Up diraih Universiti Sains Malaysia (USM).

Kejayaan ini sekali gus melayakkan pasukan UTM mara ke pusingan global bersama finalis dari 28 negara lain, sebelum disenarai pendek oleh panel jurutera Dyson ke kelompok Top 20 Global. Senarai akhir tersebut akan dipilih sendiri oleh pengasasnya, Sir James Dyson, bagi menentukan pemenang antarabangsa.

FMAS memastikan komunikasi dua hala berfungsi ketika ia diperlukan

Mengulas pencapaian ini, Ir. Dr. Amir Putra Md Saad, Pensyarah Kanan Jabatan Mekanik Gunaan dan Reka Bentuk, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) UTM berkata, “Saya merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat. Inilah buat pertama kalinya UTM khususnya FKM mencatatkan kejayaan dalam pertandingan reka bentuk penyelesaian masalah ini. Sebagai penyelaras elektif reka bentuk, saya amat berbangga dengan pencapaian ini dan akan terus komited memperkukuh perjalanan design innovation di FKM.”

FMAS dibangunkan sebagai penyelesaian kepada isu banjir berulang di Asia Tenggara yang sering meragut nyawa serta memusnahkan harta benda. Tidak seperti sistem sedia ada yang hanya menghantar amaran sehala, FMAS memperkenalkan komunikasi dua hala melalui SOS Locator Beacon yang kalis air, mudah alih dan mampu menghantar lokasi GPS terus kepada pasukan penyelamat walaupun tanpa rangkaian telefon atau bekalan elektrik.

FMS berfungsi memantau banjir secara terus serta menjejaki isyarat SOS di peta masa nyata

Dengan kejayaan ini, UTM sekali lagi mengukuhkan reputasinya sebagai universiti penyelidikan yang melahirkan bakat inovatif, seiring dengan misi untuk memberi sumbangan bermakna kepada masyarakat melalui reka bentuk berimpak tinggi. Ia bukan sahaja membuktikan kemampuan pelajar UTM dalam menghasilkan inovasi bernilai global, malah turut mencerminkan peranan universiti dalam melahirkan generasi jurutera reka bentuk yang peka terhadap isu kemasyarakatan.

Source: UTM NewsHub

Explore More

Projek inovasi NexScholar raih pingat emas di INATEX 2025

JOHOR BAHRU, 8 Okt – Pasukan penyelidik dari Fakulti Komputeran (FC), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mencipta satu lagi kejayaan membanggakan apabila meraih Pingat Emas (Gold Award) di Pameran Seni Industri dan Teknologi (INATEX) 2025 yang berlangsung dari 7...

Wacana Intelektual MADANI 2025 kupas masa depan pendidikan era AI

JOHOR BAHRU, 8 Okt. – Siri kesembilan Wacana Intelektual MADANI 2025 anjuran Majlis Profesor dengan Fakulti Sains Pendidikan dan Teknologi (FEST) sebagai hos penganjur telah dilaksanakan dengan jayanya, meneruskan kesinambungan siri perbincangan ilmiah yang mengupas...

EF = AI × (OI)²

At first glance, the title may seem geeky and perhaps an imitation of Einstein’s famous equation, but it’s intentionally crafted to spark curiosity. The idea behind it is simple yet profound: Engineering Future (EF) will be powered by Artificial Intelligence (AI), but...

UTM Global Connect 2025 Concludes with NALI and INATEX Awards Honouring Innovation and Learning Excellence

JOHOR BAHRU, 8 Oct — Universiti Teknologi Malaysia (UTM) concluded its flagship event, UTM Global Connect 2025, with a meaningful closing ceremony that celebrated innovation, teaching excellence, and international partnership. The event, held at Persada Johor...
Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index