PPMU UTM Kuala Lumpur bantu pelajar kuasai kemahiran AutoCAD

Jul 23, 2025 | UTM NewsHub

KUALA LUMPUR, 23 Julai – Bertempat di Makmal AutoCAD, Aras 4, Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur, Program CSR – Bengkel Latihan Asas AutoCAD dikhususkan kepada pelajar Sekolah Menengah Tinggi Setapak telah dianjurkan dengan jayanya.

Program ini merupakan satu inisiatif strategik yang diketuai oleh Rohana Sarip dari Pusat Pengurusan Makmal Universiti, UTM Kuala Lumpur (PPMU KL), di bawah Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), UTM Kuala Lumpur (PTNCPI KL), sebagai sebahagian daripada komitmen sosial dan tanggungjawab korporat (CSR) universiti.

Pelaksanaan bengkel ini bertujuan menyumbang kepada pembangunan kemahiran teknikal pelajar serta memberi pendedahan awal terhadap penggunaan perisian profesional AutoCAD yang digunakan secara meluas dalam bidang kejuruteraan, seni bina, dan reka bentuk.

Seramai 14 orang pelajar bersama tiga orang guru pengiring telah menyertai bengkel ini. Mereka telah diberi pendedahan komprehensif berkaitan penggunaan perisian AutoCAD melalui sesi pengajaran yang berstruktur dan disokong oleh kemudahan universiti serta bahan pengajaran yang moden dan terkini.

Bengkel ini bukan sahaja membantu pelajar memahami asas lukisan teknikal dengan lebih jelas, malah turut menyokong keperluan kerja kursus mereka khususnya dalam persediaan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Para pelajar telah dibimbing oleh Dr. Nurul Huda Ahmad dari Fakulti Kecerdasan Buatan (FAI), dan dibantu oleh Shahira Yusnina Yahya dan Siti Norsikin Sharip dari Pusat Pengurusan Makmal Universiti, UTM Kuala Lumpur (PPMU KL). Kehadiran tenaga pengajar berpengalaman ini memberi kelebihan besar kepada para pelajar, yang berpeluang belajar secara langsung daripada ahli akademik yang mahir dalam bidang AutoCAD dan reka bentuk teknikal.

Sesi pengenalan oleh fasilitator Dr. Nurul Huda Ahmad
Sesi interaktif pelajar bersama fasilitator

Sepanjang sesi, pelajar didedahkan kepada konsep asas reka bentuk 2D dan 3D yang membantu membentuk daya imaginasi ruang serta pemikiran teknikal mereka. Di penghujung program, pelajar telah diminta untuk membentangkan hasil lukisan yang dihasilkan sepanjang bengkel berlangsung.

Aktiviti ini bukan sahaja memberi peluang kepada pelajar untuk mempersembahkan kreativiti masing-masing, malah mengasah keyakinan diri dan kemahiran komunikasi teknikal. Latihan serta tugasan sebenar yang diberikan turut membantu pelajar membentuk kemahiran teknikal yang mantap dan memberi pendedahan kepada situasi pembelajaran berasaskan industri sebenar.

Pelajar tekun menghasilkan lukisan teknikal dengan bimbingan fasilitator
Sesi bergambar pelajar bersama fasilitator

Usaha ini merupakan sebahagian daripada inisiatif untuk menyemai minat pelajar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui pendekatan praktikal dalam reka bentuk dan lukisan teknikal. Diharapkan program ini dapat menjadi pencetus semangat dan motivasi kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, khususnya dalam bidang kejuruteraan, seni bina dan teknologi, seterusnya menyumbang kepada pembangunan modal insan negara yang berdaya saing dan berpengetahuan tinggi.

Oleh Rohana Sarip dan Amy Zuria Abdul Ajid

Source: UTM NewsHub

Explore More

Nostalgia UTM antara ukhuwah, ilmu dan harapan

Teringat saya akan tahun 2001, saat debar menanti surat tawaran kemasukan universiti. Setiap hari, saya sudah hafal waktu kehadiran sang posmen yang setia meletakkan sampul surat di peti surat yang terpacak di hadapan rumah. Ada hiba yang menyelinap tiap kali melihat...

Innovation with Impact: Yi Jing Heng’s Smart Cane Project

At Universiti Teknologi Malaysia (UTM), innovation is never abstract — it is lived, tested, and carried into the world by our students. A shining example is the final year project by Yi Jing Heng, Bachelor of Electrical Engineering (Electrical-Mechatronics), who...

UTM Alumna Dr. Fatma Al-Balushi named among Global 200 Women Power Leaders 2025

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) proudly celebrates the recognition of Dr. Fatma bint Mohammed bin Abdullah Al-Balushi, Advisor to the Secretary-General for Museums Affairs at The National Museum of Oman, as one of the Global 200 Women Power Leaders of 2025 by...

UTM tekankan budaya optimasi sebagai teras keutuhan institusi menerusi Majlis Bersama Naib Canselor (September)

JOHOR BAHRU, 18 Sept. – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus memperkukuh budaya kecemerlangan institusi melalui penganjuran Majlis Bersama Naib Canselor edisi September 2025 yang menghimpunkan seramai 1,904 warga Universiti daripada pelbagai lapisan kepimpinan,...
Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index