Prof. Datuk Ahmad Fauzi dinobat penerima Anugerah Teknologis Negara 2025

Prof. Datuk Ahmad Fauzi dinobat penerima Anugerah Teknologis Negara 2025

Sep 30, 2025 | UTM NewsHub

KUALA LUMPUR, 30 Sept. – Peranan teknologis sebagai pemacu pembangunan negara sekali lagi mendapat perhatian apabila tokoh akademik dan penyelidik tersohor, Prof. Datuk Ir. Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail, diumumkan sebagai penerima Anugerah Teknologis Negara 2025, hari ini.

Prof. Datuk Ir. Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail, mantan Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ke-7, yang juga merupakan tokoh akademik, penyelidik dan inovator bertaraf antarabangsa, dinobatkan sebagai penerima anugerah berprestij itu sebagai pengiktirafan tertinggi terhadap sumbangan beliau dalam bidang teknologi, inovasi dan pembangunan bakat negara.

Penganugerahan tersebut disampaikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), YB Chang Lih Kang, bersempena acara MBOT Experts Network in Technology, Innovation and Cooperative Event anjuran Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) yang berlangsung di M Resort Kuala Lumpur dengan bertemakan 10 Years of Uplifting Tech Talent.

Penganugerahan yang disampaikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), YB Chang Lih Kang

Anugerah Teknologis Negara yang diiktiraf MBOT ini menjadi lambang penghargaan terhadap kepakaran Prof. Fauzi dalam memacu penyelidikan, inovasi serta pengkomersialan teknologi membran, merangkumi aplikasi dalam rawatan air, penyahgaraman, pemisahan gas dan tenaga mampan. Sumbangan beliau bukan sahaja mengangkat penyelidikan universiti ke tahap yang lebih tinggi, malah menjadikan teknologi tempatan relevan sebagai penyelesaian cabaran global serta memberi impak langsung kepada industri dan masyarakat.

Sebagai pengasas Advanced Membrane Technology Research Centre (AMTEC) pada tahun 1990, Prof. Fauzi berjaya mengangkat pusat penyelidikan itu ke peringkat antarabangsa sehingga diiktiraf sebagai Program Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (Higher Institution Centre of Excellence, HICoE) oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Kejayaan ini menjadikan AMTEC antara pusat penyelidikan terkemuka dunia dalam bidang teknologi membran.

Berlatar belakang kejuruteraan kimia, Prof. Fauzi memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Petroleum (B.Eng) dan Ijazah Sarjana Kejuruteraan Kimia (MSc) daripada UTM masing-masing pada tahun 1989 dan 1992, sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Kejuruteraan Kimia dan Proses di University of Strathclyde, Glasgow. Sebagai alumni sohor UTM, beliau terus konsisten mengangkat nama universiti di pentas antarabangsa melalui kepakaran dan kepimpinan akademik.

Pengiktirafan ini turut mengukuhkan kedudukan beliau sebagai salah seorang teknologis paling berpengaruh di negara ini, dengan legasi yang melangkaui sempadan melalui kecemerlangan penyelidikan, kepimpinan dalam pendidikan tinggi serta bimbingan generasi baharu saintis dan jurutera.

Mengulas penganugerahan tersebut, Prof. Fauzi menyifatkan ia sebagai penghormatan besar yang mengukuhkan lagi komitmennya untuk terus mengangkat teknologi tempatan ke peringkat dunia.

“Anugerah ini bukan sekadar pengiktirafan terhadap perjalanan saya sebagai penyelidik dan ahli akademik, tetapi juga penghargaan terhadap usaha bersama pasukan penyelidik, mahasiswa serta pihak industri yang mempercayai potensi teknologi membran. Saya percaya inovasi tidak boleh berhenti pada makmal semata-mata. Ia mesti sampai kepada masyarakat, menyelesaikan cabaran sebenar dengan pemikiran ‘the end in mind’, dan membina masa depan yang mampan,” ujarnya.

Untuk rekod, Prof. Fauzi sebelum ini telah menerima lebih 200 anugerah berprestij di peringkat nasional dan antarabangsa. Beliau merupakan penerima pertama dari Malaysia bagi Anugerah Saintis Muda ASEAN 2001 dan Anugerah Mustafa 2023 (OIC Nobel Prize), selain menerima Elsevier Groundbreaking Research Award 2025 dan Anugerah Merdeka 2014. Rangkaian pencapaian ini menjadikan beliau sumber inspirasi berterusan dalam membentuk ekosistem teknologi dan inovasi negara.

Kejayaan Prof. Fauzi juga mencerminkan aspirasi UTM yang menekankan penyelidikan berimpak tinggi, inovasi berteraskan teknologi serta pembinaan bakat berkualiti demi manfaat industri, komuniti dan pembangunan negara. Semua ini seiring dengan moto keramat universiti, Kerana Tuhan untuk Manusia.

Source: UTM NewsHub

Explore More

UTM Celebrates Major Wins at Seoul International Invention Fair 2025

SEOUL, Dec 5 – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) marked an exceptional milestone at the Seoul International Invention Fair (SIIF) 2025, securing multiple international awards across diverse research fields. Hosted by the Korean Intellectual Property Office (KIPO)...

Penyelidik UTM hasilkan straw penapis air JerneH2O sebagai solusi mudah alih ketika krisis

Kesukaran mendapatkan sumber air bersih ketika bencana alam, khususnya banjir besar yang sering melanda negara, menjadi pencetus kepada sebuah inovasi penting daripada sekumpulan penyelidik Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Situasi getir yang menyaksikan ribuan...

Keberangkatan Tunku Panglima Johor, Tunku Putera Johor meriahkan Motorsports Talk di UTM

JOHOR BAHRU, 4 Dis – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menerima keberangkatan YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor, serta YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor, dalam program Motorsports Talk with JMR...

MJIIT Students Sweep Top Awards in Japanese Speech and Skit Contests, Set to Represent Malaysia in Japan 2026

MJIIT Students Shine in National Japanese Competitions: Excellence Award at AEON 1% Club Speech Contest & First Place at JFKL Skit Contest 2025 KUALA LUMPUR, Dec 3 – Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT) students continue to excel at the...
Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index

UTM Open Day