Program CBDRR Bario perkasa komuniti Kelabit urus risiko bencana

Program CBDRR Bario perkasa komuniti Kelabit urus risiko bencana

Sep 25, 2025 | UTM NewsHub

SARAWAK, 25 Sept – Program Pengurangan Risiko Bencana Berbasis Komuniti (Community Based Disaster Risk Reduction, CBDRR) berjaya dianjurkan dengan penuh meriah di Dewan Serbaguna Bario, Sarawak selama dua hari bermula 24 hingga 25 September. Program anjuran Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Sarawak dengan kerjasama Geomapping Technology Sdn. Bhd., Borneo Geosains Sdn. Bhd. serta wakil komuniti Daerah Kecil Bario ini memberi fokus kepada pendedahan masyarakat mengenai kepentingan pengurusan risiko bencana.

Penganjuran program CBDRR kali ini disertai lebih 80 peserta yang terdiri daripada wakil agensi kerajaan, pemimpin masyarakat serta komuniti Kelabit di sekitar Bario. Pelbagai pengisian berbentuk pendidikan, latihan dan aktiviti lapangan dilaksanakan, dengan matlamat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap strategi pencegahan serta pengurangan risiko bencana yang praktikal dan berkesan.

Program CBDRR Bario perkasa komuniti Kelabit urus risiko bencana
Dif kehormat dan para peserta program CBDRM Bario 2025 berfoto usai majlis perasmian program

Pada hari pertama, Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dari Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah, Fakulti Alam Bina dan Ukur, Dr. Khairul Hisyam Kamarudin, telah dijemput sebagai penceramah utama. Beliau menyampaikan perkongsian bertajuk “Mengangkat Cerita Kecil Komuniti Desa Tahan Uji” yang menekankan bagaimana ketahanan komuniti desa mampu menjadi asas penting dalam menghadapi cabaran bencana. Perkongsian ini mendapat perhatian penuh daripada para peserta kerana menyentuh realiti kehidupan masyarakat luar bandar.

Selain sesi ceramah, aktiviti berkonsepkan libat urus bersama komuniti turut diadakan, antaranya permainan interaktif Disaster Imagination Game (DIG), Disaster Almanac serta kaji selidik isi rumah untuk penilaian Climate-Disaster Resilience Index (CDRI). Menariknya, penilaian CDRI ini merupakan julung kali dijalankan untuk komuniti Bario, sekali gus membuka ruang baharu dalam usaha mengenal pasti tahap daya tahan masyarakat setempat.

Dr. Khairul menyampaikan ceramah berkaitan kajian kes komuniti tahan uji kepada para peserta program

Program diteruskan pada hari kedua dengan bengkel Pelan Tindakan Khas Pengurangan Risiko Bencana dan Daya Tahan Berbasis Komuniti (PTK-CBD3R) yang diketuai oleh Dr. Khairul bersama kumpulan fasilitator. Bengkel ini disertai pelbagai pihak termasuk pasukan kajian Geomapping Technology Sdn. Bhd., agensi kerajaan serta wakil komuniti. Dalam sesi ini, perbincangan kumpulan fokus (FGD) dijalankan secara lebih mendalam untuk mengenal pasti isu, cabaran, kekuatan dan peluang dalam pengurusan bencana setempat.

Sambutan yang diterima amat luar biasa apabila jumlah peserta melebihi kapasiti program, menyebabkan penganjur menambah fasilitator dan pencatat bagi memastikan kelancaran bengkel. Aktiviti Town Watching atau Program Jenguk Desa turut diadakan, membolehkan peserta meninjau kawasan berisiko bencana di Kampung Bario Asal serta menilai tindakan mitigasi dan pencegahan yang sedang dilaksanakan.

Dr. Khairul dan Dato’ Zakaria mengelola sesi Latihan PTK dan Town Watching bersama para peserta dan wakil agensi

Secara keseluruhan, program CBDRR di Bario berjaya mencapai objektif penganjuran dengan mengukuhkan kesedaran komuniti terhadap kepentingan pengurusan bencana berbasis masyarakat. Dr. Khairul dalam ucapannya menyatakan penghargaan atas sokongan komuniti yang memberikan kerjasama penuh sepanjang program berlangsung. Beliau turut menyampaikan terima kasih kepada Pengarah JMG Sarawak, Tuan Jaithish John; Pengerusi Geomapping Technology Sdn. Bhd., P.Geol. Dato’ Zakaria; dan CEO Borneo Geosains Sdn. Bhd., P.Geol. James Bachat, atas sumbangan idea serta dukungan padu dalam menjayakan inisiatif ini.

Beliau menegaskan, jaringan kolaborasi akademia, agensi, industri dan komuniti yang terbentuk melalui program ini wajar diperkukuh pada masa hadapan kerana ia bukan sahaja menyumbang kepada kelestarian komuniti Bario, malah menjadi model rujukan untuk kawasan lain yang berdepan cabaran bencana.

Source: UTM NewsHub

Explore More

UTM Celebrates Major Wins at Seoul International Invention Fair 2025

SEOUL, Dec 5 – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) marked an exceptional milestone at the Seoul International Invention Fair (SIIF) 2025, securing multiple international awards across diverse research fields. Hosted by the Korean Intellectual Property Office (KIPO)...

Penyelidik UTM hasilkan straw penapis air JerneH2O sebagai solusi mudah alih ketika krisis

Kesukaran mendapatkan sumber air bersih ketika bencana alam, khususnya banjir besar yang sering melanda negara, menjadi pencetus kepada sebuah inovasi penting daripada sekumpulan penyelidik Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Situasi getir yang menyaksikan ribuan...

Keberangkatan Tunku Panglima Johor, Tunku Putera Johor meriahkan Motorsports Talk di UTM

JOHOR BAHRU, 4 Dis – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menerima keberangkatan YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor, serta YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor, dalam program Motorsports Talk with JMR...

MJIIT Students Sweep Top Awards in Japanese Speech and Skit Contests, Set to Represent Malaysia in Japan 2026

MJIIT Students Shine in National Japanese Competitions: Excellence Award at AEON 1% Club Speech Contest & First Place at JFKL Skit Contest 2025 KUALA LUMPUR, Dec 3 – Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT) students continue to excel at the...
Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index

UTM Open Day