Raja Permaisuri Agong berangkat ke Projek Komuniti Bangsa Johor Bahagia 2.0

Aug 9, 2025 | UTM NewsHub

JOHOR BAHRU, 9 Ogos 2025 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan berangkat mencemar duli ke Projek Bangsa Johor Bahagia (BJB) Fasa 2.0 di Flat Taman Plentong Utama, Masai, Johor Bahru.

Lawatan ini mencerminkan komitmen tinggi Baginda terhadap pemerkasaan komuniti berpendapatan rendah, selaras dengan aspirasi Baginda dan KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang menjadi ilham asal penubuhan program ini. BJB 2.0 merupakan kesinambungan kepada kejayaan projek rintis di Pangsapuri Kangkar Pulai dan kini diteruskan secara berskala besar di Flat Taman Plentong Utama yang menempatkan lebih 1,900 penghuni merangkumi 480 unit kediaman.

Projek Bangsa Johor Bahagia (BJB) 2.0 dinaungi oleh Yayasan Sultan Ibrahim dan Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZS), dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebagai institusi penyelaras utama. Pelaksanaannya turut mendapat kerjasama strategik pelbagai agensi Kerajaan Negeri Johor, termasuk Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Perbadanan Kemajuan Perumahan Johor (PKPJ).

Program ini dirancang secara berfasa selama tiga tahun, dari 2025 hingga 2028, dengan peruntukan keseluruhan RM5.95 juta — meliputi RM2.5 juta bagi pembangunan sosial dan RM3.45 juta untuk pembangunan fizikal.

UTM memainkan peranan penting dalam menjayakan empat komponen utama program ini yang menjadi tunjang kepada transformasi komuniti secara menyeluruh. Komponen Fasiliti Komuniti Sejahtera yang menumpukan kepada pemerkasaan komuniti dalam pengurusan fasiliti perumahan strata secara lestari dan inklusif, manakala Persekitaran Kejiranan Lestari membangunkan ruang kejiranan yang selamat, kondusif dan beridentiti melalui pelbagai inisiatif seperti gotong-royong, mural komuniti, laman terapi dan laman agro. Seterusnya, Komuniti Digital Beretika memperkenalkan kemahiran digital dan penggunaan teknologi seperti Kecerdasan Buatan (AI) dalam kalangan penduduk sebagai usaha merapatkan jurang digital serta memperkukuh kesejahteraan komuniti masa depan. Akhir sekali, komponen Komuniti Berjaya memberi fokus kepada pembangunan modal insan melalui pelaksanaan program sahsiah, kepimpinan remaja, pemerkasaan wanita, pendidikan literasi serta pengamalan gaya hidup sihat.

Uniknya, pelaksanaan kesemua komponen ini digerakkan secara kolaboratif oleh warga UTM merangkumi tenaga akademik, pegawai pentadbiran dan pelajar pelbagai fakulti. Penglibatan menyeluruh ini bukan sahaja memastikan keberkesanan program secara holistik, malah menyediakan ruang pembelajaran berimpak tinggi kepada mahasiswa dalam konteks sebenar masyarakat. Ini menjadikan UTM bukan sekadar pelaksana, tetapi pemangkin perubahan sosial yang berpaksikan ilmu, data dan inovasi komuniti.

Sempena lawatan Diraja ini, Baginda turut berkenan melawat Laman Komuniti Blok A yang dibangunkan semula dengan kerjasama penduduk setempat dan MBJB, serta menerima taklimat berhubung pelbagai inisiatif yang sedang dan bakal dilaksanakan di bawah program ini.

Baginda turut menyempurnakan perasmian Bilik Suka Belajar, salah satu inisiatif di bawah Komuniti Berjaya, yang dilengkapi dengan bahan bacaan dan peralatan pembelajaran hasil sumbangan Perpustakaan UTM. Ruang ini diharap dapat menjadi pusat rangsangan akademik kepada kanak-kanak dan remaja komuniti setempat.

Turut hadir, Naib Canselor UTM, Prof. Dr. Shafry Mohd Rahim, yang telah mempersembahkan kepada Baginda cadangan pelaksanaan serta perkembangan semasa projek Bangsa Johor Bahagia 2.0 bagi pihak UTM. Penyertaan beliau mencerminkan komitmen tinggi institusi dalam mendukung aspirasi Diraja untuk memperkasa kesejahteraan komuniti melalui pendekatan akademik dan inovatif.

Keberangkatan KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong hari ini memberi inspirasi besar kepada warga Flat Taman Plentong Utama untuk terus menggembleng tenaga dan semangat kolektif dalam menjayakan aspirasi Bangsa Johor Bahagia – ke arah sebuah komuniti yang bersatu padu, lestari dan sejahtera.

 

 

 

 

Source: UTM NewsHub

Explore More

Wacana Intelektual MADANI 2025 kupas masa depan pendidikan era AI

JOHOR BAHRU, 8 Okt. – Siri kesembilan Wacana Intelektual MADANI 2025 anjuran Majlis Profesor dengan Fakulti Sains Pendidikan dan Teknologi (FEST) sebagai hos penganjur telah dilaksanakan dengan jayanya, meneruskan kesinambungan siri perbincangan ilmiah yang mengupas...

EF = AI × (OI)²

At first glance, the title may seem geeky and perhaps an imitation of Einstein’s famous equation, but it’s intentionally crafted to spark curiosity. The idea behind it is simple yet profound: Engineering Future (EF) will be powered by Artificial Intelligence (AI), but...

UTM Global Connect 2025 Concludes with NALI and INATEX Awards Honouring Innovation and Learning Excellence

JOHOR BAHRU, 8 Oct — Universiti Teknologi Malaysia (UTM) concluded its flagship event, UTM Global Connect 2025, with a meaningful closing ceremony that celebrated innovation, teaching excellence, and international partnership. The event, held at Persada Johor...

INATEX-NALI 2025 perkasa inovasi UTM di persada global

JOHOR BAHRU, 7 Okt. – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus memperkukuh peranannya sebagai peneraju inovasi pendidikan dan penyelidikan melalui penganjuran UTM Global Connect (UTMGC) 2025 yang berlangsung selama dua hari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada...
Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index