Tiga Alumni UTM dalam Kabinet Baharu Kerajaan MADANI

Tiga Alumni UTM dalam Kabinet Baharu Kerajaan MADANI

Dec 17, 2025 | UTM NewsHub

JOHOR BAHRU, 17 Dis – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merakamkan ucapan tahniah kepada tiga alumni yang telah dilantik sebagai ahli kabinet baharu kerajaan MADANI berkuat kuasa hari ini. Pelantikan ini mencerminkan kepercayaan negara terhadap keupayaan serta kepimpinan graduan UTM dalam menyumbang kepada tadbir urus dan pembangunan negara.

Alumni yang dilantik ialah YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah sebagai Timbalan Menteri Ekonomi, graduan Sarjana Kejuruteraan (Elektrik–Elektronik dan Telekomunikasi) (2013), Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik–Elektronik) (2004) dan Diploma Kejuruteraan Elektronik (2000).

Turut dilantik ialah YB Tuan Haji Adli Zahari sebagai Timbalan Menteri Pertahanan, alumni UTM yang menamatkan pengajian Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (1995), serta YB Sim Tze Tzin sebagai Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, graduan Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (2000).

Dalam pada itu, Naib Canselor UTM, Profesor Dr. Mohd Shafry Mohd Rahim, berkata pelantikan tersebut merupakan satu pengiktirafan terhadap peranan institusi pendidikan tinggi dalam membentuk pemimpin berwibawa dan berintegriti.

“Universiti Teknologi Malaysia berasa amat berbangga melihat alumni Universiti terus diberi kepercayaan untuk memikul amanah kepimpinan di peringkat negara. Pelantikan ini mencerminkan kekuatan ekosistem pendidikan UTM dalam membentuk graduan yang berpengetahuan, berintegriti dan bersedia menyumbang secara bermakna kepada pembangunan negara berpaksikan kepada moto keramat kami “Kerana Tuhan untuk Manusia,” katanya.

UTM turut berbangga melihat alumni universiti terus memainkan peranan penting dalam kepimpinan awam di peringkat tertinggi negara, selaras dengan aspirasi  untuk melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang daripada segi akademik dan profesional, malah berteraskan nilai, etika serta semangat khidmat kepada masyarakat dan negara, sejajar aspirasi Malaysia MADANI.

“Pelantikan alumni UTM dalam barisan  kabinet ini sekaligus memperlihatkan kekuatan dan kesinambungan sumbangan universiti dalam melahirkan graduan yang berupaya memikul tanggungjawab kepimpinan negara merentasi pelbagai sektor strategik.”, tambah beliau lagi.

UTM kekal komited untuk memperkasa pendidikan, penyelidikan dan pembangunan bakat berimpak tinggi, selaras dengan peranannya sebagai universiti penyelidikan yang menyumbang kepada kemajuan negara dan kesejahteraan masyarakat.

Source: UTM NewsHub

Explore More

UTM–WUT Perkukuh Kerjasama Akademik dan Penyelidikan Global

JOHOR BAHRU, 15 Disember 2025 – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus memperkukuh jaringan akademik antarabangsa menerusi lawatan rasmi Presiden Wuhan University of Technology (WUT), China, Prof. Wang Fazhou, yang disambut oleh Naib Canselor UTM, Prof. Mohd Shafry...

UTM Kuala Lumpur Advances Clean Energy Transition with Campus-wide Solar PV Initiative

KUALA LUMPUR, Dec 15 – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur continues to advance its institutional sustainability agenda through the implementation of a Solar Photovoltaic (PV) System Installation Project under the Net Energy Metering (NEM) mechanism,...

UTM perkasa pendidikan kelestarian awal melalui Kebun Naturalis Cilik

JOHOR BAHRU, 14 Dis – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui projek IPRK 5.0: Misi Hijau Naturalis Cilik telah menganjurkan Majlis Perasmian Kebun Naturalis Cilik di Tabika KEMAS Impian Sri Pulai, Iskandar Puteri. Inisiatif ini bertujuan memperkukuh pendidikan...

UTM Chancellor, Her Majesty the Queen, Enables Inclusive and Transformative Experience for Students

SEPANG, 13 Dec — Universiti Teknologi Malaysia (UTM) extends its highest appreciation to Her Majesty Raja Zarith Sofiah, Queen of Malaysia and Chancellor of UTM, for her gracious support in enabling UTM students to gain first-hand exposure at the Asian Le Mans Series...
Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index

UTM Open Day