TNCHEPA sifatkan krew Minggu Mesra Mahasiswa adalah duta UTM

TNCHEPA sifatkan krew Minggu Mesra Mahasiswa adalah duta UTM

Sep 25, 2025 | UTM NewsHub

ALOR GAJAH, 22 Sept. – Seramai 300 orang krew Minggu Mesra Mahasiswa (MMM) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menghadiri sesi libat urus dan amanat bersama Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNCHEPA), Prof. Ts. Dr. Ali Selamat di Kem Permata Resort, Alor Gajah, Melaka. Program yang berlangsung penuh semangat itu menjadi platform penting untuk memberikan panduan, motivasi dan hala tuju kepada barisan krew yang bakal menggalas amanah menyambut kedatangan pelajar baharu sesi akademik 2025/2026.

Dalam amanatnya, Prof. Ts. Dr. Ali menzahirkan penghargaan kepada semua sukarelawan yang sanggup meluangkan masa, tenaga serta komitmen tinggi demi memastikan kelancaran penganjuran MMM. Beliau turut menekankan bahawa penglibatan krew dari UTM Johor Bahru dan UTM Kuala Lumpur membuktikan semangat kebersamaan warga universiti dalam menjayakan agenda tahunan ini.

Prof. Ts. Dr. Ali Selamat menegaskan peranan krew sebagai duta UTM yang membawa imej dan nilai universiti kepada pelajar baharu serta ibu bapa
Salah seorang fasilitator menyampaikan taklimat kepada krew sebagai persediaan menyambut kedatangan 3,850 pelajar baharu sesi akademik 2025/2026

Menurut beliau, UTM akan menerima seramai 3,850 pelajar baharu pada sesi kali ini. Angka tersebut mencerminkan kepelbagaian latar belakang akademik dan sosio-budaya yang bakal mewarnai komuniti kampus. Dalam konteks itu, peranan krew MMM dilihat sangat signifikan kerana mereka merupakan barisan hadapan yang menyambut pelajar baharu dengan penuh keramahan dan semangat kekeluargaan.

“Krew MMM bukan sekadar petugas, tetapi duta UTM. Senyuman, layanan, dan sikap hormat anda akan menjadi cerminan budaya serta nilai universiti ini. Cara anda menyantuni pelajar baharu dan ibu bapa mereka akan membentuk tanggapan awal terhadap UTM,” tegasnya dalam sesi berkenaan.

Para krew MMM tekun mengikuti sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang direka bagi membina keserasian dan kerjasama berpasukan
Barisan AJK Teknikal dan Siaraya memastikan kelancaran peralatan audio dan visual sepanjang program berlangsung

Beliau turut mengingatkan bahawa tanggungjawab sebagai krew menuntut tahap disiplin tinggi serta profesionalisme dalam setiap aspek. Kehadiran tepat pada masa, penampilan yang kemas, penggunaan bahasa yang sopan serta komunikasi berhemah adalah elemen penting yang mesti ditonjolkan oleh setiap sukarelawan.

Selain aspek disiplin, faktor kesihatan juga ditekankan. Prof. Ts. Dr. Ali menegaskan bahawa krew MMM adalah tulang belakang yang menggerakkan program. Oleh itu, setiap individu perlu memastikan rehat yang mencukupi, menjaga pemakanan dan saling mengingatkan antara satu sama lain supaya sentiasa berada dalam keadaan cergas dan bertenaga.

Nilai kerjasama berpasukan turut diangkat sebagai kunci utama kejayaan. Beliau berpesan agar semua krew mengelakkan sikap mementingkan diri, mengawal emosi ketika berdepan tekanan serta membimbing pelajar baharu dengan penuh sabar. “Kita semua adalah satu keluarga yang mempunyai matlamat sama iaitu memastikan MMM berjalan lancar dan bermakna,” tambah beliau.

Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEPA) UTM turut memberikan sokongan padu dalam menjayakan program teambuilding krew MMM

MMM yang menjadi tradisi saban tahun bukan sekadar minggu orientasi, sebaliknya merupakan wadah utama untuk menyantuni pelajar baharu. Melalui pengisian yang dirancang, mahasiswa akan didedahkan kepada budaya akademik, nilai murni, jaringan sokongan serta peluang pembangunan diri yang ditawarkan UTM. Program ini mencerminkan kesungguhan universiti dalam melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, malah seimbang dari aspek sahsiah dan kepimpinan.

Mengakhiri ucapan, Prof. Ts. Dr. Ali menzahirkan doa agar segala urusan dipermudahkan dan MMM sesi 2025/2026 berlangsung dengan jayanya. Beliau yakin pengalaman yang diperoleh sepanjang minggu tersebut akan menjadi kenangan bermakna, bukan sahaja buat pelajar baharu, malah juga buat krew yang telah berkorban masa dan tenaga demi universiti tercinta.

Oleh Muhamad Khairul Iman (Pelajar Latihan Industri)

Source: UTM NewsHub

Explore More

UTM FABU Builds Global Alliances in Shanghai to Advance Built Environment Education

The Faculty of Built Environment and Surveying (FABU) at Universiti Teknologi Malaysia (UTM) has taken another bold step in its internationalisation agenda with a high-level benchmarking visit to Shanghai. The delegation, led by Dean Prof. Sr. Dr. Kherun Nita Ali,...

AI dan Akademia: Membudaya penggunaan teknologi beretika

Mengimbau kembali ketika pertama kali Hari Akademia disambut pada 5 Oktober 2019, seluruh warga akademik amat teruja dengan sambutan ini. Seluruh warga akademik di negara ini meraikan Hari Akademia dengan penuh semangat dan kesedaran terhadap peranan institusi...

Syarahan Perdana Profesor UTM tekankan kejuruteraan lestari demi kesejahteraan planet

JOHOR BAHRU, 15 Okt. – Inovasi dan teknologi perlu bergerak seiringan dengan kelestarian bumi demi kesejahteraan hidup manusia dan alam sekitar pada masa yang akan datang. Ini adalah berkait rapat dengan timbulnya keperluan mendesak untuk mentakrifkan semula...

MJIIX 2025 Expanding Horizons Through Research and Innovation

KUALA LUMPUR, Oct 14 – The Malaysia-Japan Industrial & Innovation Expo 2025 (MJIIX 2025), organized by Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), and co-organized by the Japanese Chamber of Trade &...
Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index