UTM catat kejayaan pingat gangsa bola tampar lelaki SUKANUN 2025

UTM catat kejayaan pingat gangsa bola tampar lelaki SUKANUN 2025

Sep 15, 2025 | UTM NewsHub

MANJUNG, 12 Sept – Pasukan bola tampar lelaki staf Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menutup tirai penyertaan mereka dalam Karnival Sukan Badan Berkanun Malaysia (SUKANUN 2025) dengan pencapaian membanggakan apabila berjaya meraih pingat gangsa. Kejohanan berprestij yang berlangsung di Dewan Tertutup Majlis Perbandaran Manjung, Perak itu menghimpunkan pasukan terbaik staf agensi badan berkanun seluruh negara.

Perjalanan skuad bola tampar lelaki staf UTM bermula dengan penuh keyakinan di peringkat kumpulan. Dalam perlawanan sulung, mereka mencatat kemenangan bergaya ke atas Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dengan keputusan 25-23, 25-20. Kemenangan itu membuktikan kemampuan UTM bersaing di pentas tertinggi, selain menjadi suntikan semangat untuk meneruskan cabaran seterusnya.

Pasukan UTM berbaris sebelum perlawanan menentang MARDI

Namun, pada perlawanan kedua, UTM terpaksa akur apabila tewas tipis kepada pasukan berpengalaman Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan mata 20-25, 22-25. Walaupun berdepan kekalahan, para pemain tetap menunjukkan disiplin permainan dengan semangat juang tinggi tanpa mengenal erti putus asa.

Pemain UTM ketika menentang DBKL

Saingan semakin sengit di peringkat suku akhir apabila UTM berdepan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Dalam aksi dramatik yang menguji ketahanan mental dan fizikal, UTM bangkit selepas tewas pada set pertama untuk menutup perlawanan penuh mendebarkan dengan keputusan 20-25, 29-27, 15-10. Kemenangan itu sekali gus melayakkan mereka mara ke peringkat separuh akhir.

Pemain melakukan sesi panas badan menjelang aksi suku akhir menentang UKM

Namun, cabaran getir di separuh akhir menyaksikan UTM berdepan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang tampil dengan corak permainan konsisten dan bertenaga. Walaupun memberi tentangan, UTM terpaksa menerima kekalahan 10-25, 08-25, 17-25. Perjalanan terhenti di peringkat separuh akhir, namun mara ke kelompok empat pasukan terbaik negara sudah cukup untuk menjamin pingat gangsa buat kontinjen UTM.

Kapten pasukan UTM, Muhammad Hafizuddin Ripin, bersama Kapten pasukan MBSA
Sesi penyampaian hadiah kepada pemenang

Kejayaan ini tidak terlepas daripada sokongan berterusan Pusat Kecemerlangan UTM yang menyediakan fasiliti berkualiti, ruang latihan berstruktur serta persekitaran kondusif untuk para atlet. Dengan persiapan rapi, skuad bola tampar lelaki tampil dengan semangat juang luar biasa, sekali gus mengangkat nama UTM di pentas sukan badan berkanun. Pencapaian ini membuktikan warga UTM bukan sahaja cemerlang dalam akademik dan penyelidikan, tetapi juga mampu menyerlah dalam disiplin sukan yang menuntut fokus, ketahanan serta strategi.

Pingat gangsa yang diraih turut menyumbang kepada kutipan keseluruhan kontinjen UTM di SUKANUN 2025, apabila universiti menduduki tempat ke-10 daripada 58 agensi dengan kutipan satu pingat perak (Catur Campuran) dan satu pingat gangsa (Bola Tampar Lelaki). Pencapaian ini sekali lagi mengesahkan keupayaan staf UTM yang bukan sahaja unggul dalam bidang pentadbiran, malah turut menyerlah dalam arena kesukanan negara.

Pihak universiti merakamkan penghargaan serta tahniah kepada semua pemain, jurulatih dan pegawai pengiring atas usaha gigih mereka sepanjang kejohanan ini. Semoga kejayaan ini menjadi pencetus semangat untuk melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa hadapan, selaras dengan aspirasi UTM memperkukuh budaya kecergasan, kesukanan dan kesejahteraan warga kampus.

Source: UTM NewsHub

Explore More

AI Is Only as Intelligent as the Mind That Leads It

In today’s academic world, Artificial Intelligence (AI) has become an indispensable tool. From drafting reports and checking grammar to generating creative ideas, it has revolutionised how educators, researchers, and students work. Yet behind this technological...

Perlindungan kanak-kanak di era digital tuntut tanggungjawab bersama

Media sosial kini semakin sebati dalam kehidupan kanak-kanak di Malaysia. Bagi generasi muda, platform digital bukan sahaja menjadi ruang hiburan, malah turut membuka peluang luas untuk pembelajaran, kreativiti dan interaksi sosial. Namun, perkembangan positif ini...

SCOPE-HE Strengthens Regional Links at UTM KL

A gesture of partnership; Dr. Frank Feulner, Team Leader of SCOPE-HE, exchanges souvenirs with Prof. Dr. Mohd Shafry Mohd Rahim, Vice-Chancellor of UTM KUALA LUMPUR, Oct 15 – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur welcomed the delegation from the Sustainable...

UTM lancar Library XChange Hub perkukuh peranan perpustakaan sebagai hab ilmu komuniti

KUALA LUMPUR, 17 Okt – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui Jabatan Perpustakaan UTM dengan kerjasama Jabatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) telah melancarkan ruang baharu yang dikenali sebagai Library XChange Hub, bertempat di Aras 2,...
Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index

UTM Open Day