UTM dan Temasek Polytechnic erat hubungan antarabangsa melalui International Sports Exchange 2025

UTM dan Temasek Polytechnic erat hubungan antarabangsa melalui International Sports Exchange 2025

Oct 12, 2025 | UTM NewsHub

JOHOR BAHRU, 12 Okt. – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus memperkukuh hubungan strategik antarabangsa apabila berjaya menganjurkan International Sports Exchange 2025 bersama Temasek Polytechnic, Singapura, pada 11 hingga 12 Oktober lalu bertempat di kampus UTM Johor Bahru. Program ini merupakan kesinambungan daripada lawatan penanda aras Pengurusan Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) (JTNCHEPA) UTM ke Singapura pada Mei 2025 yang lalu.

Program dua hari tersebut dianjurkan oleh Pusat Kecemerlangan Sukan JTNCHEPA dengan matlamat memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua institusi pengajian tinggi melalui penglibatan aktif dalam aktiviti kesukanan dan pertukaran budaya. Sebanyak dua acara utama dipertandingkan iaitu Ragbi 15s yang berlangsung di Padang Ragbi UTM dan Bola Jaring di Sports Hall 2. Secara keseluruhannya, program ini melibatkan seramai 120 delegasi yang terdiri daripada pelajar dan pegawai sukan dari kedua-dua institusi.

Majlis pembukaan rasmi disempurnakan oleh Pengarah Pusat Kecemerlangan Sukan UTM, Rizam Rahmat, yang berlangsung di Dewan Meranti, Kolej Rahman Putra. Sebelum majlis pembukaan, para delegasi dari Temasek Polytechnic berpeluang menyertai sesi University Tour yang membawa mereka meninjau pelbagai kemudahan akademik, rekreasi dan infrastruktur sukan di sekitar kampus UTM. Antara lokasi lawatan termasuk Rumah Tropika UTM dan Perpustakaan Raja Zarith Sofiah yang menjadi tumpuan utama pelajar antarabangsa.

Pelajar Temasek Polytechnic di Rumah Tropika UTM
Pelajar Temasek Polytechnic di Perpustakaan Raja Zarith Sofiah

Pada sebelah petang, semangat kesukanan dan persahabatan terserlah menerusi Perlawanan Persahabatan Ragbi dan Bola Jaring yang memperlihatkan aksi penuh semangat serta kerjasama erat antara pemain kedua-dua institusi. Pertemuan tersebut bukan sahaja menjadi medan untuk menunjukkan kehebatan sukan, malah turut mencipta suasana mesra dan harmoni antara pelajar Malaysia dan Singapura. Program diteruskan dengan majlis makan malam santai yang diadakan bagi mengeratkan silaturahim serta membina jaringan hubungan yang lebih erat antara delegasi.

Pasukan ragbi UTM dan Temasek Polytechnic bergambar bersama selepas tamat perlawanan persahabatan
Pasukan bola jaring UTM dan Temasek Polytechnic merakam kenangan bersama

Hari kedua program dimulakan dengan aktiviti lawatan sekitar bandar Johor Bahru yang memperkenalkan keunikan warisan budaya dan kehidupan tempatan kepada pelajar Temasek Polytechnic. Lawatan ini turut memberi peluang kepada mereka untuk mengenali lebih dekat masyarakat setempat serta memahami kepelbagaian budaya yang menjadi kekuatan utama Malaysia. 

Menurut Pusat Kecemerlangan Sukan JTNCHEPA, penganjuran International Sports Exchange 2025 membuktikan komitmen berterusan UTM dalam memperkukuh nilai kesukanan, kepimpinan, disiplin dan semangat berpasukan dalam kalangan mahasiswa. Program ini juga menjadi platform penting dalam membina hubungan antarabangsa serta memupuk persefahaman budaya melalui interaksi dan kerjasama sukan.

Selain itu, inisiatif ini membuka ruang kepada pelajar baharu sesi 2025/2026 untuk terlibat secara aktif dalam bidang sukan universiti serta mengenal pasti potensi dan bakat baharu untuk dikembangkan ke peringkat yang lebih tinggi.

Pusat Kecemerlangan Sukan JTNCHEPA menyasarkan agar International Sports Exchange dijadikan sebagai program tahunan UTM yang diperluas penyertaannya melibatkan lebih banyak institusi antarabangsa pada masa hadapan. Kejayaan penganjuran kali ini jelas membuktikan bahawa sukan bukan sekadar aktiviti rekreasi, tetapi juga wadah penyatuan yang mampu membina jalinan persahabatan merentasi sempadan, sekali gus mengukuhkan hubungan diplomatik melalui semangat kesukanan yang harmoni dan saling menghormati.

Source: UTM NewsHub

Explore More

UTM Celebrates Major Wins at Seoul International Invention Fair 2025

SEOUL, Dec 5 – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) marked an exceptional milestone at the Seoul International Invention Fair (SIIF) 2025, securing multiple international awards across diverse research fields. Hosted by the Korean Intellectual Property Office (KIPO)...

Penyelidik UTM hasilkan straw penapis air JerneH2O sebagai solusi mudah alih ketika krisis

Kesukaran mendapatkan sumber air bersih ketika bencana alam, khususnya banjir besar yang sering melanda negara, menjadi pencetus kepada sebuah inovasi penting daripada sekumpulan penyelidik Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Situasi getir yang menyaksikan ribuan...

Keberangkatan Tunku Panglima Johor, Tunku Putera Johor meriahkan Motorsports Talk di UTM

JOHOR BAHRU, 4 Dis – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menerima keberangkatan YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor, serta YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor, dalam program Motorsports Talk with JMR...

MJIIT Students Sweep Top Awards in Japanese Speech and Skit Contests, Set to Represent Malaysia in Japan 2026

MJIIT Students Shine in National Japanese Competitions: Excellence Award at AEON 1% Club Speech Contest & First Place at JFKL Skit Contest 2025 KUALA LUMPUR, Dec 3 – Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT) students continue to excel at the...
Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index

UTM Open Day