UTM dan YPIP perkasa Pendidikan TVET dalam pembangunan keusahawanan komuniti Iskandar Puteri

UTM dan YPIP perkasa Pendidikan TVET dalam pembangunan keusahawanan komuniti Iskandar Puteri

Oct 5, 2025 | UTM NewsHub

ISKANDAR PUTERI, 4 Okt. – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui Jabatan Pendidikan  dan Latihan Teknikal dan Vokasional Termaju, Fakulti Sains Pendidikan dan Teknologi (FEST), dengan kerjasama Yayasan Penyayang Iskandar Puteri (YPIP) telah melaksanakan Kursus Asas Keusahawanan Business Model Canvas (BMC) yang menghimpunkan 30 peserta berbilang kaum daripada komuniti setempat di sekitar Iskandar Puteri.

Program yang berlangsung di Dewan Seminar Yayasan Penyayang Iskandar Puteri diketuai oleh Prof. Madya Ts. Dr. Dayana Farzeeha Ali selaku Ketua Projek  bersama-sama  penceramah program iaitu Dr. Mohammad Abdillah Royo daripada Jabatan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Termaju berkongsi kepakaran dalam bidang keusahawanan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan strategi pembangunan model perniagaan berasaskan komuniti.

Prof. Madya Ts. Dr. Dayana menjelaskan bahawa kursus ini merupakan salah satu inisiatif UTM dalam memperkasa masyarakat melalui pendidikan TVET yang bersifat inklusif dan praktikal. UTM berpegang pada aspirasi sebagai Universiti Penjana Solusi yang bukan sahaja menghasilkan ilmu tetapi juga menyalurkan kepakaran kepada komuniti dalam membina masyarakat berdaya tahan, inovatif dan sejahtera.

Kursus ini memberi fokus kepada kemahiran membangunkan model perniagaan melalui pendekatan BMC yang digunakan secara global untuk merancang strategi keusahawanan berdasarkan sembilan komponen utama iaitu segmen pelanggan, cadangan nilai, saluran edaran, hubungan pelanggan, aliran pendapatan, aktiviti utama, sumber utama, rakan perniagaan utama dan struktur kos.

Sesi penyampaian modul oleh penceramah

Sepanjang program, peserta telah mengikuti lima modul latihan utama. Modul pertama iaitu Pengenalan kepada BMC memberi pendedahan kepada peserta tentang struktur asas BMC dan peranannya dalam membantu usahawan memahami keseluruhan ekosistem perniagaan mereka. Modul kedua, Analisis Pelanggan dan Cadangan Nilai, menekankan kepentingan memahami keperluan serta tingkah laku pelanggan bagi memastikan perkhidmatan atau produk yang ditawarkan benar-benar memenuhi permintaan pasaran. Modul ketiga, Strategi Saluran Edaran dan Hubungan Pelanggan Berkesan, memberi tumpuan kepada kaedah membina kepercayaan pelanggan serta pemilihan saluran komunikasi dan pemasaran yang sesuai dengan jenis perniagaan. Seterusnya, dalam Modul keempat, peserta mempelajari aspek Perancangan Kewangan yang meliputi struktur kos dan aliran pendapatan bagi memastikan kelangsungan operasi perniagaan. Akhir sekali, Modul kelima melibatkan Bengkel Pembangunan Kanvas Perniagaan Komuniti, di mana peserta membina dan membentangkan kanvas perniagaan masing-masing berdasarkan idea dan potensi setempat.

Sebahagian peserta yang sedang mengikuti modul latihan yang djalankan
Peserta sedang membuat latihan mengisi jadual BMC

Menurut Tn. Hj. Mat Jaid Othman, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YPIP, program ini  menzahirkan komitmen yayasan dalam memperkukuh keupayaan ekonomi masyarakat melalui pendidikan dan pembangunan kemahiran. Inisiatif ini turut mendapat sokongan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang berusaha menjadikan Iskandar Puteri sebagai Bandar Maju, Sejahtera dan Berdaya Tahan melalui pelbagai inisiatif pembangunan komuniti. Penyertaan pelbagai lapisan masyarakat termasuk belia, wanita dan usahawan kecil mewujudkan suasana pembelajaran yang harmoni dan inklusif. Peserta bukan sahaja memperoleh kemahiran baru tetapi juga berjaya membina jaringan sosial serta keyakinan dalam mengembangkan potensi perniagaan masing-masing.

Peserta sedang membuat perbincangan dan sesi pembentangan bersama peserta lain
Peserta sedang membentangkan hasil penulisan BMC mereka

Secara keseluruhan, kursus ini telah mencapai objektifnya dalam melahirkan komuniti usahawan yang lebih berdaya saing dan berpandangan jauh. Kerjasama strategik antara UTM, YPIP dan MBIP membuktikan sinergi antara universiti, yayasan dan pihak berkuasa tempatan mampu memperkukuh pembangunan masyarakat berasaskan kemahiran dan inovasi ke arah masa depan yang mampan.

Source: UTM NewsHub

Explore More

Projek inovasi NexScholar raih pingat emas di INATEX 2025

JOHOR BAHRU, 8 Okt – Pasukan penyelidik dari Fakulti Komputeran (FC), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mencipta satu lagi kejayaan membanggakan apabila meraih Pingat Emas (Gold Award) di Pameran Seni Industri dan Teknologi (INATEX) 2025 yang berlangsung dari 7...

Wacana Intelektual MADANI 2025 kupas masa depan pendidikan era AI

JOHOR BAHRU, 8 Okt. – Siri kesembilan Wacana Intelektual MADANI 2025 anjuran Majlis Profesor dengan Fakulti Sains Pendidikan dan Teknologi (FEST) sebagai hos penganjur telah dilaksanakan dengan jayanya, meneruskan kesinambungan siri perbincangan ilmiah yang mengupas...

EF = AI × (OI)²

At first glance, the title may seem geeky and perhaps an imitation of Einstein’s famous equation, but it’s intentionally crafted to spark curiosity. The idea behind it is simple yet profound: Engineering Future (EF) will be powered by Artificial Intelligence (AI), but...

UTM Global Connect 2025 Concludes with NALI and INATEX Awards Honouring Innovation and Learning Excellence

JOHOR BAHRU, 8 Oct — Universiti Teknologi Malaysia (UTM) concluded its flagship event, UTM Global Connect 2025, with a meaningful closing ceremony that celebrated innovation, teaching excellence, and international partnership. The event, held at Persada Johor...
Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index