UTM Kuala Lumpur anjur ceramah kelestarian tingkat kesedaran SDG dan ESG

Jul 18, 2025 | UTM NewsHub

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur terus mengorak langkah dalam memperkukuh agenda kelestarian menerusi penganjuran Ceramah Kelestarian: Sustainable Development Through Green Building Index – ESG Implementation in UTMKL. Program ini telah diadakan di Bilik Ilmuan 1, Anjung Menara Razak dan dihadiri oleh warga Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Kuala Lumpur.

Ceramah tersebut disampaikan oleh Prof. Madya Ir. Dr. Shamsul Sarip, Timbalan Pengarah Pusat Pelestarian Kampus  yang berkongsi kepakaran dan pengetahuan berkaitan pelaksanaan prinsip Environmental, Social and Governance (ESG) di peringkat institusi pengajian tinggi. Tumpuan utama ceramah adalah bagaimana ESG boleh dilaksanakan secara menyeluruh di kampus melalui penilaian Green Building Index (GBI) – satu kerangka piawaian untuk pembangunan mampan di Malaysia.

Prof. Madya Ir. Dr. Shamsul Sarip ketika sedang menyampaikan ceramah di UTM Kuala Lumpur
Sesi soal jawab bersama penceramah 

Dalam pembentangannya, beliau menekankan bahawa universiti bukan sahaja berperanan sebagai pusat ilmu, malah menjadi contoh terbaik dalam mengamalkan kelestarian secara holistik. Pelaksanaan ESG dalam konteks kampus tidak hanya tertumpu kepada reka bentuk bangunan atau kecekapan tenaga semata-mata, tetapi turut merangkumi penglibatan sosial komuniti kampus serta aspek tadbir urus yang telus dan berintegriti.

Beliau turut menggariskan beberapa pendekatan strategik dalam menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals – SDG) khususnya SDG 9 (Industri, Inovasi dan Infrastruktur), SDG 11 (Bandar dan Komuniti Lestari), serta SDG 12 (Penggunaan dan Pengeluaran yang Bertanggungjawab). Penekanan diberikan kepada keperluan untuk memperkukuh kesedaran dalam kalangan warga kampus mengenai tanggungjawab kolektif terhadap alam sekitar dan kesejahteraan sosial.

Penganjuran ceramah ini merupakan salah satu inisiatif oleh Jawatankuasa Kelestarian di bawah Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UTM Kuala Lumpur yang komited dalam memacu kesedaran serta tindakan ke arah amalan kelestarian dalam kalangan staf. Inisiatif ini juga sejajar dengan aspirasi UTM untuk menjadi universiti terkemuka yang menjunjung nilai kelestarian dan inovasi dalam setiap aspek operasinya.

Selain meningkatkan kefahaman terhadap ESG dan GBI, program ini turut membuka ruang dialog antara warga kampus dan pihak pengurusan berkenaan pelaksanaan dasar hijau yang lebih strategik. Ia diharapkan dapat merangsang minat dan komitmen berterusan dalam kalangan warga UTM Kuala Lumpur terhadap budaya hijau, sekali gus menyumbang kepada pembentukan kampus yang mampan, efisien dan inklusif.

Penyampaian cenderamata kepada Timbalan Pengarah, Pusat Pelestarian Kampus
Sesi bergambar bersama penceramah program

Secara keseluruhannya, ceramah ini memberi impak yang positif dan menjadi pencetus kepada lebih banyak program serta inisiatif berkaitan kelestarian pada masa hadapan. Pihak jawatankuasa merancang untuk memperluas penganjuran aktiviti seumpama ini secara berperingkat dan berterusan sebagai sebahagian daripada usaha menyemai nilai hijau dalam budaya kerja warga UTM Kuala Lumpur.

Oleh Siti Zulaikha Zakaria

Source: UTM NewsHub

Explore More

PM urges youth to lead with integrity, uphold justice and human values

KUALA LUMPUR, Oct. 13 — Prime Minister, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim has called on Malaysia’s youth to take the lead in restoring integrity, justice and human values as the nation navigates rapid technological change and economic transformation. Speaking during the In...

AI Is Here to Stay: iFUTURE 2025 Forum Calls on Youth to Lead the Next Workforce Revolution

KUALA LUMPUR, 12 Oct – Held under the theme of “Empowering Young Leaders for a Digital Future”, the International Young Future Leaders Summit (iFUTURE 2025) brought together students, policymakers, and industry experts to explore how Artificial Intelligence (AI) will...

UTM Expands Halal Research Ties with Japan Initiative

OSAKA, 12 October 2025 - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) solidified its position as a global leader in halal research and innovation through the successful UTM–Japan Halal Global Initiative, held from 5 to 12 October 2025. The initiative, which spanned Osaka,...

RAISE Project Empowers Rural Agriculture in Muar

MUAR, 27 September 2025 - Seeds of innovation were sown at Sekolah Kebangsaan Panchor today during the launch of the RAISE (Rural Agriculture Innovation and Sustainability Empowerment) Project, a community-driven initiative under the Komuniti@UniMADANI Grant. The...
Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index