UTM raih lima kejayaan gemilang di Majlis Anugerah MAPIM-KPT ke-16

UTM raih lima kejayaan gemilang di Majlis Anugerah MAPIM-KPT ke-16

Dec 10, 2025 | UTM NewsHub

PUTRAJAYA, 9 Dis – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus mengukuhkan kedudukannya sebagai universiti penyelidikan berimpak tinggi selepas meraih kejayaan cemerlang dalam Majlis Anugerah MAPIM–KPT Kali Ke-16 yang berlangsung di Dewan Za’aba, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Putrajaya. Penganugerahan berprestij ini menjadi pengiktirafan tertinggi terhadap usaha institusi pendidikan tinggi dalam memperkasa bidang penerbitan ilmiah negara.

Majlis yang menghimpunkan penerbit universiti, ahli akademik, penyelidik dan penggiat industri penerbitan ilmiah dari seluruh negara menyaksikan UTM melalui UTM Press berjaya meraih lima pengiktirafan utama dalam pelbagai kategori. Kemenangan ini membuktikan komitmen dan keupayaan UTM dalam menerbitkan karya ilmiah berkualiti tinggi yang memberi impak besar kepada pengembangan ilmu pengetahuan, inovasi dan pembangunan negara.

Antara anugerah yang diterima termasuk Anugerah Makalah Jurnal Terbaik Sains & Teknologi (Kebangsaan), Anugerah Editor Naskhah Terbaik bagi kategori Sains Sosial dan Ilmu Kemanusiaan, serta Anugerah Karya Suntingan Terbaik untuk kategori Sains dan Teknologi. Selain itu, UTM turut dinobatkan sebagai Penerbit Prolifik melalui kualiti dan konsistensi penerbitannya. UTM Press juga menerima pengiktirafan tertinggi bagi kategori Buku Ilmiah Terjemahan Terbaik, mencerminkan keupayaan universiti dalam menterjemah, menyesuaikan dan menyebarkan ilmu global ke dalam bahasa dan konteks tempatan.

Naib Canselor UTM, Prof. Dr. Mohd Shafry Mohd Rahim (tengah), bergambar bersama warga UTM Press selepas Majlis Anugerah MAPIM–KPT Ke-16 di Dewan Za’aba, Putrajaya
ChM. Rasyiqah Abdul Rani (kiri) bersama Prof. Dr. Mohd Shafry selepas memenangi Anugerah Editor Naskhah Terbaik kategori Sains Sosial dan Ilmu Kemanusiaan
Prof. Dr. Mohd Hafiz Dzarfan (kiri) bersama Prof. Dr. Mohd Shafry selepas meraih Anugerah Makalah Jurnal Terbaik Sains dan Teknologi (Kebangsaan)
Prof. Madya Ts. ChM. Dr. Nik Ahmad Nizam (kiri) bersama pasangan, bergambar bersama Prof. Dr. Mohd Shafry selepas menerima Anugerah Karya Suntingan Terbaik kategori Sains dan Teknologi
Prof. Madya Yahaya Ramli (kanan) bersama Prof. Dr. Mohd Shafry selepas menerima Anugerah Buku Ilmiah Terjemahan Terbaik

Naib Canselor UTM, Prof. Dr. Mohd Shafry Mohd Rahim, menyifatkan kejayaan ini sebagai simbol kekuatan budaya ilmu di UTM. Beliau menegaskan bahawa pengiktirafan ini wajar dijadikan pemangkin untuk memperkukuh peranan UTM sebagai pusat kecemerlangan penyelidikan, penerbitan dan pemikiran ilmiah yang membawa manfaat kepada universiti dan negara secara keseluruhan. Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua pemenang dari UTM yang telah menunjukkan kesungguhan, profesionalisme dan daya saing tinggi dalam bidang penerbitan akademik.

Majlis dianjurkan oleh Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) dengan sokongan penuh Kementerian Pendidikan Tinggi, bertujuan mengiktiraf peranan signifikan para ilmuwan, penyelidik, editor, penterjemah dan institusi penerbit universiti dalam memperkasa landskap penerbitan ilmiah Malaysia. UTM turut menyampaikan penghargaan kepada KPT dan MAPIM atas usaha berterusan mereka menyediakan platform pengiktirafan kepada tenaga penerbitan akademik yang menjadi tulang belakang perkembangan ilmu di negara ini.

Majlis turut dihadiri oleh Prof. Dr. Zainal Amin Ayub, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Akademik & Penyelidikan); wakil institusi penerbitan ilmiah, pegawai Kementerian Pendidikan Tinggi dan ahli-ahli MAPIM dari seluruh universiti awam dan swasta, menunjukkan sokongan padu terhadap usaha memperkukuh ekosistem penyelidikan dan penerbitan ilmiah di Malaysia.

Kejayaan UTM pada edisi ke-16 ini menjadi bukti jelas bahawa budaya ilmu, ketekunan dan profesionalisme yang diterapkan dalam UTM Press terus membuahkan hasil. UTM bertekad untuk terus memperkasa daya saing dalam penerbitan akademik serta menyumbang kepada kecemerlangan ilmu dan pembangunan negara.

Source: UTM NewsHub

Explore More

UTM Pioneers Region’s First ASEAN Quantum Summit

JOHOR BAHRU, Dec 11 – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) hosted the officiation of the ASEAN Quantum Summit 2025 at Dewan Sultan Iskandar, marking a defining step forward for Southeast Asia’s scientific and technological advancement. The ceremony, officiated by the...

From UTM Petroleum Engineering Students to Energy Industry Leaders

JOHOR BAHRU, 11 Dec — Universiti Teknologi Malaysia (UTM) continues to demonstrate its strength in producing industry-ready graduates and future employers through the success of its alumni, Muhammad Al Siediq Ahnap and Izam Ikhwan Kamaruddin, co-founders of MISE...

Wacana Intelektual MADANI kupas peranan nilai Tauhid dalam AI bagi pembentukan ummah

JOHOR BAHRU, 10 Dis – Wacana Intelektual MADANI Siri 12/2025 anjuran Fakulti Pengurusan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) membuka perbincangan signifikan mengenai peranan kecerdasan buatan atau AI apabila ia dibangunkan dan diguna pakai berlandaskan nilai Tauhid...

Nurturing Green Thinkers: UTM Equips School with PV-IoT Kit for Hands-On Sustainable Learning

GELANG PATAH, Dec 9 – In an important step toward strengthening sustainable education, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) lecturers successfully handed over a newly developed educational kit, the Sistem Fotovoltaik–Internet Pelbagai Benda (PV-IoT) for agriculture...
Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index

UTM Open Day