UTM semarak sambutan Hari Antartika 2025 dengan penanaman 50 anak pokok Merbau

UTM semarak sambutan Hari Antartika 2025 dengan penanaman 50 anak pokok Merbau

Dec 1, 2025 | UTM NewsHub

JOHOR BAHRU, 29 Nov – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menyertai sambutan Hari Antartika 2025 dengan menganjurkan pelbagai aktiviti bagi meningkatkan kesedaran tentang perubahan iklim serta kepentingan kawasan kutub tersebut.

Antara aktiviti yang dianjurkan ialah penanaman 50 anak pokok Merbau di sekitar Kolej Tun Hussein Onn (KTHO). Penanaman ini merupakan sebahagian daripada kempen Growing Green for the Land of Ice, yang menekankan usaha penghijauan kampus sebagai langkah memelihara alam sekitar dan menyokong kelestarian bumi.

Pengarah Program UTM Antarctica 2025, Prof. Madya Dr. Mohd Nazri Md Reba (kiri) dan Pengarah UTMCCS, Prof. Ir. Ts. Dr. Mohd Fadhil Md Din (kanan) menyertai UTM Antarctica Day 2025 dengan menanam anak pokok Merbau di sekitar KTHO
Timbalan Pengarah UTMCCS, LAr. Dr. Zanariah Jasmani (dua dari kiri) bersama kakitangan UTMCCS dan peserta UTM Antarctica Day 2025 menanam anak pokok Merbau di sekitar KTHO
Penolong Pendaftar Kanan UTMCCS, Kiflee Jimpi, bersama peserta UTM Antarctica Day 2025 menanam anak pokok Merbau

Selain itu, aktiviti Green Footprints turut dijalankan melalui program Kutip dan Riadah (KUDAH) di kawasan sama. Sebanyak 113.95 kilogram sampah berjaya dikutip, sekali gus menunjukkan komitmen mahasiswa dan warga universiti dalam menjaga kebersihan serta kelestarian kampus.

Penganjuran aktiviti ini bertujuan meningkatkan kesedaran golongan muda mengenai perubahan iklim dan memahami kepentingan Antartika sebagai pusat penyelidikan global.

Kakitangan UTMCCS menyukat berat sampah yang dikutip semasa aktiviti KUDAH bagi Program UTM Antarctica Day 2025
Kumpulan Pengebumi bergambar selepas muncul juara dengan kutipan sampah seberat 45.65 kilogram

Pengarah Program merangkap wakil UTM di Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM), Prof. Madya Dr. Mohd Nazri Md Reba, berkata aktiviti ini selaras dengan tema Antarctica Connect: Youth for the Poles yang menjadi tema sambutan Hari Antartika 2025.

“Ia juga mempromosikan pendidikan kelestarian dan mempamerkan keupayaan Malaysia dalam bidang penyelidikan saintifik meskipun negara ini kecil dari segi saiz.

“Inisiatif ini adalah idea dan usaha YPASM dengan sokongan dana utama daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB). Sambutan rasmi Hari Antartika diadakan pada 1 Disember setiap tahun namun bagi tahun ini, sambutan secara besar-besaran akan berlangsung di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Bangi, pada 8 Disember 2025,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran program Hari Antartika peringkat UTM.

Di UTM, sambutan ini turut berkaitan dengan beberapa Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), khususnya SDG 13, Tindakan terhadap Perubahan Iklim, melalui aktiviti penanaman pokok dan pembersihan sampah yang menyumbang kepada usaha mengurangkan kesan perubahan iklim.

Hari Antartika UTM 2025 juga berkait rapat dengan SDG 15, Kehidupan di Darat, melalui usaha pemuliharaan biodiversiti menerusi penanaman pokok Merbau, selain menyokong SDG 4, Pendidikan Berkualiti, dengan mempromosikan pendidikan mengenai kelestarian, perubahan iklim dan kepentingan penyelidikan saintifik.

Secara keseluruhan, sambutan ini menyokong usaha global mempertingkatkan kesedaran dan tindakan terhadap isu iklim dan alam sekitar, selaras dengan matlamat SDG 13 dan SDG 15.

Turut hadir ialah Pengarah Pusat Pelestarian Kampus UTM (UTMCCS), Prof. Ir. Ts. Dr. Mohd Fadhil Md Din; Timbalan Pengarah UTMCCS, LAr. Dr. Zanariah Jasmani; serta Penolong Pendaftar Kanan UTMCCS, Kiflee Jimpi.

Source: UTM NewsHub

Explore More

Program pemuliaan Al-Quran perkasa nilai kelestarian dan kefahaman masyarakat

KUALA LUMPUR, 30 Nov – Fakulti Kecerdasan Buatan dengan kerjasama Masjid UTM Kuala Lumpur telah menganjurkan program pemuliaan (pelupusan) Al-Quran dan bahan cetakan agama secara lestari menggunakan teknologi hijau. Inisiatif ini bertujuan memartabatkan kesucian...

AMTEC perkukuh kerjasama universiti dan industri melalui inisiatif teknologi air dan CSR pendidikan

JOHOR BAHRU, 1 Dis – Pusat Penyelidikan Teknologi Membran Lanjutan (AMTEC), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), dengan kerjasama Envilab Sdn. Bhd. dan Ranhill SAJ Sdn. Bhd., telah berjaya menganjurkan program “Innovative Water Solutions Roundtable: Strengthening...

UTM kukuhkan kepimpinan global dan pembangunan komuniti melalui HSSR @ Vietnam 2025

HO CHI MINH CITY, 29 Nov – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur melalui Jawatankuasa Kolej Pelajar Kolej Siswa Jaya (JKP KSJ) berjaya melaksanakan Ho Chi Minh City–Tay Ninh Social Responsibility (HSSR) @ Vietnam 2025, program empat hari berimpak tinggi...

Kelab Belia Penyayang Iskandar Puteri UTM meriahkan sambutan sedekad YPIP

ISKANDAR PUTERI, 29 Nov – Sambutan Sedekad Yayasan Penyayang Iskandar Puteri (YPIP) telah berlangsung dengan jayanya di Hutan Bandar Mutiara Rini. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui Kelab Belia Penyayang Iskandar Puteri (BPIP) dijemput sebagai pempamer semasa...
Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index

UTM Open Day