UTM sumbang 300 naskah al-Quran bagi sekolah terjejas banjir

UTM sumbang 300 naskah al-Quran bagi sekolah terjejas banjir

Jan 25, 2025 | UTM NewsHub

PUTRAJAYA, 21 Jan – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi Kuala Lumpur dan Unit Endowmen telah menyumbang sebanyak RM18,000 bagi menyediakan 300 naskhah al-Quran untuk diedarkan kepada institusi pendidikan Islam yang terjejas akibat banjir tahun lalu, dalam satu majlis penyerahan di sini. Program ini adalah hasil kolaborasi strategik antara Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pertubuhan Ikatan Kasih Ummah bersama Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Tujuan murni sumbangan itu adalah bagi memastikan amalan membaca al-Quran di kalangan pelajar tidak terhenti.

Dalam majlis yang diadakan di Kompleks Islam Putrajaya tersebut, sebanyak 5,000 naskhah suci al-Quran bernilai RM363,000 disumbangkan oleh pelbagai NGO dan agensi kerajaan termasuk UTM kepada Skuad Musa’adah Al-Falah MADANI untuk diagihkan kepada masjid, surau, sekolah dan institusi pendidikan Islam yang terjejas akibat banjir tahun lalu. Dalam majlis itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar telah menerima penyerahan simbolik sumbangan bagi pihak JAKIM. Sementara itu, Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi telah diwakili oleh Pengarah Pentadbiran, Prof. Madya Dr. Mohamad Zaki Hassan bagi menyerahkan simbolik sumbangan kepada Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar.

infaq quranjpg
Prof Madya Dr. Mohamad Zaki Hassan menyerahkan simbolik sumbangan al-Quran kepada Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar
infaq quranjpg
Pelbagai NGO dan agensi kerajaan termasuk UTM memberi sumbangan berjumlah RM363,000.00 kepada Skuad Musa’adah Al-Falah MADANI untuk diagihkan kepada masjid, surau, sekolah dan institusi pendidikan Islam yang terjejas akibat banjir tahun lalu

Inisiatif Kempen Infaq Al-Quran UTM adalah hasil kerjasama strategik antara Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Pertubuhan Ikatan Kasih Ummah, dan Unit Endowmen UTM sejak tahun 2022. Kempen tersebut telah dilaksanakan sebanyak 3 fasa dengan kutipan sumbangan mencecah sejumlah anggaran RM43,671.53 dan sejumlah hampir 1,000 naskhah al-Quran telah dicetak untuk digunakan oleh penerima manfaat. Program seperti ini memperlihat kepekaan UTM untuk memberikan manfaat kepada masyarakat setempat daripada segenap aspek seiring dengan slogan “Kerana Tuhan untuk Manusia” yang melambangkan semangat kebersamaan seluruh warga UTM dalam mensejahtera kehidupan dan terus melakar kecemerlangan di persada dunia adalah berpaksikan kepada Tuhan Pencipta Sekalian Alam.

Sumber berita: Berita RTM

Source: UTM NewsHub

Explore More

UTM Represents Malaysia at Erlangen Conference 2024 on Export Control and Academia

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) proudly represented Malaysia at the Second Erlangen Conference 2024, which took place on November 20-21 in Nuremberg, Germany. This important event was organized by the Federal Office for Economic Affairs and Export Control (BAFA)...

ASUNA 3.0: Exploring Education, Innovation, and Culture in Korea

SEOUL, Nov 29 – The vibrant city of Seoul set the stage for an extraordinary intercultural journey as ASUNA 3.0: Annyeong Korea!, organized by the Student Committee (JKM) of Kolej Tuanku Canselor (KTC), unfolded from 22nd to 29th November 2024. As the first-ever KTC...

Eight Steps for UTM 2023 Action Plan

Eight steps have been outlined in the 2023 Action Plan to strengthen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) position next year. Among the steps drafted were the Vision UTM 2023 action plan, the academic programmes quality upgrading towards global recognition, World...

FAI Research Week 2024: Cultivating an Impactful Research Culture and Innovating an Intelligent Future

KUALA LUMPUR, Nov 13 –  The Faculty of Artificial Intelligence (FAI) successfully organized the FAI Research Week 2024 (FAI-RW 2024) from November 11 to November 13, 2024, at the Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur Campus. FAI-RW 2024 is a signature event...
Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index