AUDIT DALAMAN KPI RISE UNTUK TAHUN 2015
Bermula dari tarikh 14 hingga 20 Januari 2016, Institut Penyelidikan Pelestarian Alam Sekitar (RISE) telah menjalankan audit dalaman ke atas semua Pusat Penyelidikan yang bernaung di bawahnya. Ia adalah sebagai langkah persediaan untuk menghadapi Audit Tapak yang akan diadakan oleh pihak UTM pada 1 Februari 2016.
Jutaan terima kasih kepada semua staf INSTEG, PROSPECT, CIPD, COEI, iPASA dan PORC yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam mengumpulkan segala data dan bukti yang diperlukan sebagai persediaan menghadapi Audit Tapak UTM.
Data-data dan bukti-bukti yang dikumpulkan ini amat penting kerana ia akan menentukan pencapaian KPI RISE di sepanjang tahun 2015.
0 Comments