Pada 27 September yang lalu, Centre for Environmental Sustainability and Water Security – IPASA, GCRF Water Security Hub: Malaysia Collaboratory dan Research Institute for Sustainable Environment – RISE UTM Johor Bahru telah menganjurkan Program Kesedaran dan Pendidikan Tentang Perubahan Iklim 2023 untuk Sekolah di SMK Pulai Perdana bagi murid-murid Tingkatan 1 sesi pagi.
Program ini diadakan berpandukan modul interaktif yang diolah oleh penyelidik-penyelidik IPASA sendiri termasuk postdocs dan para pelajar pascasiswazah. Ianya digarap sesuai dengan peringkat umur para peserta bertujuan memberi pengetahuan asas berkaitan perubahan iklim dari aspek punca, kesan, mitigasi dan adaptasi. Sebelum ini IPASA telah pun menganjurkan program ini di beberapa sekolah kerajaan dan swasta di sekitar Johor.
Setinggi tinggi penghargaan kepada staff akademik dan teknikal dari Fakulti Kejuruteraan Awam, FKA UTM yang turut menjadi facilitator sepanjang program berlansung.
Terima kasih kepada semua yang bertungkus lumus menjayakan program ini termasuk guru-guru SMK Pulai Perdana sendiri.
Semoga anak-anak ini memiliki kesedaran, pengetahuan dan bakal menyumbang kepada inisiatif mitigasi dan adaptasi perubahan iklim negara.
0 Comments