Peserta ISS 2025 tinjau projek kelestarian di Wilayah Pembangunan Iskandar

Peserta ISS 2025 tinjau projek kelestarian di Wilayah Pembangunan Iskandar

Nov 6, 2025 | UTM NewsHub

JOHOR BAHRU, 5 Nov – Seramai 30 peserta International Sustainability Summit (ISS) 2025 telah melaksanakan lawatan bagi meninjau beberapa projek kelestarian di sekitar Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI), Johor. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai usaha-usaha pemuliharaan alam sekitar dan pembangunan lestari yang dijalankan di kawasan tersebut.

Pengerusi ISS 2025, LAr. Dr. Zanariah Jasmani berkata sepanjang lawatan, peserta dibawa melawat tiga lokasi utama yang memperlihatkan inisiatif dan aktiviti berorientasikan kelestarian.

“Lokasi pertama yang dikunjungi adalah Hutan Paya Bakau di hiliran Sungai Melayu. Di sini, peserta dapat melihat secara dekat habitat semula jadi tumbuhan paya bakau yang menjadi penampan semula jadi terhadap hakisan tanah dan ekosistem penting bagi pelbagai hidupan liar.

“Selain itu, peserta juga berpeluang menyaksikan rakit penternakan kupang yang dijalankan di kawasan sama. Aktiviti ini merupakan contoh inovatif dalam pengurusan sumber laut secara lestari, di mana kupang diternak secara komersial tanpa memberi kesan buruk kepada alam sekitar,” katanya lagi.

Para perserta dibawa menyelusuri hutan paya bakau di Sg. Melayu dengan bot bagi melihat sendiri habitat semula jadi pokok bakau di kawasan itu
Melawat rakit penternakan kupang di Sg. Melayu

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengetuai sesi lawatan para peserta ISS 2025 ke lokasi terakhir lawatan iaitu bangunan Iskandar Investment Berhad (IIB) di Kota Iskandar.

Dr. Zanariah berkata, selepas Sungai Melayu, para peserta telah dibawa melawat ke Sireh Park, sebuah taman warisan semula jadi seluas 343 ekar di Iskandar Puteri. Taman ini menonjolkan usaha-usaha pemuliharaan dan pembangunan mampan melalui pelbagai aktiviti berasaskan alam sekitar.

“Di sini, peserta diberi pendedahan mengenai pelbagai jenis tumbuhan termasuk sayuran dan herba yang ditanam secara organik. Mereka turut diajar tentang proses pembuatan baja kompos dari sisa landskap yang dihasilkan secara mesra alam.

“Selain itu, peserta juga ditunjukkan kepada kaedah penanaman anak pokok menggunakan cawan kertas terpakai juga diperkenalkan sebagai alternatif kepada beg plastik yang memudahkan proses penanaman tanpa perlu mencabut anak pokok apabila ingin dipindahkan ke tanah,” katanya.

Peserta diberikan taklimat mengenai tumbuhan dan herba di Sireh Park
Diberikan taklimat teknik menanam anak pokok menggunakan tanah kompos dan cawan kertas terpakai

Selepas lawatan di taman, peserta dibawa ke pejabat IIB, sebuah syarikat pelaburan strategik yang bertanggungjawab dalam pembangunan kawasan Iskandar Malaysia.

“Di sini, peserta diberikan taklimat mengenai inisiatif pembangunan pintar dan berdaya maju yang menekankan aspek kelestarian, sistematik dan inovatif dalam memperkaya nilai pelaburan di kawasan tersebut,” katanya lagi.

Lawatan ini memberi inspirasi kepada peserta ISS 2025 tentang pentingnya usaha-usaha inovatif dan lestari dalam memperkasakan pembangunan wilayah yang harmoni dengan alam sekitar.

“Di akhir lawatan, peserta diharapkan dapat membawa pulang pengetahuan dan pengalaman berharga untuk diaplikasikan dalam usaha-usaha kelestarian di organisasi masing-masing,” katanya mengakhiri perbualan.

Diberikan taklimat ringkas mengenai pembangunan strategik dan lestari di Kota Iskandar

Source: UTM NewsHub

Explore More

KTF UTM perkukuh minat pelajar terhadap STEM di Simpang Renggam

SIMPANG RENGGAM, 8 Nov – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui Kolej Tun Fatimah (KTF) terus memperkukuh jalinan universiti dengan masyarakat apabila menyertai Karnival Kerjaya STEM Peringkat Negeri 2025 yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)...

Hisham Hellyer Appointed as UTM Adjunct Professor

KUALA LUMPUR, Nov 6 – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) has appointed internationally renowned scholar Prof. Dr. Hisham A. Hellyer as an Adjunct Professor, marking a significant step in strengthening the university’s global academic engagement and international...

UTM Launches NexScholar — AI Platform for Jaringan Pakar MADANI

PUTRAJAYA, Nov 6 – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) proudly introduced NexScholar, its newest spin-off company leveraging Artificial Intelligence (AI) to revolutionize Malaysia’s research and innovation ecosystem. The official launch of NexScholar took place during...

Forum MyIDEAS: Falsafah, Etika dan Kelestarian dalam Dasar AI IPT

PUTRAJAYA, 6 November 2025 – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Perbadanan Putrajaya telah menganjurkan forum Sidang Idea Malaysia (MyIDEAS) sempena Festival IDEA Putrajaya 2025, bertemakan “Pembangunan...
Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index

UTM Open Day