Kemajuan ilmu mesti seiring dengan kemajuan adab – KDYMM Raja Permaisuri Agong

Kemajuan ilmu mesti seiring dengan kemajuan adab – KDYMM Raja Permaisuri Agong

Nov 15, 2025 | UTM NewsHub

JOHOR BAHRU, 15 November 2025 – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) hari ini membuka tirai Majlis Konvokesyen ke-69 (MK69) dengan penuh istiadat dan penghormatan di Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru.

Upacara sesi pertama telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah, yang berkenan berangkat mencemar duli ke majlis berprestij itu.

Baginda yang juga Canselor UTM turut menzahirkan penghargaan kepada para graduan atas kejayaan menamatkan pengajian, sambil mengingatkan bahawa ilmu perlu dipandu adab, nilai murni dan tanggungjawab sosial.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah ketika bertitah kepada graduan sesi pertama Majlis Konvokesyen ke-69 UTM.

“Dalam era teknologi dan kecerdasan buatan yang semakin maju, kita perlu memastikan bahawa kemajuan ilmu juga seiring dengan kemajuan adab. Dalam dunia yang bergerak pantas ini, maklumat kadangkala mendahului kebijaksanaan,” titah Baginda.

“Jadilah graduan yang bukan sahaja tinggi ilmunya, tetapi juga beradab tinggi. Gunakanlah ilmu yang diperolehi bukan sekadar untuk kejayaan sendiri, tetapi untuk memberi manfaat kepada keluarga, masyarakat dan negara,” pesan Baginda.

Baginda turut menitip doa kepada graduan antarabangsa dari negara yang bergolak agar terus dilindungi, serta menyeru agar institusi pendidikan menjadi medan melahirkan insan yang beradab, berempati dan bertanggungjawab terhadap keamanan dunia.

Sementara itu, MK69 menyaksikan seramai 7,156 graduan menerima ijazah masing-masing pada konvokesyen kali ini, meliputi 732 Doktor Falsafah, 1,476 Sarjana, 4,233 Sarjana Muda, 658 Diploma dan 57 Diploma Eksekutif.

Daripada jumlah tersebut, 1,195 graduan ialah pelajar antarabangsa dari 57 negara.

Majlis turut menyaksikan penganugerahan Ijazah Kehormat kepada mantan Duta Jepun ke Malaysia, Tuan Masahiko Horie, tokoh akademik dan diplomatik yang memainkan peranan besar dalam penubuhan Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT) pada 2010.

Selain itu, empat ilmuan ulung UTM turut dianugerahi Profesor Emeritus, iaitu Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Prof. Datuk Dr. Mohd Tajudin Md Ninggal, Dr. Awaluddin Mohamed Shaharoun dan Prof. Dr. Ghazali Sulong.

Source: UTM NewsHub

Explore More

Two Decades, One Unstoppable Spirit of Dr. Nafis learning journey

JOHOR BAHRU, Nov 15 – Dr. Nafis’ academic journey at Universiti Teknologi Malaysia (UTM) is an inspiring story of perseverance, sacrifice and lifelong learning. Spanning nearly two decades of his study path from undergraduate student to a PhD graduate while working...

Empat Ilmuan Ulung UTM Dianugerahkan Gelaran Profesor Emeritus

JOHOR BAHRU, 15 Nov – Majlis Konvokesyen ke-69 Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menyaksikan empat ilmuan ulung UTM; Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Datuk Dr. Mohd Tajudin Md Ninggal, Dr. Awaluddin Mohamed Shaharoun, dan Prof. Dr. Ghazali Sulong dianugerahi gelaran...

Digelar bapa MJIIT, Masahiko Horie penggerak jalinan strategik pendidikan Malaysia–Jepun

JOHOR BAHRU, 15 November 2025 – Nama Tuan Masahiko Horie, mantan Duta Jepun ke Malaysia, sememangnya tidak asing dalam landskap hubungan diplomatik dan pendidikan tinggi antara Malaysia dan Jepun. Sumbangan beliau yang begitu besar terhadap pembangunan kerjasama...

A PhD Graduate with the Heart of an Equestrian

JOHOR BAHRU, 15 November – “Both academic and sports worlds complement each other in shaping my identity as a competitive, dedicated individual who constantly strives to create value in the fields I love,” said Dr Nur Jannah binti Mohd Esa, a PhD graduate from the...
Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index

UTM Open Day