Bengkel AI untuk Staf Sokongan SPACE telah dianjurkan pada 9–10 September 2025 bertempat di Bilik Seminar 1 & 2, UTMSPACE Johor Bahru. Bengkel selama dua hari ini dikendalikan oleh Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Shahizan Othman, Felo UTM Big Data Centre (BDC), dengan penyertaan staf sokongan SPACE sebagai peserta utama.
Sepanjang bengkel, para peserta telah didedahkan dengan pengetahuan asas serta aplikasi Artificial Intelligence (AI) dalam meningkatkan kecekapan kerja seharian. Melalui sesi perkongsian, aktiviti interaktif dan perbincangan yang dijalankan, peserta bukan sahaja memperoleh pengalaman pembelajaran yang bermanfaat, malah turut memahami kepentingan teknologi AI dalam mendepani cabaran era digital masa kini.
UTM Big Data Centre yakin bahawa pendedahan ini mampu memberikan nilai tambah kepada staf dalam memperkasa kemahiran digital, menyokong inovasi serta menyumbang ke arah kecemerlangan organisasi. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta atas penglibatan dan komitmen sepanjang bengkel berlangsung. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan memberi impak positif kepada kerjaya serta organisasi.