PROGRAM PENINGKATAN KESEDARAN HALAL DALAM KALANGAN USAHAWAN WANITA
19 Ogos 2020, Pusat Penyelidikan Fiqh Sains & Teknologi (CFiRST) telah menganjurkan Program Peningkatan Kesedaran Halal Dalam Kalangan Usahawan Wanita yang bertempat di Dewan al-Marbawiy, Blok S45, Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru.
Terdapat 28 orang peserta yang terdiri daripada kalangan usahawan wanita telah melibatkan diri untuk menyertai program tersebut. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada usahawan wanita dalam menghasilkan produk halal dan sijil halal bagi mengembangkan bisnes mereka ke pasaran antarabangsa.
Pusat Penyelidikan Fiqh Sains & Teknologi (CFiRST) telah bekerjasama dengan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dalam menjayakan program yang dapat meningkatkan keyakinan usahawan wanita terhadap produk yang mereka hasilkan.