![](https://research.utm.my/wp-content/uploads/sites/48/2018/12/Untitled-1-1024x510.jpg)
Universiti Teknologi Malaysia telah mengambil inisiatif dalam memperkasa dan memperkukuh dasar-dasar kerajaan untuk memartabatkan Islam di Malaysia berlandaskan penyelidikan ilmiah. Oleh itu, Pusat Penyelidikan Fiqh Sains & Teknologi (CFiRST) ditubuhkan di UTM untuk menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang sains dan teknologi bereteraskan Islam, di samping menjadi pusat rujukan dalam menyelesaikan permasalahan ummah.