MUAR, 10 Jan. – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah berjaya menganjurkan program Latihan Teknikal Asas Pertanian Organik (LESTARI), sebuah program pemindahan ilmu teknologi pertanian bertempat di Madrasah Darul Istiqamah, Muar.

Penganjuran program turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Pertanian Daerah Muar dengan penyertaan 18 orang peserta perintis yang ditaja sepenuhnya oleh Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) di bawah Geran Sumbangan SKUM (GSS) Tahun 2022.

Perasmian program telah disempurnakan oleh Prof Madya Ir. Dr. Norzita Ngadi, Timbalan Pengarah (Akademik & Penyelidikan) UTM Kampus Pagoh.

Program yang diterajui Dr. Abd Rahman Jabir Mohd Din dan staf Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocess (ICA) UTM Kampus Pagoh ini bertujuan untuk  meningkatkan kemahiran teknikal pertanian melibatkan fertigasi rock melon dan penghasilan baja biokompos Azolla untuk memastikan sumber makanan yang mampan.

Kaedah fertigasi ini terbukti dapat menghasilkan buah rock melon dengan cepat dan berkualiti tinggi. Dengan teknik tuaian dan pengurusan tanaman yang betul, keuntungan hasil jualan boleh diraih.

Selain itu, penghasilan baja biokompos berasaskan Azolla juga dapat mengurangkan kebergantungan kepada baja kimia dan berkonsepkan lestari alam sekitar. Kadar elemen nitrogen yang tinggi pada Azolla menjadi daya penarik kepada produk baja untuk diketengahkan.

Pada sesi perasmian program, penyerahan produk protaip baja biokompos Azolla dan set kawalan organik telah diserahkan kepada wakil Madrasah Darul Istiqamah, Ustaz Md Fadlun bin Md Noor.

Menerusi program ini, para peserta juga turut didedahkan dengan asas teori teknologi pertanian berasaskan fertigasi dan formulasi pengkomposan yang telah ditambahbaik dengan bantuan tenaga pengajar UTM sebelum sesi praktikal dibuat bagi melengkapkan pembelajaran.

Pemindahan teknologi kepada kumpulan sasar ini diharapkan dapat menanam sifat berdaya maju serta kompeten untuk menggunapakai teknologi pertanian ini bagi tujuan penjanaan pendapatan.

Kumpulan sasar bagi program ini terdiri daripada anak-anak yatim dalam kategori remaja yang nasib mereka tidak menentu dan memerlukan perlindungan secara kolektif daripada semua pihak dalam masyarakat.

Perlindungan ini bukan sahaja dalam bentuk wang yang seringkali diterima oleh mereka tetapi peningkatan ilmu, kemahiran dan cara pemikiran yang akan diaplikasi untuk penyelesaian yang berpanjangan.

Dengan pengetahuan yang telah dipindahkan ini, para peserta diharap boleh meneruskan usaha penghasilan makanan khususnya rock melon di peringkat lokaliti Madrasah. Pihak UTM akan menjadi fasilitator dan penasihat dalam menjayakan projek fertigasi peserta di Madrasah Darul Istiqamah  supaya hasil mereka dapat dipertingkat.

Menggunapakai strategi untuk memperluaskan teknologi dan sumber sedia ada, pertanian lestari dalam kawalan organik akan dijadikan salah satu agenda penting UTM dalam usaha memastikan keterjaminan makanan di peringkat komuniti.

Aktiviti praktikal pembiakan Azolla

Para peserta sedang tekun mengikuti seminar yang dijalankan

Para peserta sedang menjalani sesi praktikal penyediaan polibeg untuk kegunaan fertigasi

 

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index