PAGOH, 26 Okt. – UTM Kampus Pagoh dengan kerjasama Pejabat Penasihat Undang-undang dan Integriti Kampus UTM Johor Bahru telah berjaya melaksanakan taklimat separuh hari bertajuk ‘Etika dan Integriti dalam Perkhidmatan dan Penyelidikan.’

Taklimat yang disampaikan oleh Puan Raihan binti Abd Karim, Penasihat Undang-undang dan Integriti UTM telah dihadiri lebih 50 orang staf dan pelajar UTM Kampus Pagoh di Bilik Seminar Klorofil.

Antara matlamat pemganjuran taklimat adalah untuk membudayakan sikap berintegriti dalam kalangan staf dan pelajar, di samping menanam amalan berhati-hati dalam menunaikan tanggungjawab sebagai Pegawai Kerajaan. Turut diketengahkan adalah sikap berwaspada ketika menjalankan tugas terutama malibatkan orang awam dan syarikat pembekal perkhidmatan supaya tidak terjerat dengan anasir penerimaan rasuah.

Taklimat yang disampaikan Puan Raihan turut melibatkan jenis-jenis kesalahan yang telah direkodkan Universiti sebagai pengajaran dan konsep asas bentuk rasuah dan salah guna kuasa dalam menguruskan organisasi. Isu dan kes rasuah sebenar juga turut dibincangkan dan turut dipersoalankan oleh hadirin melalui sesi soal jawab.

“Taklimat integriti ini telah dirancang oleh pihak pengurusan UTM Kampus Pagoh dan akan dilaksanakan pada setiap tahun supaya ia menjadi sesi ulangan dan pendidikan berterusan kepada staf dan pelajar” ujar Mohd Farid, Timbalan Pendaftar UTM Kampus Pagoh.

“Amalan menerima rasuah perlu dibendung dikalangan staf supaya ia tidak menjadi asbab kepada masa depan yang gelap staf kelak bila telah disabitkan kesalahan menerima rasuah. Ia akan memberikan implikasi negatif kepada kerjaya dan imej yang buruk kepada staf dan Universiti” katanya lagi.

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index