Penyelidikan di UTM bukanlah sekadar mengisi tentatif pembelajaran dan pengajaran. Hasilnya mampu dikomersialkan sekali gus memberi manfaat kepada pengguna di luar sana. Buktinya, hasil penyelidikan Prof. Madya Ts.Chm. Dr. Nik Ahmad Nizam Nik Malek, dari Faculty of Science, Universiti Teknologi Malaysia, telah berjaya menarik minat syarikat Youbeau Global untuk dipasarkan, dengan nama Youbeau Cleansing Clay, baru-baru ini.
