Pada 8 Disember 2022, pihak ISI-SIR telah mengadakan lawatan ke SMK Sri Pulai Perdana dan mengadakan perbincangan susulan bagi menjayakan Program Kerjasama Permata Ibnu Sina. Hasil perbincangan, semua pihak bersetuju untuk melaksanakan program itu pada 2023 dengan sasaran seramai 50 pelajar terdiri daripada pelajar tingkatan 4 yang mengambil subjek sains, agama, dan tahfiz. Semoga program ini dapat berjalan dengan lancar dan mencapai matlamatnya untuk menarik minat pelajar dan membantu mereka menghayati kepentingan sains secara Islam.

