AI dan Akademia: Membudaya penggunaan teknologi beretika

AI dan Akademia: Membudaya penggunaan teknologi beretika

Oct 17, 2025 | UTM NewsHub

Mengimbau kembali ketika pertama kali Hari Akademia disambut pada 5 Oktober 2019, seluruh warga akademik amat teruja dengan sambutan ini. Seluruh warga akademik di negara ini meraikan Hari Akademia dengan penuh semangat dan kesedaran terhadap peranan institusi pendidikan tinggi dalam membentuk masa depan negara. Tema sambutan tahun ini amat bertepatan dengan arus global yang menuntut transformasi menyeluruh dalam pendekatan pengajaran, penyelidikan dan pentadbiran akademik. Persatuan Kakitangan Akademik UTM juga ingin menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga akademik yang telah menunjukkan komitmen luar biasa dalam mendepani cabaran era digital. Kecerdasan buatan bukan lagi sekadar teknologi, sebaliknya kini menjadi komponen strategik dalam membentuk ekosistem pendidikan yang lebih pintar, cekap dan inklusif.

Secara umumnya, kita telah mula melihat impak positif AI di institusi pendidikan tinggi sejak diperkenalkan pada 2023. Sebagai contoh, Pengajaran Pintar yang mana sistem pembelajaran telah diadaptasi menerusi penggunaa AI untuk menyesuaikan kandungan mengikut tahap penguasaaan pelajar. Seterusnya, AI juga menyerlahkan Penyelidikan Berasaskan Data Besar. Penggunaan AI mempercepat analisis data kompleks dalam bidang kejuruteraan, sains sosial dan bioteknologi. Tadbir urus Akademik Automatik juga diperluaskan dengan pengurusan jadual, penilaian dan sokongan pelajar yang lebih efisien melalui sistem pintar. Namun, integrasi AI juga menuntut kita untuk lebih berhati-hati dalam aspek etika, privasi data dan keadilan akses. Kita perlu memastikan bahawa teknologi ini tidak menggantikan peranan manusia dalam mendidik, tetapi memperkasa pendidik untuk menjadi lebih berkesan dan relevan.

Sempena Hari Akademia pada tahun ini, Persatuan Kakitangan Akademik UTM menyeru kepada semua warga akademik dan warga UTM untuk meningkatan pengetahuan dan literasi digital terutamanya dalam konteks kecerdasan buatan yang beretika tinggi. Staf perlu diberikan latihan berstruktur yang boleh menjamin kelestarian agenda pendigitalan pendidikan tinggi yang berasas nilai dan adab ketimuran. Pelajar juga perlu didedahkan dengan pelbagai manfaat dan kebaikan AI ini serta ancaman jika ia disalah guna oleh segelintir golongan yang berkepentingan. Teknologi kecerdasan buatan kini membuka pelbagai peluang perkerjaan baharu yang akan membuahkan dan memberikan pulangan besar kepada pelabur dan rakyat secara umum. Namun, kemungkinan ia disalah guna turut meningkat terutamanya dalam kalangan pelajar. Kepantasan dalam pemerolehan maklumat menerusi teknologi ini, terdapat segelintir pelajar yang cenderung menggunakan pelbagai aplikasi AI untuk memudahkan proses pembelajaran mereka dengan cara yang tidak beretika seperti meniru, menipu serta memanipulasi teknologi. Mereka cenderung menggunakan pelbagai teknik AI untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh pensyarah tanpa mengolah semula, selain meniru dalam ujian dan peperiksaan akhir. Bagi menangani perkara ini, pihak pensyarah dan universiti perlu memantau dan meningatkan kesedaran dalam kalangan pelajar tentang penggunaan teknologi secara bertanggungjawab. Displin diri, integriti serta adab dan etika penggunaan AI perlu dititikberatkan sejak dari awal bagi menjamin kesejahteraan dan kelestarian masyarakat melalui teknologi kecerdasan buatan.

Hari Akademia bukan sekadar perayaan, tetapi medan refleksi dan perancangan strategik kita sebagai warga akademik dalam menentukan masa depan pendidikan tinggi negara. Kita perlu terus memperkukuh budaya ilmu, memperluas sempadan penyelidikan, dan memastikan pendidikan tinggi negara kekal utuh sebagai benteng kemajuan negara. Akhir kata, marilah kita menyambut Hari Akademia 2025 dengan tekad baharu untuk menjadikan AI sebagai alat pemerkasaan akademik, dan bukannya ancaman budaya intelektual. Bersama kita bentuk masa depan pendidikan tinggi yang lebih pintar, beretika dan berdaya saing.

Source: UTM NewsHub

Explore More

KTF UTM perkukuh minat pelajar terhadap STEM di Simpang Renggam

SIMPANG RENGGAM, 8 Nov – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui Kolej Tun Fatimah (KTF) terus memperkukuh jalinan universiti dengan masyarakat apabila menyertai Karnival Kerjaya STEM Peringkat Negeri 2025 yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)...

Hisham Hellyer Appointed as UTM Adjunct Professor

KUALA LUMPUR, Nov 6 – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) has appointed internationally renowned scholar Prof. Dr. Hisham A. Hellyer as an Adjunct Professor, marking a significant step in strengthening the university’s global academic engagement and international...

UTM Launches NexScholar — AI Platform for Jaringan Pakar MADANI

PUTRAJAYA, Nov 6 – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) proudly introduced NexScholar, its newest spin-off company leveraging Artificial Intelligence (AI) to revolutionize Malaysia’s research and innovation ecosystem. The official launch of NexScholar took place during...

Forum MyIDEAS: Falsafah, Etika dan Kelestarian dalam Dasar AI IPT

PUTRAJAYA, 6 November 2025 – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Perbadanan Putrajaya telah menganjurkan forum Sidang Idea Malaysia (MyIDEAS) sempena Festival IDEA Putrajaya 2025, bertemakan “Pembangunan...
Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index

UTM Open Day