FEST UTM-KEMAS Johor pacu inisiatif Tunas Jauhar di Tabika KEMAS

FEST UTM-KEMAS Johor pacu inisiatif Tunas Jauhar di Tabika KEMAS

May 28, 2025 | UTM NewsHub

JOHOR BAHRU, 27 Mei – Fakulti Sains Pendidikan dan Teknologi (FEST), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus mengorak langkah proaktif dalam memperkukuh hubungan strategik bersama agensi luar melalui satu sesi perbincangan bersama pihak Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Johor yang diadakan di Pejabat Pengarah KEMAS Negeri Johor. Sesi ini bertujuan membincangkan inisiatif penganjuran program bersama antara FEST, UTM dan KEMAS Negeri Johor bagi memperkasa sistem pendidikan prasekolah khususnya di negeri Johor.

Perbincangan ini telah diketuai oleh Dekan FEST, Prof. Dr. Noraffandy Yahaya, bersama tujuh orang ahli task force yang terdiri daripada barisan akademik berpengalaman, termasuk Prof. Madya Dr. Aede Hatib Musta’amal @ Jamal, Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi & Pembangunan); dan Prof. Dr. Zaidatun Tasir selaku Penasihat kepada program strategik yang dikenali sebagai Tunas Jauhar. Program Tunas Jauhar yang diterajui oleh Prof. Dr. Azlina Mohd Kosnin ini merupakan inisiatif berimpak tinggi yang dirangka dengan fokus kepada tiga cabang utama, iaitu Naturalis Cilik, STEAM Cilik, dan Atlet Cilik. Setiap cabang ini direka bentuk untuk menyemai potensi kanak-kanak prasekolah dalam bidang alam semula jadi, sains dan teknologi, serta pembangunan fizikal dan sahsiah.

Sesi perbincangan di antara pihak FEST, UTM dengan KEMAS Johor

Inisiatif ini merupakan cetusan dari program-program yang telah berjaya dijalankan di beberapa Tabika KEMAS sekitar UTM termasuklah Program Kitaran Makanan, Pembinaan Zoo Mini , MyGambot dan SciBog, serta program berasaskan kemahiran motor dan kecergasan fizikal. Kesemua program ini memberi penekanan kepada pembangunan menyeluruh kanak-kanak melalui pendekatan holistik, saintifik dan kreatif yang berteraskan kepada penyelidikan dan amalan terbaik dalam pendidikan awal kanak-kanak.

Perbincangan tersebut turut memberi tumpuan kepada matlamat utama kerjasama ini iaitu memperkasa pendidikan prasekolah dengan identiti Johor serta membina karakter murid yang seiring dengan aspirasi negeri. Pihak FEST menawarkan kepakaran dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dan penyelidikan akademik sebagai asas kukuh kepada pelaksanaan program ini.

Prof. Dr. Zaidatun Tasir (kiri) membentangkan konsep Tunas Jauhar kepada pihak KEMAS Johor
Logo rasmi Tunas Jauhar

Delegasi daripada pihak KEMAS Negeri Johor telah diketuai oleh Timbalan Pengarah KEMAS Negeri Johor, Dahliah Osman, dan disertai oleh barisan pegawai utama dalam sektor pendidikan awal kanak-kanak. Antara yang hadir termasuk Abdul Yazid Alias (Pegawai KEMAS Daerah Johor Bahru), Habibah Mohamadon, Julia Johaida Che Jaya, Hazillah Jaafar, dan Hanim Nur Dalilah Yahaya, kesemuanya dari Unit Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS Negeri Johor.

Dahliah Osman mewakili KEMAS Johor menyambut baik inisiatif kerjasama bersama FEST, UTM

Turut serta dalam perbincangan ini ialah penyelia-penyelia KEMAS daripada Parlimen Johor Bahru, Tebrau, Iskandar Puteri, Pulai dan Pasir Gudang, yang turut memberi maklum balas berharga serta cadangan penambahbaikan berdasarkan pengalaman mereka di lapangan.

Pihak KEMAS menyambut baik inisiatif kerjasama ini dan menzahirkan penghargaan terhadap usaha berterusan UTM, khususnya pensyarah-pensyarah FEST, dalam memperkasa pendidikan awal kanak-kanak melalui pelaksanaan pelbagai program berimpak tinggi di Tabika KEMAS sebelum ini. Kerjasama yang dijalin ini dilihat mampu memberi nilai tambah kepada sistem pendidikan prasekolah, selaras dengan aspirasi nasional untuk melahirkan generasi muda yang cemerlang dari segi intelek, sahsiah dan jati diri.

Pihak FEST melihat kolaborasi ini sebagai satu peluang besar untuk memperluas jaringan strategik dengan agensi kerajaan dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan masyarakat setempat. Kejayaan pelaksanaan program-program terdahulu bersama Tabika KEMAS telah membuktikan bahawa kerjasama rentas institusi mampu membawa impak yang signifikan kepada pendidikan awal kanak-kanak, terutamanya dari segi peningkatan akses kepada bahan pembelajaran yang lebih berkualiti, latihan kepada guru-guru prasekolah serta penyelidikan impak sosial dan kognitif dalam kalangan murid.

Usaha murni ini adalah selari dengan aspirasi UTM sebagai institusi yang berperanan bukan sahaja dalam pembangunan ilmu tetapi juga dalam menjalin hubungan yang menyeluruh bersama komuniti. Kolaborasi FEST dan KEMAS ini diharapkan dapat melonjakkan potensi pendidikan prasekolah Johor ke tahap yang lebih tinggi, berteraskan identiti negeri, nilai murni dan pemupukan sahsiah yang unggul sejak dari peringkat usia awal.

Oleh Dr. Nur Fatihah Raimi dan Dr. Nazrinda A. Samah

Source: UTM NewsHub

Explore More

Fair Gig Work: Islamic Principles Protecting Young Workers in the Digital Economy

Are young gig workers being treated fairly in the digital age? The rise of digital labor platforms has transformed how we work, offering flexibility and opportunities. However, beneath the surface, a concerning trend has emerged: young workers often face unfair...

Digital Twin Tech Improves Autonomous Boat Accuracy for Smarter Ocean Monitoring

Imagine a virtual world so precise it can predict the movements of a real boat. Researchers at Universiti Teknologi Malaysia (UTM) have brought this concept to life by developing a 'Digital Twin' (DT) for Autonomous Surface Vehicles (ASVs). These robotic boats are...

Self-Healing Membranes: New Model Explains Polymer Growth and Potential Applications

Imagine a world where materials could repair themselves, extending their lifespan and reducing waste. This is the promise of self-healing membranes, thin films capable of automatically mending damage. Researchers at Universiti Teknologi Malaysia (UTM) are delving into...

UTM Pagoh Hosts ICA Lecture: Unveiling the Potential of Bali Herbal Coffee

PAGOH, 9 June 2025 - Innovation and tradition converged at Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Pagoh as the Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing (ICA) hosted the second series of its Visiting Lecture for 2025. The lecture, held at the...
Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index