Forum FAIN 2025 garap peranan AI dan pendidikan dalam membentuk tenaga kerja masa depan

Forum FAIN 2025 garap peranan AI dan pendidikan dalam membentuk tenaga kerja masa depan

Nov 26, 2025 | UTM NewsHub

JOHOR BAHRU, 25 Nov – Fakulti Sains dan Teknologi Pendidikan (FEST), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju pendidikan inovatif melalui penganjuran satu forum ilmiah bertajuk “Tenaga Kerja Masa Hadapan: Kecerdasan Buatan, Pendidikan dan Kesediaan Industri”, bersempena dengan program FEST Academia, Alumni dan Industri (FAAIN) 2025. Program ini menghimpunkan pakar akademia dan pemimpin industri bagi membincangkan keperluan kemahiran masa depan, selaras dengan perkembangan pesat teknologi global serta tuntutan tenaga kerja berasaskan digital.

Forum bertajuk “Tenaga Kerja Masa Hadapan: Kecerdasan Buatan, Pendidikan dan Kesediaan Industri” sempena FEST Academia, Alumni dan Industri (FAAIN) 2025.
Forum bertajuk “Tenaga Kerja Masa Hadapan: Kecerdasan Buatan, Pendidikan dan Kesediaan Industri” sempena FEST Academia, Alumni dan Industri (FAAIN) 2025

Forum tersebut menampilkan dua panel berpengalaman, iaitu Prof. Madya Dr. Azlan Abdul Latib dari UTM dan Victor Ooi, Ketua Pegawai Informasi Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP). Sesi dikendalikan oleh Dr. Mohd Izyan Zuhaili Zainuddin. Perbincangan berlangsung secara dinamik dengan fokus terhadap keperluan literasi digital, data dan computational thinking di peringkat pendidikan. Perubahan kurikulum dalam menghadapi era Revolusi Industri 4.0 dan 5.0 turut diberi perhatian, selain kupasan mengenai trend automasi dan penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam sektor industri yang semakin berkembang, khususnya dalam bidang logistik dan penyelenggaraan ramalan.

Forum ini turut menekankan isu masa depan pekerjaan dan relevansi latihan kemahiran dan pendidikan dalam era IR5.0. Panel mengupas pelbagai persoalan termasuk limitasi AI sebagai pengganti manusia, perubahan bentuk pekerjaan serta ciri-ciri graduan masa hadapan yang perlu lebih fleksibel, kreatif dan kritis. Gabungan pendidikan-TVET dan industri turut disifatkan sebagai laluan akademik paling relevan, dengan penekanan kepada kemahiran abad ke-21 seperti literasi digital, pemikiran berasaskan data, kemahiran insaniah, keusahawanan dan daya tahan diri.

Melalui perkongsian pengalaman lapangan, forum ini berjaya merapatkan jurang antara teori akademik dan realiti industri, memberikan pencerahan kepada pelajar universiti, pelajar sekolah serta peserta dari Kolej Vokasional sekitar Johor Bahru mengenai landskap kerjaya masa hadapan.

Panel industri, Victor Oii menekankan keperluan bakat yang mempunyai pemikiran analitikal, kesedaran AI serta kemampuan bekerja bersama sistem autonomi-kemahiran yang semakin menjadi keperluan dalam pekerjaan berasaskan teknologi. Sesi soal jawab yang melibatkan pelajar sekolah dan universiti pula memberikan ruang interaksi secara langsung, membantu peserta memahami keperluan sebenar dan pasaran kerja semasa dan akan datang.

Victor Ooi, Ketua Pegawai Informasi Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), mengulas persoalan berkaitan cabaran masa hadapan

Perbincangan juga selari dengan agenda Pendidikan 5.0 dan IR5.0 yang menekankan integrasi antara teknologi canggih dan nilai kemanusiaan. Prof. Madya Dr. Azlan menyentuh isu-isu semasa seperti ketidakpadanan kemahiran, infrastruktur yang tidak seimbang, hubungan institusi dan industri yang kurang konsisten serta cabaran inklusiviti dalam kalangan komuniti B40. Beliau menegaskan bahawa isu-isu ini perlu ditangani secara kolektif melalui usaha bersama antara universiti, industri dan komuniti setempat bagi memastikan tiada kumpulan yang tercicir dalam arus kemajuan digital.

Panel turut menitipkan beberapa pesanan penting. Antaranya ialah penegasan bahawa teknologi hanyalah alat dan pemikiran kritis serta kesediaan untuk belajar semula merupakan aspek paling utama dalam menghadapi perubahan. Mereka turut menyatakan bahawa curiosity dan semangat meneroka melalui permasalahan sebenar serta pembelajaran berasaskan masalah mampu menjadi pemangkin kepada perkembangan bakat pelajar. Gabungan elemen-elemen ini dianggap sebagai formula penting dalam membentuk graduan yang berdaya saing dalam ekosistem masa hadapan yang dipacu teknologi.

Sebahagian daripada peserta forum FAIN 2025 yang hadir dalam sesi perkongsian panel

Sebelum forum bermula, majlis turut menyaksikan pemeteraian empat Letter of Intent (LoI) antara FEST dan rakan industri serta institusi pendidikan, iaitu Master Elite Academy Group Sdn. Bhd., Indebrain Occupational Therapy Solutions, SMK Skudai dan SMK Pulai Jaya. Kerjasama strategik ini membuka ruang luas kepada pembangunan profesional, penyelidikan bersama, inovasi pedagogi, intervensi pendidikan khas dan pelaksanaan pelbagai program akademik serta komuniti. Inisiatif ini dijangka menyumbang kepada peningkatan kompetensi guru, penambahbaikan pembelajaran pelajar serta penyediaan persekitaran pendidikan yang lebih responsif terhadap keperluan masa hadapan.

Secara keseluruhan, forum ini bukan sahaja menyediakan platform wacana ilmiah antara universiti dan industri, malah memberikan pencerahan yang amat signifikan kepada para pelajar sekolah, pelajar universiti serta tenaga pengajar mengenai hala tuju kerjaya dalam dunia yang dipacu teknologi. Perbincangan yang berlangsung turut menggariskan strategi komprehensif bagi memperkukuh pembangunan bakat dan kebolehpasaran graduan demi memastikan mereka mampu bersaing dalam ekosistem pekerjaan yang semakin kompleks dan berasaskan teknologi.

Source: UTM NewsHub

Explore More

Telefon pintar menjadi keperluan dan cabaran mahasiswa

Teknologi komunikasi dan maklumat masa kini berkembang dengan pesat, membawa kepada penghasilan pelbagai peranti moden termasuk telefon pintar yang memudahkan manusia berhubung. Kepelbagaian fungsi telefon pintar yang semakin canggih menjadikannya satu keperluan...

FEST perkasa ekosistem intelektual melalui kolaborasi sinergi

JOHOR BAHRU, 25 Nov – Fakulti Sains Pendidikan dan Teknologi (FEST), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah melancarkan FEST Academia Alumni Industry Network (FAAIN) 2025, sebuah inisiatif strategik yang menghimpunkan akademia, alumni serta pemain industri bagi...

UTM dan P10X Academy buka peluang kemahiran automotif kepada belia Orang Asli

SUBANG JAYA, 22 Nov – Program komuniti anjuran Pusat Jaringan Komuniti & Industri (CCIN), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus membuka ruang mobiliti sosial kepada masyarakat Orang Asli apabila seramai sepuluh belia dari Kuala Pangsun berjaya melepasi...

Ciri pemimpin berjaya yang perlu dimiliki

Setiap orang ingin mencapai kejayaan, tetapi apa yang membezakan pemimpin yang benar-benar cemerlang daripada yang lain? Pemimpin yang berjaya bukan sahaja memiliki kemahiran teknikal atau pendidikan tinggi, tetapi juga sifat peribadi, mental dan emosi yang...
Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index

UTM Open Day