Program COSPHe memasyarakatkan ilmu sains alam sekitar kepada komuniti setempat

Program COSPHe memasyarakatkan ilmu sains alam sekitar kepada komuniti setempat

Oct 4, 2025 | UTM NewsHub

KULAI, 4 Oktober – Program Citizen and Open Science for Planetary Health (COSPHe) anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui Pusat Pelestarian Kampus UTM (UTMCCS) dengan kerjasama Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) telah berlangsung dengan jayanya di Sekawan Campsite, Kg. Sri Gunung Pulai, Kulai, Johor.

Program ini telah berjaya menarik penyertaan seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Perbandaran Kulai (MPKu), UTM dan juga Flextronics (M) Sdn. Bhd. (Flex).

Penyelaras Program COSPHe Gunung Pulai 2025, LAr. Dr. Zanariah Jasmani berkata program COSPHe ini adalah satu inisiatif yang sangat penting dan relevan dalam memasyarakatkan ilmu sains berkaitan alam semula jadi kepada komuniti setempat.

“Melalui program ini, para peserta yang majoritinya terdiri daripada kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah diberikan pendedahan yang mendalam tentang aspek sains alam sekitar yang memberikan satu nilai tambah yang boleh membantu golongan ini dalam menangani isu-isu berkaitan alam sekitar di kawasan pentadbiran masing-masing,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis perasmian program itu yang berlangsung di Dewan Terbuka Sekawan Koop, Kg. Sri Gunung Pulai.  Perasmian program telah disempurnakan oleh Pengarah UTMCCS, Prof. Ir. Ts. Dr. Mohd Fadhil Md. Din.

Pengarah UTMCCS, Prof. Ir. Ts. Dr. Mohd Fadhil Md. Din melancarkan Program COSPHe 2025 Gunung Pulai di Dewan Serbaguna Koop, Kg. Sri. Gunung Pulai

Menurut Dr. Zanariah lagi, lima modul pengajaran telah didedahkan kepada para peserta sepanjang program berlangsung  iaitu Modul pertama yang menumpukan kepada Pengukuran Kualiti Air diikuti Modul kedua yang membabitkan Penentuan Kualiti Air Berdasarkan Petunjuk Biologi.

Para peserta menunjukkan isyarat bagus setelah mengikuti sesi ujian air sungai bagi Modul pertama yang menumpukan kepada Pengukuran Kualiti Air yang dipimpin oleh Dr. Nur Syamimi Zaidi (bertudung biru di tengah-tengah peserta)
Peserta Modul 2 berkenaan dengan Penentuan Kualiti Air Berdasarkan Petunjuk Biologi yang dipimpin oleh Dr. Siti Nur Fatihah Moideen (memegang kertas putih). Beliau menyertai peserta mengutip sampel mikroorganisma dari sebatang sungai di Gunung Pulai

Modul ketiga memberi tumpuan kepada penggunaan pangkalan data biodiversiti melalui platform I-Naturalist di samping modul keempat yang memperkenalkan teknik seni sumber Eko-Botani iaitu EcoPrint yang berkaitan dengan penghasilan karya seni daripada dedaun pokok hutan diikuti modul terakhir yang memberikan fokus kepada Teknik Tanaman dan Pengkomposan Lestari yang menekankan amalan pertanian hijau dan lestari.

Timbalan Pengarah UTMCCS merangkap Penyelaras Program COSPHe 2025, LAr. Dr. Zanariah Jasmani membimbing peserta bagi Modul 3 iaitu Modul ketiga iaitu penggunaan pangkalan data biodiversiti melalui platform I-Naturalist
Para peserta gigih menyediakan tanah kompos bagi kegunaan pertanian sebagai sebahagian dari praktikal dalam Modul Kelima Teknik Tanaman dan Pengkomposan Lestari yang menekankan amalan pertanian hijau dan lestari

“Melalui penganjuran program ini, adalah diharapkan semoga komuniti setempat dapat menjadi agen perubahan yang mampu mengurus dan menjaga alam sekitar secara berkesan.

“Secara keseluruhannya, program COSPHe ini bukan sahaja memberi manfaat kepada peserta dalam menambah pengetahuan sains alam sekitar, tetapi juga memberi impak positif dalam membentuk masyarakat yang lebih prihatin dan bertanggungjawab terhadap pelestarian planet,” katanya lagi.

Dengan kerjasama strategik antara Universiti Awam (UA) dan PBT, usaha ini diharapkan dapat diteruskan dan diperluaskan pada masa akan datang demi kelestarian alam dan kesejahteraan generasi akan datang.

Penganjuran program COSPHe di Gunung Pulai ini adalah selari dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) No. 13 (Perubahan Iklim) di mana program ini memberi pengetahuan dan latihan kepada PBT mengenai pengurusan sumber alam dan penilaian kualiti air yang penting dalam usaha mengurangkan kesan perubahan iklim dan mempromosikan tindakan berasaskan sains untuk melindungi alam sekitar.

SDG 14 (Kehidupan bawah Air) juga terkait dengan program ini dimana melalui modul biodiversiti yang dikongsikan dalam program ini membantu memupuk kesedaran tentang pentingnya menjaga ekosistem akuatik dan biodiversiti marin.

Aspek Kehidupan di Darat yang berkaitan dengan SDG 15 juga disentuh melalui penumpuan terhadap eko-botani dan pengurusan sumber lestari yang menyokong usaha pemuliharaan tanah, flora dan fauna tempatan.

Melalui beberapa slot perkongsian ilmu sains alam sekitar (environmental science) kepada komuniti dan PBT, program ini menyokong pendidikan berterusan dan pembangunan kemahiran dalam bidang sains dan kelestarian yang berkaitan dengan SDG No. 4 (Pendidikan Berkualiti).

Kakitangan PBT yang mengikuti program ini didedahkan dengan beberapa elemen yang berkaitan dengan SDG 11: Bandar dan Komuniti yang Lestari sekaligus membantu golongan ini dalam membina komuniti yang lebih lestari dan berdaya tahan melalui pengurusan sumber alam yang berkesan.

Secara keseluruhannya, program COSPHe selaras dengan matlamat SDG dalam usaha untuk mempromosikan kesedaran, pendidikan dan tindakan berasaskan sains dalam menjaga dan memelihara alam sekitar demi kelestarian planet dan kesejahteraan masyarakat.

Source: UTM NewsHub

Explore More

INATEX-NALI 2025 perkasa inovasi UTM di persada global

JOHOR BAHRU, 7 Okt. – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus memperkukuh peranannya sebagai peneraju inovasi pendidikan dan penyelidikan melalui penganjuran UTM Global Connect (UTMGC) 2025 yang berlangsung selama dua hari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada...

From OHPs to Deep Learning: A Gen-X Reflection on Learning Revolutions

When I first joined academia, the rhythm of teaching and learning was very different. Assignments meant long hours in the library, photocopying journal articles, and typing references on a word processor. If you needed something from Arkib Negara, you snail-mailed...

UTM Global Connect 2025: Universities in the Age of AI and Alliances

Johor Bahru, 7 Oct – At the opening of UTM Global Connect 2025, Vice-Chancellor Professor Dr. Mohd Shafry Mohd Rahim struck a decisive note. “Artificial Intelligence is not a novelty; it is a necessity,” he declared to an audience of university leaders, policymakers,...

UTM Kuala Lumpur semarak nilai kelestarian bandar melalui SRM ECO KOMUNITI @SG BUNUS

KUALA LUMPUR, 4 Okt. – Sekretariat Rakan Muda (SRM) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur dengan kerjasama UTMSPACE dan Yayasan Wilayah Persekutuan berjaya menganjurkan program SRM ECO KOMUNITI @SG BUNUS yang berlangsung di Kebun Bandar, Sungai Bunus, Kuala...
Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index