UTM dan P10X Academy buka peluang kemahiran automotif kepada belia Orang Asli

UTM dan P10X Academy buka peluang kemahiran automotif kepada belia Orang Asli

Nov 24, 2025 | UTM NewsHub

SUBANG JAYA, 22 Nov – Program komuniti anjuran Pusat Jaringan Komuniti & Industri (CCIN), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus membuka ruang mobiliti sosial kepada masyarakat Orang Asli apabila seramai sepuluh belia dari Kuala Pangsun berjaya melepasi saringan temu duga dan seterusnya ditempatkan di P10X Academy, sebuah institusi latihan kemahiran swasta yang menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam bidang aksesori automotif seperti pemasangan filem penapis haba dan filem perlindungan cat kenderaan.

Coach Leo, jurulatih P10X Academy, memberi penerangan kepada peserta mengenai latihan kemahiran yang akan dijalani
Peserta diperkenalkan kepada latihan pemasangan filem perlindungan cat kenderaan melalui sesi pemerhatian bersama pelajar lain

Kesemua peserta berusia belia itu bertolak dari Hulu Langat pada Sabtu, 22 November. Mereka terdiri daripada Asrizal Anuar, Daniel Dali, Zaidi Amirul Dahlan, Azroy Anuar, Jenny Jais, Idit Ismail, Juil Farouk, Arzimis Anuar, Nazikil Suri dan Azam Atek. Penempatan ini merupakan peluang besar untuk mereka mengikuti latihan intensif selama tujuh bulan di bawah bimbingan P10X Academy.

Ketua Pegawai Operasi P10X Academy, Che Salwani, berkata pelibatan komuniti Orang Asli semakin meningkat sejak program kerjasama dijalankan bersama UTM. Beliau memaklumkan bahawa sebelum ini hanya dua pelajar Orang Asli pernah menjalani latihan di akademi tersebut, dan prestasi mereka yang cemerlang meyakinkan pihak akademi untuk menambah kuota pengambilan belia daripada komuniti itu.

Sesi orientasi peserta Orang Asli di sekitar P10X Academy sebelum memulakan kelas rasmi pada Isnin, 24 November

Sebagai tanda penghargaan, Ketua Projek dari Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT), Dr. Nurul Zainab Along, menyampaikan plak penghargaan kepada Che Salwani atas komitmen P10X Academy dalam menawarkan peluang latihan kemahiran. Langkah ini bukan sahaja membuka laluan kerjaya baharu, malah berpotensi mengubah masa depan ekonomi keluarga peserta.

Ketua Projek, Dr. Nurul Zainab Along (kiri), menyampaikan plak penghargaan kepada Ketua Pegawai Operasi, Puan Che Salwani (kanan) sebagai simbol kerjasama strategik program ini

Usaha ini turut menyokong Matlamat Pembangunan Mampan Kelapan (SDG 8), iaitu pekerjaan sesuai dan pembangunan ekonomi. Penyertaan belia Orang Asli dalam bidang kemahiran automotif membuktikan bahawa golongan ini juga berpotensi besar untuk berjaya dalam industri yang memerlukan kepakaran teknikal serta disiplin kerja yang tinggi.

Salah seorang peserta, Daniel Dali, meluahkan rasa syukur dan keterujaannya kerana diberi peluang mengikuti latihan berstruktur ini. Beliau menyifatkan pengalaman itu sebagai permulaan baharu untuk memperdalam kemahiran dalam bidang aksesori automotif. Beliau bertekad untuk menamatkan latihan dengan jayanya demi memperoleh pekerjaan yang lebih stabil selepas ini kerana sebelum ini beliau hanya bekerja di kampung dengan pendapatan sekadar cukup sara hidup.

Pelajar dibawa meninjau fasiliti pusat latihan sebagai persediaan sebelum sesi pembelajaran formal bermula

P10X Academy turut menyatakan hasrat untuk terus memperluaskan pengambilan pelajar Orang Asli bagi menambah kepelbagaian tenaga kerja mahir dalam industri pemasangan filem perlindungan kenderaan. Pihak akademi berharap agar kerjasama lebih kukuh dapat dijalinkan bersama agensi kerajaan, khususnya Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), bagi merangka skim pembiayaan dan program pemberdayaan ekonomi jangka panjang untuk masyarakat Orang Asli.

Source: UTM NewsHub

Explore More

Forum FAIN 2025 garap peranan AI dan pendidikan dalam membentuk tenaga kerja masa depan

JOHOR BAHRU, 25 Nov – Fakulti Sains dan Teknologi Pendidikan (FEST), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju pendidikan inovatif melalui penganjuran satu forum ilmiah bertajuk “Tenaga Kerja Masa Hadapan: Kecerdasan Buatan,...

Telefon pintar menjadi keperluan dan cabaran mahasiswa

Teknologi komunikasi dan maklumat masa kini berkembang dengan pesat, membawa kepada penghasilan pelbagai peranti moden termasuk telefon pintar yang memudahkan manusia berhubung. Kepelbagaian fungsi telefon pintar yang semakin canggih menjadikannya satu keperluan...

FEST perkasa ekosistem intelektual melalui kolaborasi sinergi

JOHOR BAHRU, 25 Nov – Fakulti Sains Pendidikan dan Teknologi (FEST), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah melancarkan FEST Academia Alumni Industry Network (FAAIN) 2025, sebuah inisiatif strategik yang menghimpunkan akademia, alumni serta pemain industri bagi...

Ciri pemimpin berjaya yang perlu dimiliki

Setiap orang ingin mencapai kejayaan, tetapi apa yang membezakan pemimpin yang benar-benar cemerlang daripada yang lain? Pemimpin yang berjaya bukan sahaja memiliki kemahiran teknikal atau pendidikan tinggi, tetapi juga sifat peribadi, mental dan emosi yang...
Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index

UTM Open Day