UTM raikan Hari Akademia 2025 hargai dedikasi dan inovasi warga akademik

UTM raikan Hari Akademia 2025 hargai dedikasi dan inovasi warga akademik

Oct 17, 2025 | UTM NewsHub

JOHOR BAHRU, 16 Okt. – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) meraikan Sambutan Hari Akademia 2025 dalam sebuah majlis yang berlangsung di Dewan Sri Perdana, Kolej Perdana, UTM Johor Bahru. Sambutan ini diadakan sebagai tanda penghargaan terhadap jasa, dedikasi dan sumbangan warga akademik universiti yang menjadi tulang belakang dalam memperkasa kecemerlangan pendidikan tinggi negara.

Majlis anjuran Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) itu menghimpunkan barisan kepimpinan tertinggi universiti, termasuk para dekan, pengarah pusat tanggungjawab, serta staf akademik dari seluruh kampus. Acara ini menjadi wadah untuk meraikan pencapaian para akademia yang konsisten menegakkan budaya ilmu melalui kecemerlangan dalam pengajaran, penyelidikan, inovasi dan perkhidmatan kepada masyarakat.

Dalam ucapan perasmian, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Prof. Ts. Dr. Intan Zaurah Mat Darus, menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh ahli akademik UTM atas komitmen dan ketekunan mereka dalam mendukung pendidikan tinggi yang fleksibel, inklusif dan berpandangan jauh, seiring dengan aspirasi UTM ASCEND 2030. Beliau turut menekankan bahawa cabaran pendidikan masa kini menuntut pendekatan yang lebih dinamik dengan kurikulum masa hadapan yang berteraskan nilai insan, keusahawanan dan kesejahteraan sejagat bagi melahirkan graduan yang bukan sahaja berdaya saing tetapi juga beretika global.

Prof. Ts. Dr. Intan Zaurah Mat Darus, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) telah menyampaikan ucapan Amanat 100 Hari TNCAA sekali gus merasmikan Majlis Sambutan Hari Akademia UTM

Suasana majlis turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada artis jemputan dan pelajar UTM yang mempersembahkan gabungan seni moden dan tradisional. Persembahan ini bukan sekadar hiburan, tetapi turut menggambarkan nilai harmoni antara intelektualisme dan budaya, melambangkan semangat kesepaduan ilmu dan seni dalam ekosistem universiti.

Persembahan daripada artis jemputan, Fakhrul Razi yang dibawakan khas daripada Brunei Darussalam turut menyerikan majlis Sambutan Hari Akademia

Sebagai kemuncak acara, majlis turut menyaksikan penyampaian anugerah khas yang mengiktiraf fakulti dan individu akademik atas kecemerlangan mereka dalam pelbagai bidang utama universiti.

Anugerah Pembangunan Bahan Pengajaran (MOOC, MC) Tertinggi diberikan kepada Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) atas kejayaan membangunkan sebanyak 27 kursus MOOC dan Micro-credential (MC) yang memperluas akses kepada pembelajaran digital serta menyokong agenda pembelajaran sepanjang hayat di UTM.

Fakulti Kejuruteraan Elektrik yang diwakili oleh Prof. Madya Ir. Ts. Dr Asnida Abdul Wahab untuk menerima hadiah bagi pemenang Anugerah Pembangunan Bahan Pengajaran (MOOC, MC) Tertinggi

Seterusnya, Anugerah Future Oriented Curriculum disampaikan kepada program Sarjana Muda Analitik Perniagaan dengan Kepujian, Fakulti Pengurusan, atas kecemerlangan dalam mereka bentuk dan melaksanakan kurikulum yang berdaya saing, fleksibel serta berpandangan masa depan sejajar dengan kehendak industri analitik dan transformasi digital global.

Prof. Dr. Ahmad Jusoh, Dekan Fakulti Pengurusan telah menerima hadiah bagi Anugerah Future Oriented Curriculum

Manakala Anugerah Kolaborasi Institusi/Industri melalui MoA/MoU Tertinggi pula diberikan kepada Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) sebagai pengiktirafan terhadap pelaksanaan 12 kerjasama industri dan 8 kerjasama institusi yang berjaya memperkukuh jaringan strategik universiti bersama rakan tempatan dan antarabangsa.

Prof. Dr. Zaini Ahmad, Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan beberapa wakil pensyarah  fakulti telah menerima hadiah bagi Anugerah Kolaborasi Institusi/Industri melalui MoA/MoU Tertinggi

Sambutan Hari Akademia 2025 bukan sekadar acara penghargaan tahunan, tetapi melambangkan komitmen teguh UTM untuk terus memperkasakan peranan akademia sebagai peneraju ilmu, inovasi dan pembangunan negara. Melalui semangat kebersamaan ini, UTM bertekad untuk terus melahirkan warga akademik yang berwawasan, berinovasi dan berjiwa pendidik sejati, seiring dengan visinya menjadi peneraju universiti inovatif bertaraf dunia.

Source: UTM NewsHub

Explore More

KTF UTM perkukuh minat pelajar terhadap STEM di Simpang Renggam

SIMPANG RENGGAM, 8 Nov – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui Kolej Tun Fatimah (KTF) terus memperkukuh jalinan universiti dengan masyarakat apabila menyertai Karnival Kerjaya STEM Peringkat Negeri 2025 yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)...

Hisham Hellyer Appointed as UTM Adjunct Professor

KUALA LUMPUR, Nov 6 – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) has appointed internationally renowned scholar Prof. Dr. Hisham A. Hellyer as an Adjunct Professor, marking a significant step in strengthening the university’s global academic engagement and international...

UTM Launches NexScholar — AI Platform for Jaringan Pakar MADANI

PUTRAJAYA, Nov 6 – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) proudly introduced NexScholar, its newest spin-off company leveraging Artificial Intelligence (AI) to revolutionize Malaysia’s research and innovation ecosystem. The official launch of NexScholar took place during...

Forum MyIDEAS: Falsafah, Etika dan Kelestarian dalam Dasar AI IPT

PUTRAJAYA, 6 November 2025 – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Perbadanan Putrajaya telah menganjurkan forum Sidang Idea Malaysia (MyIDEAS) sempena Festival IDEA Putrajaya 2025, bertemakan “Pembangunan...
Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index

UTM Open Day