+603-2615 4350 tncpiutmkl@utm.my

Anugerah Citra Karisma 2018

Jul 10, 2018News

JOHOR BAHRU: Pada 10 Julai 2018 bertempat di Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru telah berlangsungnya Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Penghargaan UTM 2018 yang juga dikenali sebagai Majlis Citra Karisma 2018 bertemakan Songket. Majlis Citra Karisma tahun ini menampilkan perbezaan berbanding tahun lalu, dimana sebanyak 21 anugerah utama turut dipertandingkan selain daripada Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang memberi pengiktirafan kepada staf yang menunjukkan prestatsi yang cemerlang pada tahun 2017. Dua anugerah baru telah diperkenalkan iaitu Anugerah Penjenamaan dan Anugerah Inovasi Perkhidmatan.

Seramai lima orang staf Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UTM Kuala Lumpur yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Pasukan UTM PRIMA yang merupakan finalis Anugerah Inovasi Perkhidmatan telah berjaya meraih tempat kedua bagi anugerah tersebut. Kami dari seluruh warga Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UTM Kuala Lumpur ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima anugerah. Semoga dengan kecemerlangan yang telah berjaya dicapai menjadi pemangkin untuk memberikan yang terbaik dalam setiap tugasan yang diamanahkan.

 

  • Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018
    1. Puan Ramona Bt. Abdul Rahim, Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN)
    2. Encik Mohd Ferdaus Bin Md. Nor, Unit Pengurusan Makmal Universiti (UPMU)
    3. Puan Normasita Binti Jamaluddin, Unit Pengurusan Makmal Universiti (UPMU)
    4. Cik Nurul Safinaz Binti Mohamad Kamal, Unit Pengurusan Makmal Universiti (UPMU)
    5. Encik Shamrie Bin Jamaludin, Unit Pengurusan Makmal Universiti (UPMU)
  • Penerima Anugerah Inovasi Perkhidmatan 2018 (Tempat Kedua) – UTM PRIMA
    • Pencapaian yang telah diterima ialah:
      1. Penarafan Perak Konvensyen Inovatif, Efisien dan Produktif (KIEP) UTM 2016
      2. Persembahan Terbaik Konvensyen Inovatif, Efisien dan Produktif (KIEP) UTM 2016
      3. Penarafan Emas Mini Konvensyen Team Excellence 2017
      4. Penarafan Emas Konvensyen Team Excellence Peringkat Wilayah Tengah 2017
      5. Pengiktirafan daripada Malaysian Woodworkers Associations (MWA)
      6. Penarafan Emas Konvensyen Kumpulan Inovaif dan Kreatif Peringkat Universiti Awam Kali Ke-13 2017
      7. Tempat Ketiga Kategori Teknikal Konvensyen Kumpulan Inovaif dan Kreatif Peringkat Universiti Awam Kali Ke-13 2017
      8. Penarafan Emas Konvensyen Kebangsaan Team Excellence 2017
      9. Tempat Kedua Anugerah Inovasi Perkhidmatan Citra Karisma UTM 2018

Event Gallery

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus

Higher Institution Center of Excellence (HI-COE)

AMTEC INV WCC

Research Institute

IFE RISE IVESE ISI-SIR IHUMEN ISIIC

Center of Excellence (COE)

IVAT IFOG CAIRO CEE CACM ICA IBD

Service Entity

RMC UTM PRESS CCIN ICC PPMU UTM-ISI

DVCRI Office

Johor Bahru Kuala Lumpur DVCRI Profile

Get the latest news and events.

Share your thoughts.