Taklimat Program Robotics for All (RFA) -Program CSR UTM

Nov 20, 2024 | Robotic For All, UTM Nexus Care

Johor Bahru 12 November 2024- Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bersama pejabat TNCPI UTM, NexusCare, mengambil tanggungjawab sosial korporat (CSR) iaitu Robotics for All (RFA) bertujuan untuk melaksanakan projek perkongsian ilmu pengetahuan robotik dan AI secara berkualiti dan berterusan, membangunkan bahan pengajaran robotik untuk perkongsian ilmu di sekolah-sekolah sekitar UTM Johor Bahru dan meningkatkan minat pelajar-pelajar terhadap sains dan teknologi melalui bidang robotik. Usaha ini dijalankan dengan sokongan dan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pelajar dalam bidang teknologi yang semakin berkembang.

Sesi taklimat mengenai program ini telah diadakan pada 12 November 2024, bertempat di Dewan Astana, Kolej Tuanku Canselor, UTM. Taklimat ini melibatkan penyertaan 12 buah sekolah menengah dari empat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Johor iaitu PPD Johor Bahru, PPD Kulai, PPD Pasir Gudang dan PPD Pontian. Turut hadir adalah wakil dari JPNJ diketuai oleh Encik Basri Efendi Bin Masri, Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid JPNJ , wakil dari setiap PPD, serta pengetua dan wakil guru pengiring dari setiap sekolah.

Program ini mencerminkan komitmen UTM dalam memperlengkapkan generasi muda dengan kemahiran teknologi terkini, sekali gus mempersiapkan mereka menghadapi cabaran dalam bidang robotik dan AI pada masa depan.

Explore More

UTM Chancellor, Her Majesty the Queen, Enables Inclusive and Transformative Experience for Students

SEPANG, 13 Dec — Universiti Teknologi Malaysia (UTM) extends its highest appreciation to Her Majesty Raja Zarith Sofiah, Queen of Malaysia and Chancellor of UTM, for her gracious support in enabling UTM students to gain first-hand exposure at the Asian Le Mans Series...

Program Keselamatan Aktiviti Air perkukuh kesiapsiagaan komuniti Kampung Sepakat Baru

JOHOR BAHRU, 14 Dis – Program Keselamatan Aktiviti Air Bersama Komuniti berjaya dilaksanakan hasil anjuran Balai Bomba dan Penyelamat Skudai dengan kerjasama Bomba Komuniti Kampung Sepakat Baru serta Pejabat Occupational Safety, Health and Environment (OSHE), Jabatan...

REACH–Vietnam’25 Empowers ASEAN Youth through Leadership, Innovation, and Cultural Exchange

HO CHI MINH, Dec 12 – Universiti Teknologi Malaysia (UTM), through the Student College Committee (JKM) of Kolej Tun Razak (KTR), successfully organized the Razak Expedition for ASEAN Community Harmony – Vietnam 2025 (REACH–Vietnam’25), a five-day international...

Program kesedaran tenaga perkasa pendidikan penjimatan elektrik bersama komuniti

JOHOR BAHRU, 13 Dis – Program Kesedaran Tenaga Pendidikan Penjimatan Tenaga telah berjaya dilaksanakan bersama komuniti Flat Taman Plentong Utama, Johor, sebagai satu inisiatif pendidikan berasaskan komuniti yang bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap...
Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index

UTM Open Day