Mesyuarat JK TTNCJIM UA Bil. 3/2024 di Johor Bahru

Dec 5, 2024 | UTM Nexus News

Johor Bahru, 5 Disember 2024 – Mesyuarat Jawatankuasa Timbalan-Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) Universiti Awam (JK TTNCJINM UA) Bil. 3/2024 telah diadakan dengan jayanya di Hotel Thistle, Johor Bahru. Mesyuarat ini dihadiri oleh wakil Timbalan Naib Canselor daripada universiti awam di seluruh negara, bertujuan memperkukuhkan hubungan strategik antara universiti, industri, dan masyarakat.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada YBhg. Dato’ Dr. Mohd Sharil bin Abdullah, Pengerusi Ganti JK TTNCJINM UA. Selain itu, ucapan utama turut disampaikan oleh YBhg. Datuk Prof. Dr. Azlinda binti Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, yang menekankan kepentingan peranan universiti dalam menyokong pembangunan negara, selaras dengan agenda pendidikan tinggi.

Perkara-Perkara Dibincangkan

  1. Pengesahan dan Perkara Berbangkit: Pengesahan minit mesyuarat sebelum ini (Bil. 2/2024) bertarikh 11 September 2024.
  2. Pembentangan Jawatankuasa Kecil JK TTNCJINM UA:
    • Jawatankuasa Libat Urus Industri (UiTM): Perkongsian program industri-komuniti dan alumni.
    • Jawatankuasa Pembangunan Bakat Industri (UKM): Strategi membangunkan bakat yang relevan dengan keperluan semasa industri.
    • Jawatankuasa Industri-Universiti (UPM): Memperkenalkan pendekatan baharu dalam menghubungkan universiti dengan pelbagai sektor.
    • Jawatankuasa Ekosistem TVET (UTHM): Inisiatif menyokong ekosistem TVET di peringkat kebangsaan.
    • Jawatankuasa Pengupayaan Komuniti (UMK): Menekankan kepentingan penglibatan universiti dalam membangunkan komuniti setempat.
  3. Kolaborasi NIMP 2030 dan SDG:
    Mesyuarat turut menekankan perlunya kerjasama strategik yang selari dengan National Investment Master Plan (NIMP) 2030 dan Sustainable Development Goals (SDG). Perbincangan turut merangkumi usaha memetakan universiti mengikut sektor industri niche, memperkenalkan Uni-ICP Hubs, dan membentuk konsortium dalam bidang utama seperti Aeroangkasa, Kesihatan, E&E, dan Bahan Maju.

Komitmen Berterusan

Mesyuarat ini menjadi platform penting bagi universiti awam untuk terus merangka pelan strategik yang dapat memperkukuhkan kerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan. Melalui inisiatif ini, universiti di Malaysia berhasrat untuk terus menjadi pemacu kepada inovasi, pembangunan masyarakat, dan peningkatan daya saing industri.

Mesyuarat ini mencerminkan komitmen universiti awam untuk melahirkan graduan yang berdaya saing dan menyumbang kepada pembangunan negara secara holistik.

“Dengan penglibatan yang lebih strategik bersama industri dan komuniti, universiti awam dapat memainkan peranan yang lebih besar dalam pembangunan sosial dan ekonomi negara,” ujar salah seorang peserta mesyuarat.

Explore More

Poetry Recital Competition & Art Exhibition

JOHOR BAHRU, Oct 20 – The Language Academy recently hosted the much-anticipated Poetry Recital Competition & Art Exhibition at Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mutiara Rini, marking the grand finale of a three-month program held from August to October 2024....

RVS Chennai Delegation Visits UTM Sets Academic Milestone

On April 20, 2024, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) hosted esteemed delegates from RVS Chennai Padmavathy School of Architecture, India. This important visit occurred at the Faculty of Built Environment and Surveying (FABU), marking a significant milestone in...

Webinar Series I (AOMRG, UTM and GJUST, INDIA)

Faculty of Science, UTM organised a Popular Science Seminar Series in collaboration with Advanced Optical Materials Research Group (AOMRG), MASS Chapter UTM and Frontier Material Research Alliance (FMRA) entitled Webinar on Exploring Biomaterials and Nanomaterials in...

MoU Exchange UTM-MARDI & World Soil Day 2024 @ ICA UTM Pagoh

PAGOH, Dec 5 – The Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing (ICA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Pagoh Campus, in collaboration with Back2Nature Sdn. Bhd., hosted a successful World Soil Day 2024 Celebration to raise awareness on...
Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index