UTM perkukuh peranan dalam pembangunan Sistem Logistik Halal Negeri Johor

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah berjaya membuktikan komitmen dalam menerajui kepakaran teknikal dan penyelidikan dengan memainkan peranan penting dalam pembangunan ekosistem logistik halal digital Negeri Johor. Konvensyen Logistik Halal Negeri Johor 2026 telah menjadi platform penting bagi merangka hala tuju Johor sebagai Hab Logistik Halal Digital Serantau menjelang 2030. Konvensyen ini telah menyokong pelaksanaan Pelan Kemajuan Halal Negeri Johor 2030 (PKHNJ 2030) dan telah menghasilkan resolusi strategik untuk memperkukuh ekosistem logistik halal negeri.

UTM Open Day