Service Learning Malaysia-Universiti untuk Masyarakat (SULAM) merupakan satu inisiatif transformatif dan fleksibel yang mengaplikasikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menggabungkan hasil pembelajaran kursus dengan khidmat komuniti. Pendekatan ini melibatkan pelajar berinteraksi dengan komuniti untuk menyelesaikan permasalahan setempat menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh di bilik kuliah.

              Kursus Kimia Hijau memperkenalkan pelajar kepada prinsip, kepentingan, dan aplikasi Kimia Hijau dalam industri serta kelestarian hidup sejagat. Topik kursus ini termasuk 12 prinsip Kimia Hijau, kaedah penilaian impak terhadap kesihatan manusia dan alam sekitar, bahan reagen alternatif, reka bentuk keadaan yang lebih selamat bagi tindak balas dan bahan reagen, transformasi kimia melalui pendekatan yang lebih mesra alam, produk Kimia Hijau, serta kelebihan ekonomi Kimia Hijau.

              Program SULAM ini menyediakan platform kepada 67 pelajar program Sarjana Muda Sains (Kimia) dengan Kepujian (SSCCAH) daripada Jabatan Kimia, Fakulti Sains, untuk mendalami kandungan kursus Kimia Hijau. Melalui program ini, pelajar diberi peluang untuk meningkatkan keupayaan mereka dalam mengaplikasikan ilmu yang dipelajari kepada komuniti yang dipilih. Program ini turut memperkukuhkan kemahiran insaniah pelajar, termasuk kepimpinan dan keupayaan mencari maklumat daripada pelbagai sumber. Interaksi dengan komuniti membolehkan pelajar memperoleh pemahaman yang lebih mendalam mengenai kerumitan isu semasa serta keperluan penglibatan mahasiswa dalam menyelesaikan isu tersebut.

              Program SULAM juga memainkan peranan penting dalam meningkatkan tahap pengajaran, penyelidikan, dan khidmat masyarakat di UTM. Program ini menggalakkan penglibatan aktif pensyarah dan pelajar dalam isu setempat, di samping membuka peluang untuk memperluas sumber kampus demi manfaat komuniti. Tambahan pula, ia menyumbang kepada hubungan positif antara UTM dan komuniti, sekali gus memperkukuhkan persiapan graduan untuk memasuki dunia pekerjaan.

              Selain itu, program ini bersifat khidmat kepada masyarakat melalui pemindahan ilmu. Ia membuka peluang kepada komuniti setempat untuk turut serta dalam aktiviti pembelajaran pelajar serta meningkatkan kesedaran mereka terhadap program dan perkhidmatan yang disediakan oleh UTM. Komuniti yang terlibat akan memperoleh ilmu berkaitan Kimia Hijau melalui aktiviti ilmiah, dan ini diharapkan dapat memupuk minat komuniti terhadap pembelajaran STEM.

              Program ini akan mendapat tajaan daripada pihak swasta. Kesimpulannya, program pemindahan ilmu ini melibatkan pendekatan quadruple helix yang mengintegrasikan UTM, industri, kerajaan, dan komuniti. Melalui usaha ini, program ini turut menyumbang kepada pencapaian CSNano, ISI-SIR, dan Fakulti Sains, UTM dengan penganjuran projek penglibatan komuniti bertaraf 3 bintang berdasarkan penilaian instrumen MyRA II.

     

    Objektif Program Pemindahan Ilmu Berkaitan Kepentingan Kimia Hijau Untuk Kelestarian Hidup adalah:

    • Meningkatkan ilmu dan kesejahteraan komuniti melalui perkongsian idea dan pengetahuan oleh pelajar UTM.
    • Membolehkan pelajar UTM menghubungkan teori dengan situasi dunia sebenar.
    • Melahirkan pelajar UTM yang holistik, serta mampu menyelesaikan masalah secara kritis dan kreatif.
    • Melibatkan pelajar UTM secara langsung dalam kegiatan berkhidmat kepada masyarakat setempat.
    • Mewujudkan jaringan kerjasama antara universiti, komuniti dan industri melalui program SULAM..

     

    ATURCARA PROGRAM

    PROGRAM PEMINDAHAN ILMU BERKAITAN KEPENTINGAN KIMIA HIJAU UNTUK KELESTARIAN HIDUP

     

     

     Tarikh              :         18 Disember 2024 (Rabu)

    Masa                :           7.30 pagi – 1.30 petang

    Tempat            :           Dewan SMK Pulai Jaya

    Masa Aktiviti
    07.30 – 08.00 pg Pendaftaran Peserta dan persediaan tempat program
    08.00 – 08.05 pg Salutasi & bacaan doa
    08.05 – 08.10 pg Ucapan pembukaan & kata aluan
    Disampaikan oleh Puan Adilah Binti Kadir, Pengetua SMK Pulai Jaya
    08.10 – 08.15 pg Ucapam Pegarah Program UTM
    08.20 – 09.00 pg Sesi 1 : Ceramah Kimia Hijau dalam Kehidupan Seharian dan Industri
    09.05 – 09.45 pg Sesi 2 : Demonstrasi “Nature Dye Experiment”
    09.50 – 10.10 pg Rehat
    10.15 – 10.55 pg Sesi 3 : Ceramah “Racun Kimia atau Racun Organik”
    11.00 – 11.30 pg Sesi 4 : Demonstrasi Kimia Hijau “DES”
    11.35 – 1.05 ptg Sesi 5 : Aktiviti Berkumpulan
    1.10 – 1.30 ptg

    Ucapan penutup
    Disampaikan oleh Prof. Madya. ChM. Dr. Lee Siew Ling ,Penyelaras Program UTM

    Tayangan Video Montaj

    Sesi penyampaian hadiah dan cenderamata

    Sesi bergambar

    1.30 ptg Kerja pembersihan dewan
    1.40 ptg Bersurai

    AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

     

    Prof. Madya ChM. Dr. Nik Ahmad Nizam Nik Malek Penasihat
    Prof. Madya ChM. Dr. Lee Siew Ling Pengarah Program
    Prof. Madya ChM. Dr. See Hong Heng Timbalan Pengarah Program
    Dr. Mohammad Hamdi Bin Zainal Abidin Ketua Unit Aktiviti
    Pn. Siti Nur Sakinah Ahmad Setiausaha
    Pn. Nurshamimi Atikah Zareman Penolong Setiausaha
    Pn. Nur Isarah Binti Che Raimi Bendahari
    Pn. Norlita Paiman Penolong Bendahari
    Pn. Nurul Adhah Binti Saini Ketua Unit Publisiti
    En. Shahrul Nizam Mahmod Ketua Unit Teknikal
    En. Mohammed Rafiq Aziz Unit Teknikal
    Bryan Yap Zhi Yung Ketua AJK Pelajar/Fasilitator
    Farah Anisa Binti Abd Rahim AJK Pelajar
    Lim Guan Qun AJK Pelajar
    Chew Jia Le AJK Pelajar
    Nur Syazana Binti Mohd Refin AJK Pelajar
    Azmin Bin Osaman AJK Pelajar

    Muhammad Faris Ezwan Bin Mohd Zani

    AJK Pelajar
    Ang Tai Qing AJK Pelajar
    Alvin Imran Bin Aziz AJK Pelajar
    Nur Hanani Aliah Binti Umar AJK Pelajar
    MuhammadnAiman Bin Mohd Yusof AJK Pelajar
    Juliana Binti Johari AJK Pelajar
    Jusriana Binti Makmur AJK Pelajar
    Lee Qing AJK Pelajar

                      Penganjur Bersama

                     Penaja Program

                     SANTA INDUSTRIES SUPPLY

    Research Ecosystem
    Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

    Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

    DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

    Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

    Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

    Research Institute

    Centre of Excellence (COE)

    Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

    Service Entity

    Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

    Get the latest news & events

    Customer Satisfaction Index