Anjuran
Anjuran Bersama
Selaras dengan matlamat membudayakan pembelajaran sepanjang hayat, institusi pengajian tinggi (IPT) digalakkan untuk mengadakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk membantu masyarakat dengan melibatkan diri dalam pembangunan masyarakat setempat.
Malah, program ini membolehkan pengrealisasian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 anjakan ke-9 untuk meningkatkan kerjasama antara komuniti UTM dengan pihak luar. Pihak universiti merupakan penggerak kepada perancangan dan pelaksanaan program di mana pensyarah dan mahasiswa, terutamanya pelajar pascasiswazah dari Fakulti Sains, UTM akan terlibat secara aktif dan berterusan sebagai penceramah dan fasilitator, serta pelajar sekolah menengah sasaran sebagai peserta.
Oleh yang demikian, Centre for Sustainable Nanomaterials (CSNano) telah menyedari keperluan ini dan meletakkan ia sebagai salah satu daripada komitmennya terhadap masyarakat untuk memperkenalkan sains forensik sebagai kerjaya dan teknik penyediaan video Tiktok dan poster untuk eksperimen sains bagi pelajar-pelajar di sekolah menengah.
Dengan usahasama Sekolah Menengah Kebangsaan Kangkar Pulai (SMKKP), Kulai program ini akan dianjurkan di peringkat kebangsaan dengan melibatkan penyertaan pelajar sekolah menengah dari seluruh Malaysia.
Program ini terdiri daripada dua (2) kaedah penglibatan, iaitu sesi perkongsian ilmu (ceramah dan taklimat) dan juga pertandingan. Sesi ceramah dan taklimat akan disampaikan oleh pensyarah dan mahasiswa universiti yang akan menjadi ‘role model’ kepada para peserta untuk meneruskan pelajaran di peringkat universiti. Selain itu, untuk memastikan keberkesanan program yang dianjurkan ini, pertandingan penyediaan video Tiktok dan poster akan diadakan selepas program.
Program ini akan memberi peluang kepada lebih daripada 250 orang pelajar sekolah menengah bagi menjana dan memperkembangkan idea dan kreativiti mereka dalam penyediaan dan pembentangan video untuk eksperimen sains yang dipelajari dengan aplikasi Tiktok dan kaedah poster di sekolah. Program ini juga penting untuk memberi ilmu pengetahuan dalam bidang forensik kepada para pelajar dan seterusnya memupuk minat pelajar dalam mempelajari sains.
Objektif pelaksanaan program adalah seperti berikut:-
- Meningkatkan ilmu pengetahuan pelajar dalam bidang sains forensik dan seterusnya memupuk minat pelajar dalam mempelajari sains.
- Meningkatkan kemahiran pelajar dalam teknik-teknik penyediaan video Tiktok dan poster untuk pembentangan eksperimen sains.
- Menjana dan memperkembangkan idea dan kreativiti pelajar dalam pembentangan video untuk eksperimen sains
- Menjalankan pertandingan yang mencabar kreativiti dan bakat pelajar dalam menyediakan video dan poster untuk eksperimen sains yang dipelajari di sekolah
- Mewujudkan hubungan baik, kerjasama dan sumbangan universiti kepada masyarakat.
JAWATANKUASA PENGANJUR (CSNANO)
Penasihat
Prof. Madya ChM Dr. Nik Ahmad Nizam Nik Malek
Pengarah Program
Prof. Madya ChM Dr. Lee Siew Ling
Timbalan Pengarah Program
Prof. Madya ChM Dr. See Hong Heng
Ketua Unit Program
Ts. Dr. Naji Arafat bin Mahat
Setiausaha
Pn. Siti Nur Sakinah Ahmad
Penolong Setiausaha
Pn. Evayusni Ahmad Yusuf
Bendahari
Pn. Nani Sazana Hamdan
Ketua Unit Publisiti
Pn. Sabariah Ajis
Unit Publisiti
Pn. Nurul Adhah Saini
Pn. Nur Hidayah Azmi
Ketua Unit Teknikal
En. Noranizam Hj Demin
Unit Teknikal
En. Shahrul Nizam Mahmod
Fasilitator
Leong Cheng Yee
Ling Chui Min
Alice Sim Hui Li
Lim Wei Wen
Lee Ching Shien
Loh Yian Zhi
Chew Yi Sheng
Karen Tey Sze Jie
Pung Ye Tim
JAWATANKUASA PENGANJUR (SMK KANGKAR PULAI)
Pengetua & Pengerusi Program
Tn. Hj. Mohd Bakri Bin Mat Diah
YDP PIBG & Penaung Program
En. Azraimee Ahmad
PK Kokurikulum SMKKP & Pengarah Program
Pn Hamisah Eaksan
GKMP Sains & Matematik SMKKP & Timbalan Pengarah Program
Pn. Rosnani Abdul Talib
Penyelaras Kelab dan Persatuan & Penolong Pengarah Program
Pn. Samsiah Said
Guru Penasihat Persatuan STEM SMKKP & Penyelaras Program
Pn. Sukina Ahmad
Guru persatuan STEM/Setiausaha
Pn.Nur Zuliana Taher
Guru Persatuan Stem & Penolong Setiausaha
Pn. Andik Fadzlina
Penolong Setiausaha
Pn. Norlia Yasin
Bendahari
Pn. Zurina Yackop
Ketua Unit Publisiti
Pn. Wan Saidah
Unit Publisiti & menguruskan doa
EN Samsul Hassan
Unit Publisiti
Pn. Nor Saleha Jamaludin
Cik Nur Hidayah Omar
Ketua Unit Teknikal
En. Zaini
Unit Teknikal
En. Wan Affendi
Cenderahati
Pn. Nadratul Ain Sa’adon
Moderator Program
Pn. Nur Shahira
Penolong Moderator
Pn. Siti Asmah Parlan
Pembaca Doa Program
Ustaz Halim Shah Anuar
KP Sains & Penggubal 20 soalan kuiz
Pn. Norizan Tumin
Penyelaras f3 & Pembina google form kuiz
Pn. Zurinawati Sarkawi
AJK Pelajar
Muhammad Nur Iman Bin Zambri
Muhammad Mustakim Bin Mohtarom
Ahmad Zahid Mohamed Arifin
MAKLUMAT PELAKSANAAN
PERTANDINGAN PENYEDIAAN VIDEO TIKTOK DAN POSTER SAINS FORENSIK
Platform : FaceBook Page dan Saluran Youtube (CSNano dan SMKKP)
Tarikh : 23 Julai – 30 Julai 2022 (tempoh 1 minggu penghasilan video Tiktok dan poster)
Syarat Penyertaan dan Format Video:
- Penyertaan ini adalah PERCUMA kepada pelajar sekolah menengah yang terlibat.
- Setiap penyertaan mestilah menepati tema/tajuk yang diberikan (FORENSIK SEBAGAI KERJAYA).
- Penyertaan POSTER perlu disertakan Nama Peserta, Tajuk dan Nama Sekolah dalam Google Form.
- Poster mesti dihasilkan dalam saiz F3.
- Poster pendek adalah merupakan hasil karya sendiri.
- Poster perlulah mempunyai penerangan ringkas berkaitan isi kandungan Ceramah Program.
- Penyertaan adalah dibenarkan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
- Peserta mestilah menggunakan peralatan telefon pintar/computer/tab sendiri berdasarkan kreativiti masing-masing adalah dibenarkan.
- Format video TIKTOK yang ditetapkan adalah MPEG sahaja.
- Penyertaan Tiktok hendaklah dihantar melalui Google Form yang disertakan
- Penyertaan akan dimuat naik di Facebook Page dan saluran Youtube.
- Setiap peserta hanya boleh menghantar satu penyertaan untuk penyediaan video Tiktok dan poster sahaja.
- Sebanyak 10 video yang terbaik akan dipilih dan para pemenang akan diberikan sijil pemenang (pencapaian) dan saguhati.
- Semua pelajar yang menyertai akan menerima sijil penyertaan peringkat negeri secara digital melalui email masing-masing.
- Keputusan pertandingan penyediaan video Tiktok dan poster akan diumumkan pada 6 Ogos 2022. Keputusan panel adalah muktamad.
Pemarkahan:
- Tema – 10%
- Isi kandungan : 20%
- Kreativiti – 40%
- Kualiti & Keaslian – 20%
- Teknik Persembahan – 10%
Penaja Program