
Melalui surat kerjasama antara UTM dan ERTH (Blue Bee Technologies Sdn. Bhd.), beberapa program berkaitan kitar semula E-Waste sedang dijalankan dalam kampus UTM Johor Bahru.
Program ini telah dijalankan di SMK Bandar Baru Uda melalui aktiviti pengumpulan E-Waste, bengkel kesedaran dan inovasi berasaskan E-Waste seperti arca dan litar elektronik mudah berdasarkan modul khas yang dibangunkan oleh para penyelidik UTM (Interactive Module on E-Waste: Small Devices, Big Impact).
Projek ini selari dengan moto UTM “Innovating Solution” serta SDG 4 (Quality Education), 11 (Sustainable cities and economies), 17 (Partnership for the goals) selain memperkasa penggunaan Generative AI, proses design thinking, dan project- based learning.
Program ini akan diteruskan di SMKA Johor Bahru dan SMK Sri Pulai Perdana dengan beberapa penambahbaikan elemen IoT dan keusahawanan dalam aktiviti guna semula dan kitar semula E-Waste.
Justifikasi pemilihan kedua-dua sekolah sebagai lokasi program ini adalah sebagai usaha memperkasa budaya kelestarian di kalangan pelajar sekolah dalam komuniti setempat di samping ketersediaan pihak kedua-dua sekolah dalam memacu kelestarian di daerah Johor Bahru.
Berikut adalah objektif bagi mengadakan program ini:
- Memupuk Kerjasama Universiti-Komuniti untuk Inovasi Mampan
Untuk mengukuhkan perkongsian antara universiti dan komuniti tempatan dengan bersama-sama menangani cabaran E-waste melalui penyelesaian inovatif dan inisiatif perkongsian pengetahuan. Memastikan generasi muda celik E-Waste dan dapat memahami konsep kitar semula E-Waste dalam melestarikan alam sekitar melalui program “E-WASTE SMALL DEVICES, BIG IMPACT 2.0”.
2. Memperkasakan Komuniti melalui Pendidikan E-Waste dan Pembangunan Kemahiran
Untuk mendidik dan melatih ahli komuniti, terutamanya pelajar dan pendidik, tentang pengurusan E-sisa mampan dan amalan kitar semula, menggalakkan kesedaran alam sekitar dan pembinaan kemahiran.
3. Menggalakkan Penyelidikan dan Penyebaran Inovasi E-Waste
Untuk memudahkan penyelidikan akademik dan penglibatan komuniti dalam mendokumentasikan dan berkongsi amalan inovatif dalam penggunaan semula dan kitar semula e-sisa melalui artikel, buku, dan program jangkauan.
- Pengetahuan dan kesedaran mengenai E-Waste bukan sahaja penting untuk melindungi alam sekitar, malah ia juga berkait rapat dengan pengurusan sumber dan pembangunan mampan. Dalam usaha untuk mencapai keseimbangan antara alam sekitar serta perkembangan teknologi di Malaysia demi pembangunan negara, adalah penting untuk meningkatkan kesedaran pelajar tentang kepentingan cara pelupusan E-waste yang betul.
- Kurikulum kesedaran E-Waste ini dirangka dengan tujuan untuk memberikan pendidikan berterusan tentang kepentingan pengurusan sisa elektronik secara beretika dan bertanggungjawab. Dalam usaha untuk mencapai matlamat ini, pendekatan pembelajaran berasaskan projek serta inovasi telah diterapkan. Modul khas yang dibangunkan oleh para penyelidik UTM, “Interactive Module on E- Waste: Small Devices, Big Impact,” bertujuan untuk meningkatkan kemahiran berfikir, kreativiti, serta pengetahuan teknikal dalam kalangan para pensyarah/penyelidik universiti.
- Oleh yang demikian, CSNano UTM, sebagai pusat penyelidikan sains yang terkenal di Malaysia mengambil inisiatif untuk menganjurkan aktiviti pemindahan ilmu berkaitan “E-WASTE SMALL DEVICES, BIG IMPACT 2.0”. Program ini juga merangkumi komponen inovasi seperti pembuatan arca dan litar elektronik menggunakan sisa E-Waste, yang menggalakkan pensyarah/penyelidik menginovasikan penyelesaian.
- Di samping itu, program ini turut memperkasakan penggunaan generative AI, proses design thinking, serta pembelajaran berasaskan Aktiviti-aktiviti ini bertujuan untuk membentuk masyarakat yang lebih bertanggungjawab terhadapisu alam sekitar. Program ini penting dalam memastikan kesinambungan usaha melestarikan alam sekitar melalui inovasi teknologi dan kreativiti, seiring dengan matlamat pembangunan lestari (SDG) 4, 11, dan 17.
ATURCARA PROGRAM
E-WASTE REVOLVE 2025 : PERTANDINGAN INOVASI KELESTARIAN GUNA SEMULA SISA ELEKTRONIK
Tarikh : 27 Julai 2025 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi – 1.00 petang
Tempat : Perpustakaan Sultan Ismail, Johor Bahru
Masa | Aktiviti |
07.30 – 08.00 pg | Kehadiran peserta, agihan sarapan ringan dan persiapan reruai pameran |
09.00 – 10.00 pg |
Majlis ucapan dan perasmian oleh VVIP
Gimmick perasmian (Perasmi mengambil E-Waste menggunakkan arm robot dan meletakkan ke dalam bekas khas, memotong riben pada bunting program. |
10.00 – 10.30 pg | Lawatan ke reruai oleh tetamu/pengunjung program |
10.30 – 11.30 pg | Proses pembentangan peserta & penjurian |
11.30 – 12.00 tengahari | Pengiraan markah |
12.00-12.30 tengahari | Majlis penutup & penyerahan saguhati kepada juri dan hadiah pemenang |
1.00 ptg | Sesi bergambar, agihan makanan tengahari & bersurai |
9.00pg-1.00ptg | Pengumpulan E-Waste oleh ERTH (staf ERTH) akan ditempatkan di reruai pengumpulan E-Waste |
AHLI JAWATANKUASA PROGRAM
Prof. Madya ChM. Dr. Lee Siew Ling | Penasihat |
Dr. Siti Salwa Alias | Pengarah Program |
Dr. Juan Matmin | Mentor Pelajar Sekolah (AJK) |
Dr. Nor Ain Husein | Mentor Pelajar Sekolah (AJK) |
Dr. Maisarah Duralim | Mentor Pelajar Sekolah (AJK) |
Prof. Madya. Dr. Abd Khamim Ismail | Mentor Pelajar Sekolah (AJK) |
Dr. Muhammad Firdaus Omar | Mentor Pelajar Sekolah (AJK) |
Dr. Aiman Mohd Rashid | Mentor Pelajar Sekolah (AJK) |
Dr. Izyan Hazwani Hashim | Mentor Pelajar Sekolah (AJK) |
Dr. Norshahirah Mohamad Saidi | Mentor Pelajar Sekolah (AJK) |
Prof. Madya. Dr. Noriza Mohd Jamal@Kamar | Mentor Pelajar Sekolah (AJK) |
Dr. Nurzal Effiyana Ghazali | Mentor Pelajar Sekolah (AJK) |
Prof. Ir. Dr. Sharifah Hafizah Syed Ariffin | Mentor Pelajar Sekolah (AJK) |
Pn. Wan Akmal Izzati Wan Zawawi | Mentor Pelajar Sekolah (AJK) |
En. Zaki Selan | AJK |
En. Aminurrashid Yahya | AJK |
Pn. Azlina Amir | AJK |
Pn. Wan Rashidah Wan Majid | AJK |
Pn. Nur Isarah Che Raimi | AJK |
Pn. Nurul Adhah Saini | AJK |
Pn. Nurshamimi Atikah Zareman | AJK |
Pn. Norlita Paiman | AJK |
En. Shahrul Nizam Mahmod | AJK |
En. Mohammed Rafiq Aziz | AJK |
Pn. Nurfarhain Mohamed Rusli | AJK |
Fatin Najwa Junaidi | AJK Pelajar |
Nur Masturina Mohd Isa | AJK Pelajar |
Puteri Nur Auni Azamudin | AJK Pelajar |
Nurin Qistina Jailani | AJK Pelajar |
Nuruliman Mohamad Rita | AJK Pelajar |
Nur Anis Sahira Mohd Sah | AJK Pelajar |
Nur Izza Farisha Mohammad Raihan | AJK Pelajar |
Nurul Izzah Najihah Muhamad Rahi | AJK Pelajar |
Siti Nor Ellyana Naqila Md. Noh | AJK Pelajar |
Kerjasama Bersama



Penaja Program