Institusi pengajian tinggi digalakkan untuk menyumbang kepada pembangunan masyarakat setempat. Sehubungan itu, CSNano UTM telah mengambil inisiatif untuk menyokong pembangunan dan meningkatkan pemahaman awam, khususnya dalam bidang sains asas dan aplikasinya.

Sains merupakan subjek penting dalam kurikulum sekolah, yang membantu membentuk pemikiran logik dan kemahiran berfikir secara kritikal. Justeru, kesedaran mengenai kepentingan sains perlu dipupuk sejak peringkat awal persekolahan.

Maka, Program Pemindahan Ilmu Berkaitan STEM di Sekolah Rendah akan dianjurkan melalui pelaksanaan “Mini Science Camp 2025” yang menyasarkan murid-murid Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Woon Hwa, Kangkar Pulai. Program ini akan memperkenalkan konsep sains melalui aktiviti amali dan demonstrasi yang menarik.

Usaha ini juga menyumbang kepada pencapaian CSNano, ISI-SIR dan Fakulti Sains UTM dalam aspek penglibatan komuniti, seterusnya menyokong penilaian MyRA II bagi projek bertaraf lima bintang.

Program ini merupakan kesinambungan daripada “Science Camp 2024”, dengan tumpuan untuk memperkukuh minat murid Tahun 6 terhadap bidang sains melalui pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan selamat di bawah bimbingan fasilitator mahasiswa Fakulti Sains UTM.

 

Objektif Program Pemindahan Ilmu Berkaitan STEM di Sekolah Rendah (Mini Science Camp 2025) ialah:

  • Mempromosikan sains di kalangan pelajar sekolah rendah
  • Memupuk minat serta motivasi di kalangan pelajar terhadap bidang sains
  • Meningkat kesedaran masyarakat tempatan terhadap kepentingan sains
  • Mewujudkan unsur kelestarian dalam projek penglibatan komuniti
  • Mempromosikan CSNano dan UTM sebagai pusat penyebaran ilmu sains di masyarakat tempatan

      ATURCARA PROGRAM

      PROGRAM PEMINDAHAN ILMU BERKAITAN KEPENTINGAN KIMIA HIJAU UNTUK KELESTARIAN HIDUP

       

       

      Tarikh              :        6 Ogos 2025 (Rabu)

      Masa                :         7.15 pagi – 10.00 pagi

      Tempat            :         SJKC Woon Hwa, Kangkar Pulai, Johor

      Masa Aktiviti
      07.10 – 07.30 pg Pendaftaran Peserta
      07.30 – 07.40 pg Ucapan pembukaan & kata aluan
      Disampaikan oleh  Guru Besar, SJKC Woon Hwa
      07.40 – 09.30 pg Penerangan dan Demonstrasi Eksperimen Sains
      09.30 – 09.45 pg Majlis Penutup dan Sesi Bergambar
      09.45 – 10.00 pg Minum pagi dan bersurai

      AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

       

      Prof. Madya ChM. Dr. Lee Siew Ling Pengarah 
      Prof. Madya ChM. Dr. See Hong Heng Timbalan Pengarah 
      Dr. Koh Meng Hock Ketua Pelaksana Program
      Pn. Nur Isarah Binti Che Raimi Setiausaha
      Pn. Nurul Adhah Binti Saini Ketua Unit Publisiti
      En. Shahrul Nizam Mahmod Ketua Unit Teknikal
      En. Mohammed Rafiq Aziz Unit Teknikal
      Lee Ching Shien AJK Pelajar
      Ling Chui Min AJK Pelajar
      Gan Kai Xuan AJK Pelajar
      Tan Chee Chuan AJK Pelajar
      Lua Yu Hui AJK Pelajar
      Bon Shin Er AJK Pelajar
      Ho Jin Hong AJK Pelajar

                        

                     

      Research Ecosystem
      Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

      Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

      DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

      Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

      Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

      Research Institute

      Centre of Excellence (COE)

      Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

      Service Entity

      Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

      Get the latest news & events

      Customer Satisfaction Index