Institusi pengajian tinggi digalakkan untuk membantu dan melibatkan diri dalam pembangunan masyarakat setempat. Oleh yang demikian, CSNano UTM telah menyedari keperluan dan meletakkan ia sebagai salah satu daripada komitmennya terhadap masyarakat, untuk membantu pembangunan dan meningkatkan pemahaman awam, terutamanya dalam bidang sains asas dan penggunaan.

Sains merupakan subjek yang sangat penting dalam kurikulum sekolah. Pengetahuan mengenai bidang sains akan membantu pelajar dalam pembangunan pemikiran logik serta pertimbangan kritikal. Dalam usaha untuk mencapai perkembangan sains yang baik di Malaysia, adalah penting untuk menyedarkan pelajar tentang kepentingan sains sejak peringkat awal sekolah menengah.

Justeru, Program pemindahan ilmu berkaitan STEM di sekolah mengengah telah dirancangkan dengan menganjurkan “Program Pemindahan Pengetahuan Sains Forensik dan Kerjaya dalam Bidang Sains” untuk pelajar Tingkatan 3 di SMK Pulai Jaya, Kangkar Pulai. CSNano telah mengambil inisiatif ini untuk memperkenalkan sains kepada para pelajar melalui ceramah dan forum. Sesi ceramah dan taklimat yang berkaitan dengan pengetahuan sains forensik dan kerjaya dalam bidang sains akan disampaikan oleh pensyarah dan mahasiswa universiti yang akan
menjadi ‘role model’ kepada para peserta untuk meneruskan pelajaran di peringkat universiti. Selain itu, untuk memastikan keberkesanan program yang dianjurkan ini, kuiz akan diadakan selepas taklimat.

Program Pemindahan Pengetahuan Sains Forensik dan Kerjaya dalam Bidang Sains ini adalah usaha CSNano untuk memperkenalkan dan memupuk minat pelajar sekolah menengah dalam bidang sains. Program STEM ini akan memberi peluang kepada pelajar sekolah menengah untuk menerokai dunia sains terutamanya sains forensik yang memerlukan ilmu pengetahuan kimia, fizik, biologi dan matematik. Forum kerjaya juga akan diadakan untuk meningkatkan minat para pelajar untuk meneruskan pembelajaran dalam bidang sains.
Program ini akan mendapat tajaan daripada pihak swasta. Kesimpulannya, program pemindahan ilmu ini akan melibatkan pendekatan quadruple helix yang melibatkan UTM-industri-kerajaan-komuniti. Dengan usaha ini, program ini turut dapat menyumbang kepada pencapaian CSNano, ISI-SIR dan Fakulti Sains, UTM dengan penganjuran projek penglibatan komuniti bertaraf 3 bintang dalam penillaian instrumen MyRA II.

 

Objektif Program Pemindahan Pengetahuan Sains Forensik dan Kerjaya dalam Bidang Sains:

  • Mempromosikan sains di kalangan pelajar sekolah menengah.
  • Memupuk minat di kalangan pelajar sekolah menengah terhadap bidang sains.
  • Meningkatkan ilmu pengetahuan pelajar dalam bidang sains.
  • Meningkatkan kesedaran masyarakat tempatan terhadap kepentingan sains.
  • Mewujudkan unsur kelestarian dalam projek penglibatan komuniti.
  • Mempromosikan CSNano dan UTM sebagai pusat penyebaran ilmu sains di masyarakat tempatan.

ATURCARA PROGRAM

SEMINAR FORENSIK DAN FORUM KERJAYA DALAM BIDANG SAINS

 

 Tarikh              :        22 September 2024 (Ahad)

Masa                :           7.30 pagi – 11.00 pagi

Tempat            :          SMK Pulai Jaya, Kangkar Pulai, Johor.

Masa Aktiviti
07.30 – 07.40 Pendaftaran Peserta
07.40 – 07.50 Bacaan Doa
07.50 – 08.00

Ucapan Pembukaan & Kata Aluan

Disampaikan oleh Puan Adilah Binti Kadir (Pengetua SMK Pulai Jaya)

08.00 – 09.20

Ceramah ” Menggarap Kepelbagaian Sains bagi Aplikasi Forensik dan Penyiasatan “


Disampaikan oleh Ts. Dr Naji Arafat Bin Mahat (Pensyarah Sains Forensik, Jabatan Kimia, Faukti Sains,UTM)

09.20 – 09.50 Rehat & Sesi Menjawab Soalan Kuiz untuk mendapatkan Sijil Penyertaan
09.50 – 10.50

Forum Kerjaya Dalam Bidang Sains

Panel : 1)    Prof. Madya. Dr Roswanira Abd Wahab 

                    2)   Dr. Koh Meng Hock

(Pensyarah Fakulti Sains, UTM)

10.50 – 11.00

Ucapan Penutup

Disampaikan oleh Prof. Madya. ChM. Dr. Lee Siew Ling (Pengarah Program, UTM)

11.00 pagi Sesi Bergambar dan Bersurai

AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

 

Prof. Madya ChM. Dr. Nik Ahmad Nizam Nik Malek Penasihat
Prof. Madya ChM. Dr. Lee Siew Ling Pengarah Program
Prof. Madya ChM. Dr. See Hong Heng Timbalan Pengarah Program
Dr. Naji Arafat Mahat Ketua Unit Program
Dr. Koh Meng Hock Unit Program
Prof. Madya. Dr. Roswanira Abd Wahab Ketua Unit Penajaan
Pn. Siti Nur Sakinah Ahmad Setiausaha
Pn. Nurshamimi Atikah Zareman Penolong Setiausaha
Pn. Faradiba Soaib Bendahari
Pn. Norlita Paiman Penolong Bendahari
Dr. Siti Maryam Izan Penolong Bendahari
Pn. Nurul Adhah Binti Saini Ketua Unit Publisiti
En. Shahrul Nizam Mahmod Ketua Unit Teknikal
En. Mohammed Rafiq Aziz Unit Teknikal
En. Mohd Shazaril Mohd Zain Unit Teknikal
Ling Chui Min Ketua AJK Pelajar
Lee Ching Shien AJK Pelajar
Lee Sheau Wei AJK Pelajar
Foo Ji Yan AJK Pelajar
Bong Lai Zhi AJK Pelajar
Liau Ling Shing AJK Pelajar
Chew Jia Le AJK Pelajar
Tan Li Ying AJK Pelajar
Tan Chee Chuan AJK Pelajar
Woo Joo Leong AJK Pelajar
Yee Shi Wee AJK Pelajar
Yong Hui Yin AJK Pelajar
Liew Pei Sze AJK Pelajar
Roy Quah Zhi Ming AJK Pelajar
Eng Jia Jia AJK Pelajar
Pung Ye Tim AJK Pelajar
Alice Sim Hui Li AJK Pelajar
Ling Chui Min AJK Pelajar
Ng Bangxuan AJK Pelajar
Liew Thien Hee AJK Pelajar
Tin Qi Jie AJK Pelajar
See Shu Yan AJK Pelajar
Aina Zahira binti Rohaizam AJK Pelajar
Fiony Soh Zhouni AJK Pelajar
Ong Boon Tong AJK Pelajar
Nurul Laila Nabilah Bt Zulkipli AJK Pelajar
Chew Yi Sheng AJK Pelajar
Jennifer Anusia Selvaraju AJK Pelajar

AJK PelajarAJK Pelajar

                               Penganjur Bersama

                                                                                               

                                                                                           Penaja Program

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index