Seminar CSNano–Fakulti Sains: “Old Materials, New Visions”
oleh Prof. Antonio H. Castro Neto (NUS)
About
Pusat Bahan Nano Mampan (CSNano), di bawah Ibnu Sina Institute for Scientific and Industrial Research (ISI-SIR), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan sukacitanya memaklumkan bahawa CSNano bersama Fakulti Sains, UTM akan menganjurkan sesi seminar bertajuk “Old Materials, New Visions: Sustainable Approaches to Modern Challenges.”
Seminar ini akan disampaikan oleh Prof. Antonio Helio Castro Neto (Department of Physics, National University of Singapore – NUS), yang dijemput khas oleh Pengarah CSNano bagi berkongsi perspektif dan perkembangan semasa berkaitan pendekatan lestari dalam menangani cabaran moden melalui inovasi bahan.
Penganjuran program ini adalah selaras dengan inisiatif Ascend 2030, khususnya dalam memperkukuh budaya perkongsian ilmu bersama penyelidik terkemuka serta menyokong pembangunan komuniti penyelidikan dan bakat pascasiswazah.
Maklumat Program
Tarikh: 3 Mac 2026 (Selasa)
Masa: 2.30 – 4.00 petang
Tempat: HELIxS Room, C17, Fakulti Sains, UTM
Penceramah Jemputan: Prof. Antonio Helio Castro Neto (Department of Physics, NUS)
Anjuran Bersama: CSNano (ISI-SIR, UTM) & Fakulti Sains, UTM
CPD : Disediakan
Sehubungan itu, staf akademik, penyelidik dan pelajar pascasiswazah adalah dijemput hadir. Penyertaan amat digalakkan bagi memanfaatkan sesi perkongsian ilmu serta interaksi ilmiah bersama penceramah jemputan.