PERKHIDMATAN SEWAAN VAN CSNANO
Perkhidmatan Sewaan Van CSNano
Centre for Sustainable Nanomaterials (CSNano), Institut Ibnu Sina, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menawarkan perkhidmatan sewaan van tanpa pemandu bagi memenuhi keperluan urusan rasmi universiti dan jabatan.
Perkhidmatan ini sesuai untuk pelbagai aktiviti seperti lawatan rasmi, persidangan, seminar, bengkel, program akademik, serta tugasan khas universiti/jabatan.
Maklumat Perkhidmatan
- Jenis Kenderaan: Toyota Hiace (kapasiti 8 orang penumpang)
-
Bahan Api: Petrol RON 95 / RON 97 (tanggungan penyewa)
-
Kadar Caj Sewaan:
-
Sekitar Johor Bahru: RM80 / hari
-
Luar Johor: RM150 / hari
-
-
Kaedah Bayaran: Tunai atau Invois Dalaman UTM
Tempahan
Tempahan boleh dibuat dengan mengimbas kod QR (poster di bawah) atau menghubungi pihak kami untuk maklumat lanjut.
📞 012-700 2119 (Pn. Isarah) / 010-715 4004 (En. Along)
📧 csnano@utm.my
📍 Pejabat CSNano, N31, Institut Ibnu Sina, UTM
Kami komited menyediakan perkhidmatan pengangkutan yang selesa, praktikal dan menyokong kelancaran aktiviti rasmi universiti.