



𝐏𝐞𝐧𝐲𝐞𝐥𝐢𝐝𝐢𝐤 𝐔𝐓𝐌 𝐜𝐢𝐩𝐭𝐚 𝐮𝐛𝐚𝐭 𝐠𝐢𝐠𝐢 𝐤𝐚𝐧𝐚𝐤-𝐤𝐚𝐧𝐚𝐤 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐟𝐥𝐮𝐨𝐫𝐢𝐝𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐧𝐚𝐧𝐚𝐬
Ubat gigi berasaskan nanas oleh Dr. Rosnani menawarkan alternatif selamat tanpa fluorida dengan enzim bromelain yang membantu menanggalkan plak dan mencegah kaviti. Ia juga menyokong kelestarian alam sekitar dengan memanfaatkan sisa nanas sebagai pemekat dan perasa semula jadi.
Selain manfaat kesihatan, inovasi ini memberi nilai tambah kepada industri nanas dan berpotensi dipasarkan secara global di bawah jenama AnanaShine. Kejayaan ini membuka peluang kepada kajian lanjut dalam penggunaan bahan semula jadi untuk produk penjagaan diri yang lebih selamat dan mesra alam.
Berita penuh : https://news.utm.my/…/penyelidik-utm-cipta-ubat-gigi…/