INSTeG Colloquium: International Research Seminar

Pada 1 Julai 2026, INSTeG telah menganjurkan INSTeG Colloquium yang menampilkan penceramah jemputan antarabangsa, Dr. Jackson dari Tokyo Metropolitan University, Jepun.

Sesi kolokium ini membincangkan topik “Comparisons of Foraging Behaviors of Sea Otters (Enhydra lutris) in Eastern Hokkaido and North America”, yang memberi perkongsian ilmu berkaitan tingkah laku pemakanan memerang laut melalui perspektif penyelidikan antarabangsa.

Program ini menjadi platform untuk memperkukuh jaringan akademik, menggalakkan pertukaran ilmu serta memupuk kolaborasi penyelidikan antara INSTeG dan institusi antarabangsa.

Bengkel Strategik & Mesyuarat INSTeG Bil. 2/2026

Pada 1 Julai 2026, INSTeG telah mengadakan Bengkel Strategik INSTeG 2026 dan Mesyuarat INSTeG Bil. 2/2026 di Bilik Mesyuarat INSTeG, Blok B12.

Program ini menghimpunkan felo INSTeG bagi membincangkan hala tuju strategik, memperkukuh perancangan organisasi serta menyelaras pelaksanaan aktiviti dan inisiatif ke arah kecemerlangan pusat penyelidikan. Bengkel dan mesyuarat ini turut menjadi platform untuk mempererat kerjasama dalam kalangan ahli serta memperkasakan pencapaian INSTeG pada masa hadapan.

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Research & Innovation
Get the latest news & events
UTM Open Day