BEIJING,  12 Mac. — Pasukan Pelajar dan Pensyarah, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menempa sejarah baru buat UTM apabila berjaya mengibarkan bendera UTM di Great Wall of China dan menganjurkan program Global Outreach Knowledge Acquisition@China (GLOKA 19) melalui hasil penjanaan kewangan dan penajaan yang diusahakan selama setahun apabila mereka menyertai lawatan rasmi ke Universiti Beihang.

Kejayaan pasukan pelajar dan pensyarah UTM ini adalah merupakan pemangkin semangat kepada warga UTM untuk mengharumkan nama UTM di salah satu 7 wonders of the World dan membawa nama UTM di peringkat global.

Ia seiring peribahasa melayu yang telah diterapkan sejak dari kecil lagi di peringkat sekolah iaitu “Menuntut ilmu sehingga ke negara China”.

Dalam lawatan tersebut, seramai lapan orang pelajar yang terdiri daripada pasukan Seketeriat Mahasiswa Johor (SEJATI) dari pelbagai bidang iaitu pelajar Kejuruteraan Awam, Mekanikal, Komputer, Biomedical, Pengurusan Ekuin dan Matematik ini diketuai oleh saudara Umar Mahfudz Bin Md Ashari (Presiden Seketeriat Mahasiswa Johor) dan di bawah bimbingan pensyarah kanan Dr Hadafi Fitri Mohd Latip (Pensyarah Kanan Sekolah Kejuruteraan Bioperubatan dan Sains Kesihatan) telah dijemput untuk hadir ke kedutaan Malaysia di Beijing, China.

Kedutaan Malaysia di Beijing, China berfungsi sebagai tempat perlindungan utama rakyat Malaysia yang menetap di China dan merupakan tempat berkumpul sekiranya berlaku sebarang kecemasan atau pun penganjuran majlis rasmi kepada rakyat Malaysia di China.

Delegasi tersebut telah disambut oleh Pegawai Pendidikan, Tn Aziz How sebelum membawa delegasi UTM ke pejabat kedutaan Malaysia untuk memberikan amanat dan taklimat agar delegasi UTM menjaga nama baik Malaysia, menjadi duta kecil Malaysia dan menunjukan kehebatan delegasi UTM di Universiti Beihang.

Tn Aziz How mengharapkan hasil lawatan rasmi ini berjaya dan meningkatkan lagi jumlah kerjasama Malaysia dan China terutama di dalam bidang pendidikan.

Bidang Pendidikan di China adalah merupakan teras utama kerajaan China, pelbagai inisiatif dan bantuan yang telah diberikan kepada pelajar tempatan dan pelajar antarabangsa di China.

Tujuan utama program ini adalah sebagai platform utama perkongsian ilmu, percambahan minda dan permeteraian kerjasama antara delegasi UTM dan pihak Beihang Universiti khususnya dalam bidang kejuruteraan rehabilitasi.

Bagi sesi pertama lawatan ini, para peserta terlebih dahulu di beri taklimat dan kata-kata aluan oleh Tn. Qizheng, Pengurus Progam Antarabangsa, Beihang Universiti.

Sepanjang taklimat tersebut, beliau telah memberikan penerangan mengenai sejarah penubuhan dan pencapaian Beihang Universiti serta beliau juga telah menjelaskan jurusan-jurusan yang ditawarkan secara terperinci dan kerjasama yang boleh dilakukan di antara dua pihak.

Universiti Beihang adalah merupakan merupakan universiti yang menduduki ranking pertama di dalam bidang aeronautik di negara China dan antara universiti terbaik dunia.

Sesi taklimat ini diteruskan dengan ucapan penghargaan oleh Dr Hadafi Fitri Mohd Latip ( Felo Penyelidik Sports Innovation Technology Centre ) di atas kesudian pihak Beihang Univerisiti menerima kedatangan delegasi dan hasrat utama yang ingin di capai melalui pertemuan dan perbincangan ini.

Pihak delegasi UTM telah membentangkan objektif program GLOKA 19, Latar belakang Universiti Teknologi Malaysia serta menerangkan kajian rehabilitasi sukan & teknologi sukan dan pembangunan alat teknologi rehabilitasi yang telah dibangunkan oleh Sports Innovation Technology Centre di bawah Institute of Human Centered Engineering (iHuMen UTM).

Sesi taklimat ini di akhiri dengan persetujuan bersama untuk melakukan kerjasama dan perbincangan melalui email rasmi.

Majlis ini juga mengadakan upacara penyampaian cenderamata dari pihak delegasi UTM kepada Beihang Universiti dan sesi fotografi bersama.

Sesi kedua seterusnya, para delegasi UTM telah di bawa melawat ke makmal-makmal kejuruteraan rehabilitasi dan stadium utama tertutup Universiti Beihang

Seterusnya demi menyahut seruan UTM dalam program jejak alumni dan meneruskan kesinambungan kejayaan alumni UTM di peringkat nasional dan antarabangsa, delegasi UTM juga telah melakukan inisiatif sendiri melalui jejak alumni UTM ke TsingHua Universiti. TsingHua Universiti adalah merupakan universiti terulung di China di mana Presiden China yang terkini adalah merupakan Alumni Tsinghua Universiti.

Apa yang lebih membanggakan terdapat alumni UTM yang menyambung pengajian di peringkat master di Tsinghua Universiti di dalam bidang kejuruteraan Nuklear.

Delegasi UTM telah dibawa melawat ke Tsing Hua Universiti oleh pelajar alumni UTM.

Perbincangan yang dilakukan adalah bagaimana dapat meningkatkan lagi jumlah pelajar Malaysia yang menyambung pengajian di TsingHua Universiti dan pelbagai peluang bidang yang tidak tertumpu hanya kepada kejuruteraan nuklear sahaja.

Wakil pelajar Malaysia di Tsinghua Universiti akan membawa perkara ini dalam perbincangan rasmi di antara pelajar Tsinghua Universiti dan pejabat kedutaan Malaysia di China.

 

Program GLOKA 19 telah menyatukan pelajar alumni UTM dan pelajar sekreteriat mahasiswa johor (SEJATI) di China.

Pelajar Alumni UTM yang menyambung pengajian di China telah menyantuni delegasi UTM dengan turut membawa delegasi UTM ke Stadium Olimpik Beijing.

Acara Olimpik adalah merupakan acara sukan terulung dunia di mana pertandingan ini adalah kemuncak kejayaan seorang atlet yang berjaya memperolehi pingat di peringkat dunia.

Ia sebagai sebuah simbolik pertemuan delegasi pelajar UTM dan pelajar alumni UTM untuk mempunyai impian berjaya di peringkat antarabangsa. Stadium Olimpik Beijing ini juga mempunyai rekabentuk unik yang menyerupai sarang burung.

Ia ibarat pepatah dimana bumi dipijak disitulah langit dijunjung di mana UTM sanjungan bangsa dan graduan UTM adalah sentiasa akan menjadi anak kandung UTM dan akan berbakti semula sebagai alumni UTM (sarang burung).

Semua laporan ini akan diserahkan kepada Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTM, Pejabat UTMI, pihak Kedutaan Malaysia di China, pihak Institut Human Centred Engineering (iHuMen UTM) dan Universiti Teknologi Malaysia.

Koloborasi strategik juga akan di jalankan dengan perancangan menandatangani MoU antara UTM dan University Beihang bagi membolehkan kerjasama ini berterusan dan berjalan lancar demi kemajuan pendidikan negara.

Akhir kata, menjayakan kesepakatan , keterangkuman UTM GLOBAL dan keterlibatan adalah tanggungjawab bersama.

 

 

 

Disediakan oleh,

Dr Hadafi Fitri Mohd Latip

Felo Kolej Tun Dr Ismail

Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan

Pasukan Strategik Seketeriat Mahasiswa Johor(Sejati)

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index