







𝗣𝗿𝗮-𝗕𝗲𝗻𝗴𝗸𝗲𝗹 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗻𝗰𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗦𝘁𝗿𝗮𝘁𝗲𝗴𝗶𝗸 𝗜𝗕𝗗 𝟮𝟬𝟮𝟲
Alhamdulillah, Pra-Bengkel Perancangan Strategik IBD 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 30 Oktober 2025 (Khamis) bertempat di Bilik Seminar Kenanga, Blok N23A, Institut Pembangunan Bioproduk (IBD), UTM Johor Bahru.
Sesi dimulakan dengan ucapan oleh Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Rosnani Hasham@Hisam, Pengarah IBD, diikuti pembentangan hasil Audit HiCOE 2024 dan pencapaian IBD 2024 & 2025 oleh Dr. Zuhaili Idham dan Cik Nur Amirah Mohd Ali dari Seksyen Strategik, Pejabat TNCPI UTM.
Melalui sesi perbincangan kumpulan yang melibatkan seluruh warga IBD (felo penyelidik,felo penyelidik bersekutu, staf IBD) pelbagai cadangan dan strategi telah dirumus bagi memperkukuh hala tuju serta pelan tindakan strategik IBD bagi tahun 2026.
Terima kasih atas komitmen, idea bernas dan semangat pasukan semua warga IBD ![]()
Kita menuju ke arah hala tuju yang lebih jelas, mampan dan berimpak tinggi menjelang Bengkel Strategik IBD Disember ini!