𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐛𝐢𝐧𝐜𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐝𝐢 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 Kementerian 𝐈𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐢 𝐌𝐚𝐤𝐚𝐧𝐚𝐧, 𝐊𝐨𝐦𝐨𝐝𝐢𝐭𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐖𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐒𝐚𝐫𝐚𝐰𝐚𝐤 (𝐌-𝐅𝐈𝐂𝐎𝐑𝐃) 𝐝𝐚𝐧 𝐔𝐧𝐢𝐯𝐞𝐫𝐬𝐢𝐭𝐢 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 (𝐔𝐓𝐌)
Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, YB Datuk Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Ismail bersama delegasi hadir ke Instituti Pembangunan Bioproduk, Universiti Teknologi Malaysia bagi sesi Lawatan Kerja dan Perbincangan Kerjasama antara M-FICORD dan UTM.
“Saya ucapkan terima kasih kepada UTM kerana menerima kami untuk perbincangan awal. Insya-Allah ini baru perintis dan mungkin kita akan bawa perkara ini kepada Dato Sri Dr. Stephen Rundi Anak Utom, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak,” ujar beliau.
Lawatan kerja ini bertujuan bagi perbincangan kerjasama baharu di antara M-FICORD dengan UTM dalam pembangunan penyelidikan khususnya dalam bidang bioteknologi.
Turut hadir bersama dalam perbincangan kerjasama adalah Naib Canselor UTM, YBhg. Prof. Datuk Ir. Ts. Dr. Ahmad Fauzi bin Ismail serta Pengarah IBD, YBrs. Prof. Hesham El-Enshasy.























