
Tahniah IBD!
Institut Pembangunan Bioproduk (IBD) berjaya meraih Tempat Ketiga (2 Green Leaf) Anugerah Kelestarian bagi Kategori Higher Institution Centre of Excellence/Research Institute Tahun 2024 sempena Majlis Citra Karisma UTM 2025 pada 18 Ogos 2025.
Kejayaan ini mengiktiraf usaha IBD dalam memacu penyelidikan, inovasi bioproduk serta komitmen terhadap kelestarian yang memberi manfaat kepada masyarakat, industri dan negara.
Syabas & tahniah kepada seluruh warga IBD atas dedikasi dan usaha berterusan menjulang nama UTM!