










𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗖𝗲𝗻𝗱𝗲𝗸𝗶𝗮𝘄𝗮𝗻 𝗠𝘂𝗱𝗮 𝗨𝗣𝗞𝗞 & 𝗦𝗗𝗘𝗔: 𝗦𝗮𝗶𝗻𝘀 𝗱𝗮𝗻 𝗕𝗶𝗼𝘁𝗲𝗸𝗻𝗼𝗹𝗼𝗴𝗶 𝗕𝗲𝗿𝘁𝗲𝗿𝗮𝘀𝗸𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗶𝗹𝗺𝘂𝗮𝗻 & 𝗔𝗸𝗵𝗹𝗮𝗸
Institut Pembangunan Bioproduk (IBD), Universiti Teknologi Malaysia dengan kerjasama Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Al-Irsyad Johor Bahru telah berjaya menganjurkan Program Cendekiawan Muda & Perkampungan Ilmu UPKK dan SDEA 2025 pada 25–26 Oktober 2025 bertempat di IBD, UTM Johor Bahru.
Seramai 38 pelajar Darjah 5 dan 6 bersama 5 guru pengiring telah menyertai program ini yang bertujuan memupuk minat terhadap sains dan bioteknologi berteraskan nilai keilmuan dan akhlak.
Hari Pertama dimulakan dengan slot inspirasi oleh Ts. Dr. Nur Izyan Wan Azelee yang membimbing pelajar memahami hubungan antara sains, bioteknologi dan pembentukan akhlak.
Peserta turut berpeluang melawat Makmal Bioproses IBD dan menyaksikan demonstrasi eksperimen bioteknologi secara langsung yang dikendalikan oleh En. Solleh Ramli , pegawai penyelidik IBD.
Selain itu, pelajar turut mengikuti slot teknik menjawab UPKK & SDEA, Explorace Misi Ilmu, serta slot motivasi malam yang menekankan nilai tanggungjawab dan semangat belajar berterusan.
Hari Kedua diteruskan dengan aktiviti Briswalk & Solat Dhuha, diikuti dengan LDK teknik belajar berkumpulan serta slot Genggam Kejayaan yang mencetuskan inspirasi dan keyakinan diri dalam kalangan peserta.
Majlis Penutupan disempurnakan oleh Prof. Madya Ts. Ir. Dr. Rosnani Binti Hasham, Pengarah IBD, bersama Ustaz Ahmad Helmi Bin Subahan, Pengetua SRITI Al-Irsyad Johor Bahru.
Program dua hari ini memberi peluang kepada peserta untuk belajar secara interaktif sambil menerapkan nilai spiritual, disiplin dan semangat cintakan ilmu — selaras dengan tema “Ke Arah Mumtaz UPKK & SDEA.” ![]()
![]()
Tempat: Institut Pembangunan Bioproduk (IBD), Universiti Teknologi Malaysia
Tarikh: 25–26 Oktober 2025 (Sabtu & Ahad)